Ryt Bank

TERMA DAN SYARAT KEMPEN CASHBACK APPLE PAY RYT BANK

Tarikh Berkuat Kuasa: 16 Oktober 2026

Kempen Cashback Apple Pay ("Kempen") dianjurkan oleh YTL Digital Bank Berhad ("Ryt Bank / kami").

Dengan menyertai Kempen ini, anda dianggap telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat Kempen ini ("Terma Kempen"). Anda boleh mendapatkan penjelasan daripada kami dengan menghubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Terma Kempen ini.

  1. Tempoh Kempen

    16 Oktober 2026 hingga 15 Disember 2026

  2. Kelayakan

    1. Kempen ini terbuka kepada pelanggan individu sedia ada terpilih yang dimaklumkan oleh Ryt Bank mengenai Kempen ini melalui e-mel ("Pelanggan Layak" dan masing-masing, "Pelanggan Layak").

    2. Kategori individu berikut tidak layak untuk menyertai Kempen ini:

      1. pelanggan yang Akaun Ryt Bank atau Kad Ryt mereka ditamatkan, ditutup, tidak aktif, dibekukan, disekat, digantung, delinkuen, atau tidak berada dalam keadaan baik semasa Tempoh Kempen;

      2. pelanggan yang telah melanggar atau disyaki melanggar mana-mana Terma Kempen ini atau mana-mana terma dan syarat lain yang terpakai.

    3. Kempen ini tertakluk kepada peruntukan maksimum cashback yang ditentukan oleh Ryt Bank ("Peruntukan Maksimum"). Cashback ditadbir semata-mata oleh Ryt Bank dan akan diberikan berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat. Sebaik sahaja Peruntukan Maksimum telah digunakan sepenuhnya, tiada pelanggan akan layak menerima cashback tersebut.

  3. Ganjaran dan Mekanisme Kempen

    1. Ganjaran

      1. Pelanggan Layak boleh menerima cashback sebanyak RM5.00 bagi setiap Transaksi Layak yang dilakukan dalam Tempoh Ganjaran mereka ("Ganjaran").

      2. Setiap Pelanggan Layak boleh menerima maksimum enam (6) Ganjaran, bersamaan dengan jumlah keseluruhan RM30.00, dalam Tempoh Ganjaran mereka.

        1. Tiada had harian ditetapkan ke atas bilangan Ganjaran yang boleh diperoleh. Seorang Pelanggan Layak boleh memperoleh sehingga enam (6) Ganjaran dalam satu hari, tertakluk kepada syarat kelayakan yang berkenaan dipenuhi.
      3. "Tempoh Ganjaran" bermaksud tempoh tujuh (7) hari bermula dari tarikh Pelanggan Layak menerima e-mel yang memaklumkan mereka mengenai Kempen ini, dengan tarikh penerimaan dikira sebagai hari pertama dan Tempoh Ganjaran berakhir pada 11:59 malam pada hari kalendar ketujuh (ke-7).

      4. "Transaksi Layak" bermaksud transaksi Apple Pay yang dilakukan menggunakan Kad Ryt Pelanggan Layak (sama ada tempatan atau luar negara), tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

        1. transaksi tersebut mestilah transaksi di kedai (in-store) yang melibatkan kehadiran kad (card-present);

        2. jumlah transaksi mestilah sekurang-kurangnya RM250.00;

        3. transaksi tersebut mestilah dilakukan dalam Tempoh Ganjaran Pelanggan Layak; dan

        4. transaksi tersebut tidak boleh termasuk dalam mana-mana Kod Kategori Peniaga ("MCC") yang dikecualikan. Senarai pengecualian MCC boleh didapati di sini.

        Untuk mengelakkan keraguan, transaksi Apple Pay dalam talian atau transaksi lain yang tidak melibatkan kehadiran kad (card-not-present) tidak layak sebagai Transaksi Layak dan tidak akan mencetuskan Ganjaran.

    2. Kredit Cashback

      1. Cashback bagi setiap Transaksi Layak masing-masing akan dikreditkan ke dalam Ryt Pocket Pelanggan Layak sebaik sahaja transaksi berjaya diselesaikan.

      2. Walaupun kami akan berusaha untuk mengagihkan cashback ke dalam Ryt Pocket Pelanggan Layak sebaik sahaja transaksi berjaya diselesaikan, pengagihan tersebut mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) Hari Perniagaan atau lebih lama dalam keadaan luar biasa akibat gangguan teknikal, kegagalan elektrik, kegagalan sistem pemprosesan data atau kegagalan lain di luar kawalan munasabah kami. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, dan tiada pampasan akan dibayar berhubung dengan kelewatan tersebut.

      3. Sekiranya suatu Transaksi Layak dibatalkan, diterbalikkan, dibatalkan sah, atau dikembalikan selepas cashback dikreditkan ke dalam Ryt Pocket Pelanggan Layak, jumlah cashback yang berkaitan akan ditolak daripada Akaun Pelanggan Layak.

      4. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, tuntutan, atau rayuan berhubung (i) sama ada sesuatu transaksi layak untuk cashback, atau (ii) jumlah cashback yang dikreditkan (atau didebitkan menurut Klausa 3.2(c) di atas), Pelanggan Layak hendaklah mengemukakan bukti transaksi berkenaan apabila diminta untuk semakan lanjut oleh kami.

      5. Tiada peruntukan atau peruntukan semula cashback secara retrospektif akan dibuat berhubung dengan potongan yang dibuat di bawah Klausa 3.2(c) atau pertikaian di bawah Klausa 3.2(d).

      6. Kami berhak untuk melaraskan, menolak, atau menuntut semula sebarang cashback yang telah dikreditkan ke dalam Akaun Pelanggan Layak sekiranya kami mendapati sebarang kesilapan berhubung dengan pengkreditan tersebut.

  4. Terma dan Syarat Lain

    1. Terma Kempen ini adalah tambahan kepada dan hendaklah dibaca bersama dengan Terma Am, Terma Khusus, dan mana-mana terma dan syarat lain yang berkaitan yang mungkin kami kenakan dari semasa ke semasa dengan notis terlebih dahulu (masing-masing boleh didapati di laman web kami di https://www.rytbank.my/general-terms-and-conditions). Sekiranya berlaku sebarang percanggahan, Terma Kempen ini akan terpakai setakat percanggahan tersebut.

    2. Sesetengah istilah berhuruf besar yang digunakan dalam dokumen ini telah ditakrifkan dalam Terma Am atau Terma Khusus.

    3. Kami berhak untuk meminda Terma Kempen ini atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada anda, melalui penyiaran dalam mana-mana media, atau cara lain yang kami pilih secara munasabah. Penyertaan berterusan anda selepas pemberitahuan tersebut bermakna anda telah bersetuju dengan semua pindaan tersebut. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma Kempen ini (termasuk sebarang perubahan atau pindaan), anda hendaklah serta-merta berhenti menyertai Kempen ini.

    4. Rekod transaksi yang disimpan oleh kami dan keputusan kami mengenai semua perkara berkaitan Kempen ini adalah muktamad dan konklusif, serta mengikat anda untuk semua tujuan.

    5. Kami boleh, atas budi bicara kami dan dengan memberikan notis kepada anda, mendiskualifikasikan atau menolak anda daripada menyertai Kempen ini sekiranya kami mengesyaki atau mengetahui sebarang aktiviti penipuan berkaitan akaun anda.

    6. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara Terma Kempen ini dengan mana-mana bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan atau berhubung dengan Kempen ini, Terma Kempen ini akan terpakai setakat percanggahan tersebut.

    7. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang salah tafsiran atau salah nyataan fakta oleh mana-mana pihak ketiga berhubung Kempen ini yang ditawarkan dan disiarkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan.

    8. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak dapat melaksanakan, secara keseluruhan atau sebahagian, mana-mana kewajipan kami di bawah Terma Kempen ini disebabkan oleh:

      1. sebarang bencana alam (act of God) atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah kami;

      2. kegagalan teknikal dalam apa jua bentuk, campur tangan, gangguan dan/atau kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilakukan melalui Aplikasi Ryt Bank.

    9. Tertakluk kepada Undang-Undang yang Terpakai, kami, pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen kami (termasuk tanpa had, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh kami bagi tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab atas sebarang Kerugian yang dialami oleh anda atau mana-mana orang lain berhubung dengan Kempen ini walau bagaimana sekalipun ia berbangkit, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan sama ada boleh dijangka secara munasabah atau tidak, melainkan disebabkan oleh kecuaian melampau atau salah laku yang disengajakan oleh kami yang berkaitan khusus dengan Kempen ini.

    10. Kami secara nyata mengecualikan dan menolak sebarang representasi, waranti atau pengesahan, sama ada nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa had kepada yang disiarkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang waranti kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

    11. Terma Kempen ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.