Ryt Bank

TERMA DAN SYARAT KEMPEN CHUCK'S SUMMER HOUSE X RYT BANK

Tarikh Berkuat Kuasa: 6 Ogos 2026

Kempen ini dianjurkan oleh JC Market Studios Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran: 201701023989 (1238155-W)) ("Syarikat"), penganjur Chuck's Summer House, sebuah acara pop-up gaya hidup yang berlangsung di The Five, Bukit Damansara dari 6 Ogos 2026 hingga 9 Ogos 2026 ("Acara") dengan kerjasama YTL Digital Bank Berhad (No. Pendaftaran: 202201037182 (1482879-P)) ("Ryt Bank").

  1. Tempoh Kempen

    1. Kempen ini akan bermula pada 6 Ogos 2026 dan berakhir pada 9 Ogos 2026, termasuk kedua-dua tarikh ("Tempoh Kempen").

    2. Sepanjang Tempoh Kempen, Pelanggan yang Layak boleh menikmati keistimewaan yang ditawarkan di bawah Kempen ini semasa Acara, tertakluk kepada Terma dan Syarat Kempen ini.

  2. Kelayakan

    1. Kempen ini terbuka kepada:

      1. pelanggan baharu dan sedia ada Ryt Bank yang mempunyai Akaun Ryt Bank yang sah sepanjang Tempoh Kempen ("Pelanggan yang Layak"); dan

      2. pelanggan yang memenuhi syarat khusus bagi setiap keistimewaan Kempen seperti yang dinyatakan di bawah.

    2. Individu berikut tidak layak menyertai Kempen ini:

      1. pelanggan yang Akaun Ryt Bank mereka telah ditamatkan, ditutup, tidak aktif (dorman), dibekukan, disekat, digantung, tertunggak, atau tidak berada dalam keadaan yang baik sepanjang Tempoh Kempen; atau

      2. pelanggan yang telah melanggar atau disyaki melanggar Terma dan Syarat Kempen ini atau mana-mana terma dan syarat lain yang terpakai kepada Akaun Ryt Bank mereka.

  3. Mekanik Kempen dan Keistimewaan

    1. Sepanjang Tempoh Kempen, Pelanggan yang Layak boleh menikmati keistimewaan berikut ("Keistimewaan"), tertakluk kepada syarat yang dinyatakan di bawah.

      KeistimewaanTawaranMekanikGanjaran
      Keistimewaan 1Diskaun Tambahan RM10 untuk Pembelian Chuck's Summer House dengan RytUntuk menikmati Keistimewaan ini, Pelanggan yang Layak mestilah:

      a. membuat pembelian minimum sebanyak RM200 di reruai Chuck's semasa Acara sepanjang Tempoh Kempen; dan

      b. melengkapkan pembayaran menggunakan salah satu kaedah pembayaran Ryt Bank berikut:

      i. Kad Debit Ryt Bank ("Ryt Card"); atau

      ii. Pembayaran DuitNow QR melalui aplikasi mudah alih Ryt Bank ("Ryt QR").
      Pelanggan yang Layak akan menerima diskaun tambahan RM10 serta-merta setelah memenuhi syarat di atas.
      Keistimewaan 2Hadiah Percuma Berganda dengan Ryt GroupsUntuk menikmati Keistimewaan ini, Pelanggan yang Layak mestilah:

      a. membeli dua (2) set Chuck's Rescue Bundle ("Pembelian yang Layak") di reruai Chuck's semasa Acara sepanjang Tempoh Kempen;

      b. melengkapkan pembayaran bagi Pembelian yang Layak menggunakan kaedah pembayaran Ryt Bank yang sah; dan

      c. mengikut arahan yang diberikan semasa Acara untuk menggunakan Ryt Groups bagi membahagi, mengutip dan menyelesaikan pembayaran Pembelian yang Layak dalam kalangan ahli kumpulan.
      Pelanggan yang Layak akan menerima hadiah percuma berganda, yang terdiri daripada:

      a. dua (2) unit rantai kunci mini float;

      b. dua (2) unit beg tote bernilai RM99; dan

      c. dua (2) set pelekat batu permata (gemstone).

      Semua hadiah adalah tertakluk kepada ketersediaan stok dan selagi stok masih ada.
  4. Syarat Am

    1. Keistimewaan 1 dan Keistimewaan 2 boleh dinikmati secara serentak, dengan syarat pembelian anda memenuhi keperluan bagi setiap Keistimewaan yang dituntut. Setiap Keistimewaan hanya boleh dituntut sekali bagi setiap pelanggan sepanjang Tempoh Kempen.

    2. Ganjaran tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit atau sebarang bentuk gantian lain.

    3. Ganjaran dan hadiah percuma adalah tertakluk kepada ketersediaan stok dan akan diberikan berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat, melainkan dinyatakan sebaliknya.

    4. Syarikat dan Ryt Bank berhak untuk mengesahkan kelayakan Pelanggan yang Layak dan membatalkan penyertaan yang tidak mematuhi Terma dan Syarat Kempen ini.

    5. Syarikat berhak untuk mengubah, melanjutkan, menggantung, menamatkan atau meminda Terma dan Syarat Kempen ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis terlebih dahulu.

  5. Terma dan Syarat Lain

    1. Terma dan Syarat Kempen ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Terma Am, Terma dan Syarat Khusus, serta mana-mana terma dan syarat lain yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan Ryt Bank.

    2. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma dan Syarat Kempen ini dengan mana-mana terma dan syarat lain yang terpakai, Terma dan Syarat Kempen ini akan mengatasi setakat percanggahan tersebut.

    3. Syarikat dan Ryt Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan atau kelewatan dalam menyediakan sebarang ganjaran atau keistimewaan yang disebabkan oleh keadaan di luar kawalan munasabah mereka.

    4. Semua keputusan yang dibuat oleh Syarikat dan Ryt Bank berkaitan Kempen ini adalah muktamad dan mengikat.

    5. Syarikat dan Ryt Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang salah tafsir atau salah nyata fakta oleh mana-mana pihak ketiga berhubung Kempen ini yang diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau bahan pengiklanan.

    6. Syarikat dan Ryt Bank tidak akan bertanggungjawab sekiranya gagal melaksanakan, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, mana-mana obligasi di bawah Terma dan Syarat Kempen ini disebabkan oleh:

      1. sebarang kejadian force majeure atau apa-apa keadaan di luar kawalan munasabah kami; atau

      2. kegagalan teknikal dalam apa jua bentuk, campur tangan, gangguan dan/atau kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilakukan melalui Aplikasi Ryt Bank.

    7. Tertakluk kepada Undang-undang yang Terpakai, Syarikat dan Ryt Bank, pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen kami (termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik bagi tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh anda atau mana-mana pihak lain berkaitan dengan Kempen ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan sama ada boleh dijangka secara munasabah atau tidak, kecuali jika kerugian tersebut berpunca daripada kecuaian melampau atau salah laku yang disengajakan yang berkaitan secara khusus dengan Kempen ini.

    8. Syarikat bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pelaksanaan Kempen ini. Sebarang pertanyaan atau pertikaian berkaitan Kempen ini, termasuk kriteria kelayakan, pemenuhan ganjaran dan mekanik promosi hendaklah dirujuk kepada Syarikat. Sebarang pertanyaan atau pertikaian berkaitan produk dan perkhidmatan Ryt Bank, termasuk penggunaan kad, pemprosesan pembayaran, pengebilan atau perkara berkaitan akaun hendaklah dirujuk kepada Ryt Bank.

    9. Syarikat dan Ryt Bank dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan atau sokongan, sama ada nyata atau tersirat, secara bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau bahan pengiklanan, termasuk sebarang jaminan mengenai kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian bagi tujuan tertentu.

    10. Terma dan Syarat Kempen ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.