TERMA DAN SYARAT RYT INVEST – INVEST FAIR
Tarikh Kuat Kuasa: 16 Julai 2026
Kempen Ryt Invest – Invest Fair ("Kempen") dianjurkan oleh YTL Digital Bank Berhad ("Ryt Bank / kami").
Dengan menyertai Kempen ini, anda dianggap telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat Kempen ini ("Terma Kempen"). Anda boleh mendapatkan penjelasan daripada kami dengan menghubungi kami sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan Terma Kempen ini.
-
Tempoh Kempen
16 Julai 2026 – 19 Julai 2026
-
Kelayakan
-
Kempen ini terbuka kepada pelanggan Ryt Bank yang telah
-
berjaya menyelesaikan proses pendaftaran (onboarding) Ryt Invest dan layak menggunakan Ryt Invest; dan
-
menghadiri acara bersemuka yang layak dan berjaya menghantar borang web untuk menyertai Kempen ini melalui kod QR yang disediakan di acara tersebut.
(secara kolektif, "Pelanggan Layak" dan masing-masing, "Pelanggan Layak").
-
-
Kategori individu berikut tidak layak menyertai Kempen ini:
-
pelanggan yang Akaun Ryt mereka ditamatkan, ditutup, tidak aktif (dormant), dibekukan, disekat, digantung, ingkar (delinquent), atau tidak dalam kedudukan baik semasa Tempoh Kempen;
-
pelanggan yang telah melanggar atau disyaki melanggar mana-mana Terma Kempen ini atau mana-mana terma dan syarat lain yang terpakai kepada Akaun Ryt atau Ryt Invest.
-
-
-
Ganjaran Kempen
-
Setiap Pelanggan Layak yang memenuhi semua keperluan yang dinyatakan dalam Klausa 4 akan menerima ganjaran tunai sebanyak RM50 ("Ganjaran").
-
Setiap Pelanggan Layak hanya layak menerima satu (1) Ganjaran di bawah Kempen ini, tanpa mengira bilangan dana masuk (fund-in) yang layak dibuat.
-
-
Mekanik Kempen
-
Untuk melayakkan diri bagi Ganjaran, anda perlu:
-
mendanakan jumlah agregat tidak kurang daripada RM3,000 ("Jumlah Dana Minimum") ke dalam Ryt Invest (Income Fund dan/atau Gold Fund sahaja, dalam sebarang kombinasi) semasa Tempoh Kempen (dana yang mana Jumlah Dana tersebut dilaburkan, "Dana Berkaitan"); dan
-
mengekalkan Jumlah Dana Minimum dalam Dana Berkaitan secara berterusan dari tarikh dana masuk sehingga 31 Julai 2026 ("Tempoh Pegangan"), dengan syarat tiada pengeluaran dibuat yang mengurangkan modal terlabur kumulatif anda dalam Dana Berkaitan di bawah Jumlah Dana Minimum. Untuk mengelakkan keraguan, turun naik nilai pelaburan anda dalam Dana Berkaitan akibat prestasi pasaran semasa Tempoh Pegangan tidak akan menjejaskan kelayakan anda untuk Ganjaran, dengan syarat tiada pengeluaran dibuat yang mengurangkan modal terlabur kumulatif anda di bawah Jumlah Dana Minimum.
Illustrasi 1 - Pengurangan nilai akibat pergerakan pasaran (tiada diskualifikasi)
Seorang pelanggan mendanakan RM3,000 ke dalam Ryt Invest (Gold Fund) pada 17 Julai 2026. Akibat pergerakan pasaran, nilai pelaburan pelanggan tersebut jatuh kepada RM2,700 menjelang 31 Julai 2026. Oleh kerana tiada pengeluaran dibuat, pelanggan tersebut kekal layak untuk Ganjaran, walaupun nilai pelaburan tersebut jatuh di bawah RM3,000 semasa Tempoh Pegangan.
Illustrasi 2 - Pengeluaran semasa Tempoh Pegangan (diskualifikasi)
Seorang pelanggan tiada baki sedia ada dalam Ryt Invest sebelum Tempoh Kempen. Semasa Tempoh Kempen, pelanggan tersebut mendanakan RM1,000 ke dalam Ryt Invest (Gold Fund) dan RM2,000 ke dalam Ryt Invest (Income Fund) pada 18 Julai 2026, berjumlah RM3,000 secara keseluruhan. Pada 25 Julai 2026, pelanggan tersebut mengeluarkan RM500 daripada Income Fund. Oleh kerana pengeluaran ini mengurangkan modal terlabur kumulatif pelanggan tersebut merentasi Ryt Invest kepada RM2,500 - di bawah Jumlah Dana Minimum RM3,000 - pelanggan tersebut tidak akan layak untuk Ganjaran.
Illustrasi 3 - Pengeluaran baki sedia ada (tiada diskualifikasi)
Seorang pelanggan sudah memegang RM5,000 dalam Ryt Invest (Gold Fund) sebelum Tempoh Kempen. Semasa Tempoh Kempen, pelanggan tersebut mendanakan tambahan RM3,000 (Gold Fund). Pada 25 Julai 2026, pelanggan tersebut mengeluarkan RM5,000 daripada Gold Fund. Oleh kerana pengeluaran ini tidak mengurangkan modal terlabur kumulatif di bawah Jumlah Dana Minimum, pelanggan tersebut kekal layak untuk Ganjaran.
Illustrasi 4 - Pengeluaran melebihi baki sedia ada (diskualifikasi)
Menggunakan fakta yang sama seperti Illustrasi 3, pelanggan tersebut sebaliknya mengeluarkan RM6,000 daripada Gold Fund pada 25 Julai 2026. Oleh kerana baki sedia ada RM5,000 tidak mencukupi untuk menampung pengeluaran ini, lebihan RM1,000 dianggap mengurangkan modal terlabur kumulatif di bawah Jumlah Dana Minimum, menyebabkannya jatuh di bawah RM3,000. Pelanggan tersebut tidak akan layak untuk Ganjaran.
-
-
Ganjaran akan dikreditkan ke dalam Ryt Pocket anda dalam tempoh empat belas (14) Hari Perniagaan dari tamat Tempoh Pegangan, setelah pengesahan bahawa anda telah memenuhi semua keperluan di atas.
-
Walaupun kami akan berusaha untuk mengagihkan Ganjaran dalam tempoh masa yang dinyatakan, pengagihan mungkin mengambil masa lebih lama dalam keadaan luar biasa akibat gangguan teknikal, kegagalan elektrik, kegagalan sistem pemprosesan data atau kegagalan lain di luar kawalan munasabah kami. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, dan tiada pampasan akan dibayar berkaitan kelewatan tersebut.
-
Kami berhak untuk melaraskan, menolak, atau menuntut semula mana-mana Ganjaran yang dikreditkan daripada Akaun Pelanggan Layak sekiranya kami mendapati sebarang ralat berkaitan pengkreditan tersebut.
-
Kempen ini tertakluk kepada peruntukan maksimum wang tunai balik (cashback) yang ditentukan oleh Ryt Bank ("Peruntukan Maksimum"). Wang tunai balik akan diberikan atas dasar siapa cepat dia dapat (first-come, first-served). Sebaik sahaja Peruntukan Maksimum telah digunakan sepenuhnya, tiada pelanggan akan layak untuk wang tunai balik tersebut.
-
-
Pendedahan Am
-
Ganjaran tidak menjamin pulangan keseluruhan yang positif atas pelaburan atau melindungi daripada kerugian pasaran. Ganjaran adalah berasingan daripada dan tambahan kepada sebarang pulangan atau kerugian pelaburan daripada dana Wealth yang mendasari.
-
Kempen ini tidak merupakan nasihat pelaburan atau cadangan untuk melabur dalam mana-mana dana atau jumlah tertentu. Pelanggan Layak perlu menjalankan usaha wajar dan penyelidikan mereka sendiri sebelum membuat keputusan pelaburan.
-
-
Terma dan Syarat Lain
-
Terma Kempen ini adalah tambahan kepada dan perlu dibaca bersama-sama Terma Am, Terma Khusus (termasuk terma dan syarat khusus yang terpakai kepada Ryt Invest), dan mana-mana terma dan syarat lain yang berkaitan yang mungkin kami kenakan dari semasa ke semasa dengan notis terlebih dahulu (masing-masing terdapat di laman web kami di sini). Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Terma Kempen ini akan diguna pakai setakat percanggahan tersebut.
-
Sesetengah istilah bermula huruf besar yang digunakan dalam dokumen ini telah ditakrifkan dalam Terma Am atau Terma Khusus.
-
Kami berhak untuk meminda Terma Kempen ini atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada anda, melalui penerbitan melalui mana-mana media, atau mana-mana cara lain yang kami mungkin pilih secara munasabah. Penyertaan berterusan anda selepas notis tersebut bermakna anda telah bersetuju dengan semua pindaan tersebut. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma Kempen (termasuk sebarang perubahan atau pindaan), anda perlu segera berhenti daripada menyertai Kempen ini.
-
Rekod transaksi yang disimpan oleh kami dan keputusan kami mengenai semua perkara berkaitan Kempen ini adalah muktamad dan konklusif, dan ia akan mengikat anda untuk semua tujuan.
-
Kami boleh, mengikut budi bicara kami dan dengan memberikan notis kepada anda, mendiskualifikasikan atau menolak anda daripada menyertai Kempen ini sekiranya kami mengesyaki atau mengetahui sebarang aktiviti penipuan berkaitan akaun anda.
-
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma Kempen ini dan mana-mana bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain berkaitan atau berhubung dengan Kempen ini, Terma Kempen ini akan diguna pakai setakat percanggahan tersebut.
-
Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang salah tafsiran atau salah nyataan fakta oleh mana-mana pihak ketiga berkaitan Kempen ini yang ditawarkan dan diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan.
-
Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak dapat melaksanakan secara keseluruhan atau sebahagian mana-mana kewajipan kami dalam Terma Kempen ini disebabkan oleh:
-
sebarang bencana alam (act of God) atau sebarang peristiwa di luar kawalan munasabah kami;
-
kegagalan teknikal dalam apa jua bentuk, campur tangan, gangguan dan/atau ralat elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilakukan melalui Aplikasi Ryt Bank.
-
-
Tertakluk kepada Undang-Undang Berkenaan, kami, pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen kami (termasuk tanpa had, mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh kami bagi tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab atas sebarang Kerugian yang anda atau mana-mana orang lain mungkin alami berkaitan Kempen ini, tidak kira bagaimana ia timbul, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan sama ada dapat dijangka secara munasabah atau tidak, melainkan disebabkan oleh kecuaian teruk atau salah laku sengaja kami yang berkaitan secara khusus dengan Kempen ini.
-
Kami secara nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan atau pengesahan, sama ada dinyatakan atau tersirat, secara bertulis atau lisan, tanpa had kepada yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian bagi tujuan tertentu.
-
Terma Kempen ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.
-
