TERMA PEMBAYAR JomPAY
Tarikh Berkuat kuasa: 18 Ogos 2025
Penting: Sila baca dan fahami terma serta syarat ini sebelum menggunakan Skim JomPAY. Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila jelaskan dengan Bank.
Dalam Terma Pembayar ini ("Terma"), istilah "Anda" dan "Milik Anda" merujuk kepada Pelanggan yang menggunakan Skim JomPAY dan mempunyai akaun Ryt Bank [iaitu, YTL Digital Bank Berhad (dahulunya dikenali sebagai Sea Capital Services Berhad) (No. Pendaftaran: 202201037182 (1482879-P))] ("Bank"). Rujukan kepada "Kami" dan "Milik Kami" merujuk kepada Bank. Bank menggunakan perkhidmatan Skim JomPAY yang disediakan oleh AmBank (M) Bhd. (Bank Pembayar), iaitu pihak yang menyediakan perkhidmatan Pembayaran Bil JomPAY untuk Anda.
-
PEMBAYARAN
-
PEMPROSESAN PEMBAYARAN
-
Kami akan memproses Pembayaran kepada Pengeluar Bil mengikut Arahan Pembayaran Anda pada hari yang sama untuk sebarang Arahan Pembayaran yang diterima sebelum Masa Tamat Pembayaran.
Hari/Masa Hantaran Masa Pengkreditan Bank Penerima Hari Kerja
(Isnin – Jumaat)Sebelum 5:00 pg. Hari yang sama Sebelum 11:00 pg. 5:01 pg. – 8:00 pg. Hari yang sama Sebelum 2.00 ptg. 8:01 pg. – 11:00 pg. Hari yang sama Sebelum 5.00 ptg. 11:01 pg. – 2:00 ptg. Hari yang sama Sebelum 8:20 mlm. 2:01 ptg. – 5:00 ptg. Hari yang sama Sebelum 11.00 mlm. Selepas 5:00 ptg. Hari kerja seterusnya Sebelum 11:00 pg. Hari tidak kerja Hari kerja seterusnya Sebelum 11:00 pg. -
Kami tidak akan menerima permintaan untuk menghentikan Arahan Pembayaran setelah Anda mengarahkan Kami untuk melaksanakan Arahan Pembayaran itu kecuali:
- kami menyimpulkan secara munasabah bahawa Arahan Pembayaran itu palsu atau tidak dibenarkan; atau
- Arahan Pembayaran adalah untuk pembayaran bertarikh hadapan dan belum diproses melalui GIRO Antara Bank (IBG).
-
Anda hendaklah segera memberitahu Kami jika Anda mendapati kesilapan (kecuali pembayaran terkurang) semasa mengarahkan Kami untuk membuat Pembayaran, ATAU jika Pembayaran tanpa kebenaran telah dibuat daripada akaun Anda. Pemulihan dana untuk Pembayaran tersebut ada diterangkan dalam Fasal 2.
-
Jika ada pembayaran terkurang, perbezaan jumlah tersebut boleh diselaraskan dengan membuat Pembayaran lain.
-
Status Arahan Pembayaran JomPAY, termasuk sebab Arahan Pembayaran "Pembayar tidak hadir" ditolak atau tidak berjaya, akan dimaklumkan kepada Anda.
-
-
-
PEMULIHAN DANA DAN LIABILITI BAGI PEMBAYARAN
-
PEMBETULAN PEMBAYARAN TERSILAP
- Kami akan membetulkan Arahan Pembayaran Tersilap yang dibuat oleh Anda mengikut Terma ini, sekiranya syarat-syarat berikut dipenuhi:
- sebarang kelewatan atau kesilapan dalam memproses Pembayaran dimaklumkan kepada Kami dengan segera; dan
- kami mengesahkan yang Arahan Pembayaran Tersilap telah dibuat.
- Tertakluk pada Fasal 2.1, kami akan cuba membetulkan mana-mana perkara berkaitan Arahan Pembayaran Tersilap, mengikut cara yang diterangkan dalam fasal ini:
- bagi Pembayaran tersalah arah, Pembayaran berganda atau Kod Pengeluar Bil yang salah atau Nombor Rujukan Penerima (RRN) yang salah, kami akan memohon Pihak Pengkreditan untuk memulihkan dana yang tersalah diterima itu;
- jika Kami mengesahkan yang kesilapan jumlah Pembayaran telah disebabkan oleh Pengeluar Bil, kami akan membuat Penarikbalikan ke akaun Anda dan memohon Pihak Pengkreditan Pengeluar Bil yang berkenaan untuk memulihkan dana tersebut;
- bagi Pembayaran yang tidak diselesaikan atau gagal diproses oleh Kami, amaun Pembayaran yang gagal itu akan dikreditkan ke akaun anda jika Arahan Pembayaran disahkan gagal dan tidak diproses sewajarnya oleh Kami;
- bagi Pembayaran yang tidak diselesaikan atau gagal diproses oleh Pengendali Skim atau Pihak Pengkreditan, amaun Pembayaran yang gagal itu akan dikreditkan ke akaun anda sebelum proses pemulihan dana dimulakan.
- Proses pemulihan dana yang dibuat bagi pihak Anda untuk Pembayaran Tersilap yang disebut dalam Fasal 2.2 atau Pembayaran Salah yang disebut dalam Fasal 3 hendaklah dilaksanakan mengikut Fasal 3. Tertakluk pada Fasal 3, kami akan bekerjasama dengan Pihak Terlibat untuk memohon dan memulihkan dana Anda.
- Semua pertanyaan atau aduan mengenai Arahan Pembayaran Tersilap akan diselesaikan tidak lewat daripada empat belas (14) Hari Kerja. Semua pertanyaan dan aduan yang diterima selepas 5.00 ptg. pada Hari Kerja akan dianggap telah diterima pada permulaan Hari Kerja yang seterusnya.
- Kami akan membetulkan Arahan Pembayaran Tersilap yang dibuat oleh Anda mengikut Terma ini, sekiranya syarat-syarat berikut dipenuhi:
-
-
ARAHAN PEMBAYARAN SALAH/ARAHAN PEMBAYARAN TERSILAP
-
PEMULIHAN DANA
- Anda boleh memohon pemulihan dana yang telah tersilap dihantar kepada Pengeluar Bil dengan cara berikut:
- Tertakluk pada Fasal 3.1.2, jika permohonan diterima dalam masa dua puluh satu (21) Hari Kerja dari tarikh Arahan Pembayaran Salah/Arahan Pembayaran Tersilap, kami akan meneruskan pemulihan dana dan memulangkan dana tersebut ke akaun Anda dalam masa satu (1) Hari Kerja:
- Jika Pengeluar Bil mengesahkan dana telah tersilap dikreditkan ke akaun Pengeluar Bil Terlibat;
- Dana telah dikreditkan ke akaun Pengeluar Bil Terlibat;
- Pengeluar Bil Terlibat belum memproses RTN;
- RTN belum dihantar kepada Pengeluar Bil Terlibat;
- Akaun Pengeluar Bil Terlibat mempunyai baki yang mencukupi bagi menampung jumlah pemulihan; dan
- Pihak Terlibat perlu memberikan notis bertulis kepada Pengeluar Bil Terlibat sebelum mendebit akaunnya.
- Jika dana belum dikreditkan ke akaun Pengeluar Bil Terlibat dan Pengeluar Bil Terlibat telah memproses RTN (telah menghantar barang atau telah menyediakan perkhidmatan), dana itu mungkin tidak dapat dipulihkan sepenuhnya.
- Bagi permohonan Pemulihan dana yang tersilap dikreditkan kepada Pengeluar Bil, yang diterima antara dua puluh dua (22) Hari Kerja dan tujuh (7) bulan dari tarikh Arahan Pembayaran Salah/Arahan Pembayaran Tersilap, kami akan meneruskan pemulihan dana dan memulangkan dana itu ke akaun Anda dalam masa lima belas (15) Hari Kerja, jika syarat-syarat berikut dipenuhi:
- Pihak Terlibat mengesahkan bahawa dana telah tersilap dikreditkan ke akaun Pelanggan Bank Terlibat;
- Akaun Pelanggan Bank Terlibat mempunyai baki yang mencukupi; dan
- Tiada bukti bahawa Pelanggan Bank Terlibat berhak menerima dana yang dipersoalkan.
- Bagi permohonan pemulihan dana yang tersilap dikreditkan kepada Pelanggan Bank Terlibat yang juga Pengeluar Bil, yang diterima selepas tujuh (7) bulan dari tarikh Arahan Pembayaran Salah/Arahan Pembayaran Tersilap; kami akan meneruskan pemulihan dana dan memulangkan dana itu ke akaun Anda dalam masa lima belas (15) Hari Kerja, jika syarat-syarat berikut dipenuhi:
- Pihak Terlibat mengesahkan bahawa dana telah tersilap dikreditkan ke akaun Pelanggan Bank Terlibat; dan
- Tiada bukti bahawa Pelanggan Bank Terlibat berhak menerima dana yang dipersoalkan; dan
- Pelanggan Bank Terlibat telah memberikan kebenaran untuk Kami mendebit akaun mereka.
- Tertakluk pada Fasal 3.1.2, jika permohonan diterima dalam masa dua puluh satu (21) Hari Kerja dari tarikh Arahan Pembayaran Salah/Arahan Pembayaran Tersilap, kami akan meneruskan pemulihan dana dan memulangkan dana tersebut ke akaun Anda dalam masa satu (1) Hari Kerja:
- Walaupun dirangkumi oleh perkara di atas, dana bagi Arahan Pembayaran Salah atau Arahan Pembayaran Tersilap yang tidak dapat dipulihkan atau dipulihkan sepenuhnya kerana akaun Pengeluar Bil tidak mempunyai baki yang mencukupi, akan dianggap sebagai Kerugian Tidak Boleh Dipulihkan. Bagi mengelakkan keraguan, pihak yang bertanggungjawab atas kesilapan, menyebabkan kesilapan, atau menyebabkan Pembayaran gagal diselesaikan akan menanggung Kerugian Tidak Boleh Dipulihkan itu.
- Anda boleh memohon pemulihan dana yang telah tersilap dihantar kepada Pengeluar Bil dengan cara berikut:
-
ARAHAN PEMBAYARAN TANPA KEBENARAN DAN ARAHAN PEMBAYARAN PENIPUAN
- Apabila kami menerima laporan daripada anda mengenai Arahan Pembayaran tanpa kebenaran, atau apabila kami mendapati Arahan Pembayaran tanpa kebenaran telah berpunca daripada Kami, dana tersebut akan dipulangkan ke akaun Anda dalam masa satu (1) Hari Kerja dari tarikh penerimaan daripada Pengeluar Bil, jika syarat-syarat berikut dipenuhi:
- kami akan menyiasat dan menentukan kesahihan Arahan Pembayaran tanpa kebenaran itu dalam tempoh empat belas (14) Hari Kalendar;
- jika kami mengesahkan yang Arahan Pembayaran tanpa kebenaran itu sememangnya berlaku, kami akan memulakan proses Penarikbalikan untuk membatalkan semua debit yang diiktiraf pada akaun Anda berikutan Arahan Pembayaran tanpa kebenaran itu; dan
- Pihak Pengkreditan tidak menggunakan sebahagian atau kesemua dana yang dipersoalkan untuk manfaat Benefisiari Penipuan.
- Arahan Pembayaran yang dibuat berikutan penipuan, termasuk tetapi tidak terbatas kepada:
- Arahan Pembayaran yang dibuat atau dikeluarkan oleh pihak yang tidak dibenarkan membuat Pembayaran. Ini boleh berlaku jika sesuatu pihak mengakses saluran Pembayaran Anda tanpa kebenaran dan membuat Arahan Pembayaran, tanpa kebenaran Anda;
- Anda telah diperdaya untuk membuat Arahan Pembayaran yang menguntungkan pihak lain selain pihak yang dimaksudkan. Ini boleh berlaku jika Pengeluar Bil mengeluarkan bil palsu atau pihak ketiga mengubah bil sebenar untuk mengalihkan pembayaran; dan
- Anda membuat Arahan Pembayaran kepada Pengeluar Bil palsu yang tidak menghantar barang dan perkhidmatan yang telah dibeli. Ini boleh berlaku jika penipu menyertai Skim sebagai Pengeluar Bil untuk mengutip Pembayaran secara salah. Jika kami bertanggungjawab atas Pembayaran Salah yang diterangkan di atas, kami akan menarik balik Pembayaran yang tersalah diiktiraf pada akaun Anda.
- Bagi Arahan Pembayaran Penipuan, apabila kami menerima laporan daripada anda mengenai Arahan Pembayaran tanpa kebenaran, atau apabila kami mendapati Arahan Pembayaran tanpa kebenaran telah berpunca daripada Kami, dana tersebut akan dipulangkan ke akaun Anda dalam masa satu (1) Hari Kerja dari tarikh penerimaan daripada Pengeluar Bil, jika syarat-syarat berikut dipenuhi:
- kami akan menyiasat dan menentukan kesahihan Arahan Pembayaran Penipuan itu dalam masa empat belas (14) Hari Kerja;
- jika kami mengesahkan yang Arahan Pembayaran Penipuan telah dibuat atau jika empat belas (14) Hari Kerja telah berlalu, kami akan memulakan proses Penarikbalikan dan membatalkan Pembayaran debit yang diiktiraf pada akaun Anda berikutan Arahan Pembayaran Penipuan itu; dan
- Pihak Pengkreditan tidak menggunakan sebahagian atau kesemua dana yang dipersoalkan untuk manfaat Benefisiari Penipuan.
- Walaupun dirangkumi oleh perkara di atas, dana bagi Arahan Pembayaran tanpa kebenaran atau Arahan Pembayaran Penipuan yang tidak dapat dipulihkan atau dipulihkan sepenuhnya, akan dianggap sebagai Kerugian Tidak Boleh Dipulihkan.
- Tiada caj balik yang diperuntukkan di bawah Skim dan ia tidak merangkumi Pembayaran yang dibuat menggunakan Kad.
- Anda hendaklah menanggung rugi dan melindungi Kami, rakan sekutu Kami, dan AmBank (M) Bhd. daripada sebarang kerugian, kos, kerosakan atau liabiliti yang dialami kerana atau berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada apa-apa tuntutan, permintaan, atau tindakan terhadap kami, sekutu Kami atau AmBank (M) Bhd., akibat perbuatan atau kelalaian Anda (termasuk pelanggaran, salah laku yang disengajakan, kecuaian dan/atau penipuan).
- Apabila kami menerima laporan daripada anda mengenai Arahan Pembayaran tanpa kebenaran, atau apabila kami mendapati Arahan Pembayaran tanpa kebenaran telah berpunca daripada Kami, dana tersebut akan dipulangkan ke akaun Anda dalam masa satu (1) Hari Kerja dari tarikh penerimaan daripada Pengeluar Bil, jika syarat-syarat berikut dipenuhi:
-
-
PERTANYAAN PEMBAYAR, ADUAN DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN
-
PERTANYAAN DAN ADUAN PEMBAYAR
- Kami akan menyiasat dan menyelesaikan pertanyaan dan aduan Anda mengikut semua garis panduan BNM yang berkenaan, serta Peraturan Skim JomPAY.
- Kami akan mengesahkan penerimaan bagi pertanyaan atau aduan Anda dalam masa satu (1) Hari Kerja.
- Jika Anda ingin mengesahkan Pembayaran Anda kepada Pengeluar Bil telah dikreditkan sewajarnya ke akaun Pengeluar Bil oleh Pihak Pengkreditan, kami akan menyediakan maklumat itu dalam masa satu (1) Hari Kerja selepas pertanyaan Anda diterima. Bagaimanapun, ini tertakluk pada kesediaan Pihak Pengkreditan untuk menjawab dalam garis masa yang dipersetujui di bawah Peraturan Skim JomPAY.
- Selain daripada semakan status pengkreditan yang diterangkan dalam Fasal 5.3 di atas, pertanyaan atau aduan Anda yang boleh diselesaikan secara dalaman akan diselesaikan dalam masa tiga (3) Hari Kerja selepas aduan atau pertanyaan Anda diterima.
- Selain daripada semakan status pengkreditan yang diterangkan dalam Fasal 5.3 di atas, pertanyaan atau aduan Anda yang tidak boleh diselesaikan secara dalaman dan memerlukan maklumat daripada Pihak lain yang terlibat dalam transaksi JomPAY, akan diselesaikan dalam masa tujuh (7) Hari Kerja selepas aduan atau pertanyaan Anda diterima.
- Jika jangka masa yang dinyatakan dalam Fasal 5.5 tidak boleh ditepati, kami akan meminta persetujuan Anda untuk memanjangkan tempoh bagi penyelesaian. Walau apa pun, tiada aduan atau pertanyaan Pembayar yang akan dibiarkan tanpa penyelesaian, melebihi empat belas (14) Hari Kerja.
- Semua pertanyaan dan aduan Pembayar yang diterima selepas 5.00 ptg. pada Hari Kerja akan dianggap telah diterima pada permulaan Hari Kerja yang seterusnya.
-
PENYELESAIAN PERTIKAIAN
- Kami akan berusaha untuk menyelesaikan semua pertanyaan atau pertikaian berkaitan Pembayaran JomPAY dengan Anda secara baik, melalui persetujuan bersama.
- Dalam sesuatu pertikaian atau konflik, Anda berhak mendapatkan bantuan melalui badan pengantara dan timbang tara industri, seperti Skim Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS).
- Anda juga berhak membuat aduan kepada Pengendali Skim jika terdapat dakwaan Kami tidak mematuhi Peraturan Skim JomPAY. Walau bagaimanapun, semakan aduan tersebut oleh Pengendali Skim dibataskan kepada:
- menentukan sama ada terdapat ketidakpatuhan;
- menetapkan remedi untuk Pihak-pihak membetulkan atau menangani ketidakpatuhan; dan
- menentukan jika denda harus dikenakan bagi ketidakpatuhan itu.
- Kami berhak merayu keputusan yang dibuat oleh Pengendali Skim. Pengendali Skim akan mengemukakan rayuan tersebut kepada Jawatankuasa Peraturan Lembaga Pengendali Skim.
- Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Peraturan Lembaga dalam menyelesaikan aduan Anda akan merangkumi Kami.
- Maklumat hubungan untuk pertanyaan atau sebarang komunikasi tentang perkhidmatan (termasuk aduan) dan notis kepada Kami disediakan di bawah:
Butiran Hubungan Nombor Hubungan +603-5115 5115 E-mel support@rytbank.my -
-
PENGGANTUNGAN & PENAMATAN PERKHIDMATAN
-
PENGGANTUNGAN DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN
- Kami boleh menggantung atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian Skim yang disediakan untuk Anda pada bila-bila masa, termasuk jika kami mengesyaki penipuan oleh orang yang mewakili Anda. Anda mungkin menerima notis bertulis tentang penggantungan atau pembatalan itu.
- Kami berhak menggantung atau menamatkan sebarang akses atau penggunaan bagi keseluruhan atau sebahagian Skim yang disediakan untuk Anda pada bila-bila masa, mengikut Terma dan Syarat Perbankan Am kami yang disediakan di https://rytbank.my.
- Walaupun dirangkumi oleh perkara di atas, Anda bersetuju dan mengakui bahawa kami boleh menggunakan budi bicara Kami untuk mengesahkan ketulenan atau kesahihan Arahan Pembayaran yang Kami terima atau menahan, menunda, menangguh dan/atau menolak mana-mana arahan tersebut atas apa jua sebab sekalipun, dan kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang akibat berikutan perkara yang dinyatakan di atas.
-
-
PENGELUAR BIL TIDAK DAPAT MEMPROSES PEMBAYARAN
-
PEMBAYARAN TIDAK DAPAT DIPROSES
- Jika Pengeluar Bil memaklumkan yang Pembayaran Anda tidak dapat diproses, kami akan:
- memberitahu Anda tentang perkara ini; dan
- mengkreditkan akaun Anda dengan amaun Pembayaran itu.
- Jika Pengeluar Bil memaklumkan yang Pembayaran Anda tidak dapat diproses, kami akan:
-
-
REKOD AKAUN
-
PEMANTAUAN AKAUN
- Anda mesti menyemak akaun Anda dan segera melaporkan kepada Kami jika Anda mendapati sebarang kesilapan atau sebarang Pembayaran yang dibuat atau yang disyaki dibuat oleh orang lain tanpa kebenaran Anda.
-
-
JomPAY
-
PENYERTAAN SKIM
- Kami merupakan Pihak Tidak Langsung bagi Skim JomPAY melalui AmBank (M) Bhd. Namun, jika kami menamatkan penyertaan dalam Skim atas apa-apa sebab, kami akan memaklumkan Anda tentang penamatan penyertaan Kami dalam Skim tersebut.
- Anda mesti menyediakan Kami dengan maklumat yang dinyatakan dalam Fasal 12 (apabila melaksanakan Arahan Pembayaran). Kami kemudiannya akan mendebit akaun Anda dengan jumlah yang dinyatakan pada Arahan Pembayaran.
- Pembayaran boleh dibuat daripada Akaun Simpanan Ryt Bank Anda dan Akaun Ryt PayLater Anda (jika berkenaan) dan tertakluk pada terma yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat Perbankan Am Kami, Terma dan Syarat Khusus yang terpakai bagi akaun Anda, serta Terma Penggunaan yang disediakan di https://rytbank.my. Jika ada sebarang percanggahan atau pertikaian, Terma ini akan merangkumi Skim JomPAY.
- Anda mengakui bahawa penerimaan Arahan Pembayaran Tersilap atau Arahan Pembayaran Salah oleh Pengeluar Bil tidak sama sekali bermaksud yang keseluruhan atau separa hutang Anda dan Pengeluar Bil telah diselesaikan.
-
-
ARAHAN PEMBAYARAN YANG SAH
-
PENGESAHAN ARAHAN PEMBAYARAN
- Kami akan mengesahkan arahan Anda untuk membuat Pembayaran jika, Anda mematuhi dasar dan prosedur yang terkandung dalam Terma dan Syarat Perbankan Am serta Notis Privasi Kami berkenaan penggunaan Aplikasi Ryt Bank.
-
-
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
-
MAKLUMAT PEMBAYARAN YANG DIPERLUKAN
- Maklumat yang Anda mesti berikan untuk mengarahkan Pembayaran oleh Kami adalah seperti berikut:
- Kod Pengeluar Bil;
- Nombor Rujukan Penerima 1 (Ruj-1);
- Nombor Rujukan Penerima 2 (Ruj-2) (jika dinyatakan dalam Bil Pembayar);
- Jumlah;
- Anda mengakui bahawa kami tidak diwajibkan melaksanakan Pembayaran jika Anda tidak memberikan Kami semua maklumat yang diperlukan atau jika maklumat yang diberikan adalah tidak tepat.
- Maklumat yang Anda mesti berikan untuk mengarahkan Pembayaran oleh Kami adalah seperti berikut:
-
-
PINDAAN TERMA
-
PENGUBAHSUAIAN TERMA
- Kami berhak menyemak, menukar, mengubah, menggantung atau mengubah suai Terma ini pada bila-bila masa, dengan memberikan anda notis bertulis. Semakan sedemikian akan berkuat kuasa mulai tarikh notis. Notis tersebut mungkin diterbitkan melalui aplikasi mudah alih Kami, laman web (https://rytbank.my) dan/atau melalui sebarang cara komunikasi lain yang dianggap sesuai. Anda bertanggungjawab untuk kekal termaklum, ataupun berusaha untuk mendapatkan notis sedemikian. Mengakses atau menggunakan perkhidmatan JomPAY selepas notis tersebut bermakna Anda bersetuju dan menerima semua perubahan itu.
- Anda boleh memilih untuk tidak menggunakan Skim JomPAY berikutan sebarang perubahan oleh kami, atau apa-apa sebab yang lain.
- Jika keseluruhan atau sebahagian peruntukan Terma ini didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan atas sebarang sebab, baki peruntukan Terma ini yang tidak dirangkumi oleh ketidaksahihan atau ketakbolehkuasaan itu akan kekal berkuat kuasa sepenuhnya menurut undang-undang.
-
-
MASA TAMAT PEMBAYARAN
-
MASA PEMBAYARAN
- Jika Anda mengarahkan Pembayaran kepada Pengeluar Bil sebelum Masa Tamat Pembayaran bagi Hari Kerja itu, Pembayaran akan dianggap telah diterima oleh Pengeluar Bil pada Hari Kerja yang sama. Namun, Pembayaran mungkin mengambil lebih masa untuk dikreditkan kepada Pengeluar Bil, jika Pembayar mengarahkan Pembayaran kepada Pengeluar Bil selepas Masa Tamat Pembayaran, atau pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum, di mana Pembayaran akan dianggap telah diterima oleh Pengeluar Bil pada Hari Kerja yang seterusnya.
- Kami hendaklah, sekurang-kurangnya, mendedahkan Masa Tamat Pembayaran kepada Anda di saluran perbankan di mana Anda membuat Arahan Pembayaran, atau memastikan yang Masa Tamat Pembayaran dimaklumkan kepada Anda.
-
-
LIABILITI
-
BATASAN LIABILITI
- Anda mengakui dan bersetuju bahawa, melainkan kerugian atau kerosakan yang dialami akibat kecuaian Kami atau melainkan dilarang dengan jelas oleh undang-undang, kami tidak bertanggungjawab kepada Anda atau mana-mana pihak ketiga atas sebarang kerugian, liabiliti, kos, kerosakan, tuntutan, tindakan atau prosiding, sama ada secara langsung atau tidak langsung atau yang berbangkit, akibat daripada penggunaan Skim yang Kami tawarkan, disebabkan oleh:
- kecuaian Anda, salah laku atau pelanggaran mana-mana Terma ini;
- akaun Anda tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk Kami memproses Arahan Pembayaran;
- Anda telah melebihi had penghantaran harian Anda;
- sebarang Arahan Pembayaran yang diberikan atau didakwa telah diberikan oleh Anda;
- sebarang Transaksi Pembayaran Salah/Arahan Pembayaran Tersilap oleh Anda, termasuk sebarang penghantaran dana kepada Pengeluar Bil yang salah, penerima yang salah atau pihak ketiga yang salah;
- sebarang Arahan Pembayaran Tanpa Kebenaran atau Arahan Pembayaran Penipuan yang tidak berpunca daripada Kami atau berkaitan dengan Kami;
- penggantungan, penamatan atau pemberhentian perkhidmatan Skim JomPAY; atau
- sebarang kegagalan, kelewatan, kesilapan atau tidak menghantar dana kerana penyelenggaraan sistem, kerosakan atau ketidaksediaan rangkaian, perisian atau perkakasan Kami dan/atau Skim JomPAY.
- Anda mengakui dan bersetuju bahawa, melainkan kerugian atau kerosakan yang dialami akibat kecuaian Kami atau melainkan dilarang dengan jelas oleh undang-undang, kami tidak bertanggungjawab kepada Anda atau mana-mana pihak ketiga atas sebarang kerugian, liabiliti, kos, kerosakan, tuntutan, tindakan atau prosiding, sama ada secara langsung atau tidak langsung atau yang berbangkit, akibat daripada penggunaan Skim yang Kami tawarkan, disebabkan oleh:
-
-
PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
-
PRIVASI DATA
- Anda mengakui bahawa penggunaan Skim untuk membuat Pembayaran bermakna Anda mengizinkan Data Peribadi Anda dikumpulkan, digunakan dan didedahkan kepada AmBank (M) Bhd, Pengendali Skim, Pengeluar Bil, Pihak Pengkreditan dan Pihak Debit yang lain, berdasarkan peruntukan Notis Privasi Kami (juga dikenali sebagai Notis kepada Pelanggan mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010), yang tersedia di https://rytbank.my/privacy-notice.
- Anda dengan ini bersetuju dan membenarkan Kami dan/atau pegawai Kami untuk mendedahkan sebarang dokumen, rekod atau maklumat berkaitan perkhidmatan JomPAY atau aset atau urusan atau akaun, termasuk akaun masa hadapan Anda dengan Kami, kepada:
- BNM, Unit Kredit Pusat, Garis Panduan Sistem Maklumat Cek Tak Laku, Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) atau mana-mana biro atau agensi pelaporan kredit atau agensi penarafan kredit, sama ada yang ditubuhkan menurut perundangan Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa/badan kerajaan atau kawal selia yang lain, atau agensi penguatkuasaan yang diberi kuasa di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Cagamas Berhad, Credit Guarantee Corporation atau pihak berkuasa lain yang mengawal AmBank/AmBank Islamic atau mana-mana badan, agensi atau pihak berkuasa yang berkuasa atas Kami, dan kepada mana-mana pihak ketiga yang diwajibkan oleh undang-undang;
- mana-mana depositori pusat atau ejen depositori yang diberi kuasa di bawah Akta Perindustrian Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991);
- mana-mana penerima pindahan sebenar atau bakal penerima pindahan, atau penerima hak Kami;
- mana-mana orang yang bercadang atau berniat untuk membuat atau menawarkan Pembayaran bagi liabiliti Anda di bawah Skim JomPAY;
- mana-mana orang, yang kami mendapati perlu atau berkaitan dengan semakan, usaha wajar atau penguatkuasaan atau perlindungan atau percubaan penguatkuasaan atau perlindungan mana-mana hak atau kepentingan Kami;
- mana-mana orang yang terlibat dalam pengaturan, pembentukan, penstrukturan semula atau apa-apa pengaturan, pembentukan atau penstrukturan semula yang dicadangkan antara pemiutang Anda;
- Kumpulan AmBank dan mana-mana orang atau syarikat yang menyediakan Kami dengan perkhidmatan dan kepakaran undang-undang, perakaunan, pengauditan, kredit, pentadbiran, pemprosesan, pengurusan data atau perkhidmatan nasihat lain;
- ejen pengutip hutang yang dilantik oleh mana-mana syarikat di bawah Kumpulan AmBank;
- jika perlu, kepada wakil peribadi bagi harta Pembayar atau kepada jawatankuasa Pembayar atau pemegang amanah yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan aset dan urusan Anda, jika Anda mengalami gangguan mental atau gila; dan
- sebagaimana yang dibenarkan di bawah Terma dan Syarat Perbankan Am Kami.
- Anda mesti memberitahu Kami jika ada ketidaktepatan dalam mana-mana maklumat peribadi Anda, atau dalam sebarang perubahan kepada maklumat peribadi Anda, dan Anda membenarkan maklumat peribadi yang terkini itu diberitahu kepada semua Pihak dalam Skim, untuk tujuan Fasal 16.1.
- Anda boleh meminta akses kepada data peribadi yang dipegang oleh Kami dengan memberikan notis bertulis mengikut Notis Privasi Kami.
- Anda mengakui bahawa jika Data Peribadi Anda tidak didedahkan kepada pihak yang dinyatakan dalam Fasal 16.1 dan 16.2, permintaan Pembayaran Anda atau penggunaan Skim JomPAY tidak mungkin dapat dilaksanakan.
-
-
DEFINISI DAN TAFSIRAN
-
DEFINISI
Perkataan berikut mempunyai makna ini:
No. Istilah Definisi 1. Pelanggan Bank Terlibat Pelanggan yang akaun banknya tersilap didebit atau dikreditkan kerana Arahan Pembayaran salah atau Penipuan yang disebabkan oleh Pihak lain, Pelanggan atau PayNet. 2. Pengeluar Bil Terlibat Pengeluar Bil yang menerima Arahan Pembayaran salah atau Penipuan dan/atau dana disebabkan kesilapan Pihak lain, Pelanggan atau PayNet. 3. Pihak Terlibat Pihak yang menerima Arahan Pembayaran Salah atau Penipuan dan/atau dana disebabkan kesilapan Pihak lain, Pelanggan atau PayNet. 4. Benefisiari Penipuan Pihak yang mendapat untung daripada Arahan Pembayaran tanpa kebenaran atau Arahan Pembayaran Penipuan. 5. Aplikasi Ryt Bank Merujuk kepada Aplikasi Mudah Alih Ryt Bank. 6. Bil Penyata yang membutirkan jumlah duit yang terhutang, atau permintaan bayaran bagi pembelian barang, penyediaan perkhidmatan dan/atau sebarang transaksi perniagaan lain. 7. Pengeluar Bil Agensi kerajaan, badan berkanun, perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian, syarikat atau organisasi, pertubuhan, badan amal yang menyertai Skim JomPAY untuk mengutip pembayaran Bil. 8. Pihak Pengkreditan Pihak yang dilantik oleh Pengeluar Bil untuk memudahkan pengutipan pembayaran Bil Pengeluar Bil melalui JomPAY. 9. Kod Pengeluar Bil Kod angka abjad unik yang mengenal pasti: Pengeluar Bil; atau kategori produk atau perkhidmatan Pengeluar Bil bagi menghalakan Pembayaran kepada Pengeluar Bil. 10. BNM Bank Negara Malaysia. 11. Hari Kerja Mana-mana hari kalendar dari Isnin hingga Jumaat, pada mana bank-bank di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibuka untuk berniaga, kecuali cuti umum atau cuti bank di Kuala Lumpur. 12. Pelanggan Istilah yang merujuk kepada Pengeluar Bil, Pembayar dan pelanggan lain bagi sesuatu Pihak. 13. Arahan Pembayaran Salah Arahan Pembayaran yang dibuat secara salah atau tidak betul, seperti berikut: AmBank / AmBank Islamic menghantar fail sama yang mengandungi Arahan Pembayaran kepada RTN sebanyak dua kali; Pihak terlibat akan mengiktiraf entri yang salah ke akaun bank Pengeluar Bil/Pembayar, atau mengeluarkan Arahan Pembayaran yang tidak sah, tidak betul, salah hala atau berganda bagi pihak Pengeluar Bil/Pembayar kerana kesilapan teknikal atau kesilapan operasi; Kesilapan teknikal atau operasi oleh Pengendali Skim yang menyebabkan Arahan Pembayaran menjadi salah atau berganda; dan Arahan Pembayaran Tersilap yang ditujukan kepada Pengeluar Bil/Pembayar yang salah, mengandungi nombor rujukan penerima yang salah, membawa jumlah yang salah, atau berganda. 14. Arahan Pembayaran Penipuan Pembayaran yang telah didorong oleh kaedah yang tidak jujur atau penipuan dan yang diminta dibayar balik oleh Pembayar. Ini termasuk kes di mana Pembayar membuat Pembayaran untuk invois tipu yang dikeluarkan oleh pihak ketiga yang mengaku sebagai Pengeluar Bil (dan sebenarnya bukan Pengeluar Bil) atau pihak ketiga yang menyamar sebagai Pengeluar Bil. 15. GIRO Antara Bank atau IBG Sistem Pembayaran dan pemindahan dana antara bank yang memudahkan pembayaran dan pengutipan melalui pertukaran transaksi digital antara bank. 16. JomPAY Perkhidmatan Pembayaran bil seluruh negara yang membolehkan Pembayar membayar bil Pengeluar Bil melalui saluran perbankan. 17. Skim JomPAY atau Skim Adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh PayNet bagi memudahkan pembayaran Bil di seluruh industri melalui penggunaan Kod Pengeluar Bil dan Nombor Rujukan Penerima. 18. Arahan Pembayaran Tersilap Pembayaran yang dibuat atau tidak dibuat kepada seseorang, atau pembayaran untuk jumlah yang tidak mengikut Arahan Pembayaran Pembayar atau mengandungi kesilapan dalam Arahan Pembayaran daripada Pembayar, yang menyebabkan pembayaran: ditujukan kepada Pelanggan yang salah; mengandungi Nombor Rujukan Penerima yang salah; membawa jumlah yang salah; atau menjadi berganda. (Namun, jika Pembayar telah memaklumkan Bank untuk membuat Pembayaran dalam jumlah yang lebih rendah daripada yang dimaksudkan, Arahan Pembayaran asal akan kekal dan Pembayar mesti memberikan Arahan Pembayaran selanjutnya atau melaksanakan Pembayaran melalui cara lain.) 19. Pihak Bank yang merupakan ahli Skim. 20. Pembayar Individu, syarikat, badan korporat, perniagaan (termasuk pemilik tunggal dan perkongsian), agensi kerajaan, badan berkanun, pertubuhan dan Pelanggan Bank lain yang membuat pembayaran kepada Pengeluar Bil menggunakan Skim JomPAY. 21. Pihak Debit Pihak Skim JomPAY yang menawarkan perkhidmatan yang membolehkan Pembayar membuat Arahan Pembayaran. 22. Pembayar tidak hadir Pembayar tidak hadir secara fizikal semasa proses melakukan transaksi 23. Arahan Pembayaran atau Pembayaran Arahan daripada Pembayar kepada Pihak Debit yang mengarahkan Pihak Debit untuk: a) mengeluarkan dana daripada akaun bank Pembayar; dan b) memproses transaksi IBG untuk menghantar dana kepada Pihak Pengkreditan bagi membayar Bil Pengeluar Bil. 24. Masa Tamat Pembayaran Masa maksimum untuk Arahan Pembayaran JomPAY oleh Pembayar dikreditkan ke akaun Pengeluar Bil pada hari yang sama. Pengeluar Bil yang tidak menggunakan akaun AmBank akan mengikut jadual masa pemprosesan IBG yang biasa. 25. PayNet Payments Network Malaysia Sdn Bhd. 26. Data Peribadi Bermaksud sebarang maklumat transaksi komersial yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Pelanggan, yang telah dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut, yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor pasport, maklumat perbankan, alamat e-mel dan butiran hubungan Pelanggan. 27. Penarikbalikan Bermaksud transaksi yang: a) dibuat oleh Pengeluar Bil untuk membatalkan Arahan Pembayaran Salah; b) mungkin termasuk pelarasan debit atau kredit kepada akaun Pembayar yang berkaitan dengan Arahan Pembayaran Salah tersebut; dan c) mungkin termasuk pelarasan kepada akaun bank Pengeluar Bil yang dinamakan dalam Arahan Pembayaran Salah tersebut, jika dana daripada Arahan Pembayaran Salah itu telah diiktiraf pada akaun bank. 28. Pengendali Skim atau SO Pemilik dan pengendali Skim JomPAY. 29. Notifikasi masa nyata atau RTN Mesej elektronik yang dihantar kepada Pengeluar Bil untuk memberikan notis awal tentang Pembayaran masuk daripada Pembayar apabila akaun bank Pembayar telah berjaya didebitkan bagi Arahan Pembayaran kepada Pengeluar Bil. 30. Nombor Rujukan Penerima atau RRN Pengecam unik yang diberikan oleh Pengeluar Bil kepada Pembayar, dan dirujuk sebagai [Nombor Rujukan Penerima 1] serta [Nombor Rujukan Penerima 2] pada Bil. 31. Arahan Pembayaran Tanpa Kebenaran Pembayaran yang dibuat tanpa kebenaran Pembayar, yang didakwa telah memberikan Arahan Pembayaran untuk membuat Pembayaran itu (dan akaun daripada mana Pembayaran itu didebitkan) atau Pembayaran yang dibuat oleh Pembayar, yang dibatalkan atas sebarang sebab selain penipuan. Ini termasuk kes di mana Pembayaran telah dibuat oleh pihak ketiga yang telah mengakses akaun Pembayar tanpa kebenaran dan membuat transaksi tanpa kebenaran daripada akaun Pembayar untuk membuat pembayaran lain. Namun, ini tidak termasuk Arahan Pembayaran Penipuan. 32. Kerugian Tidak Boleh Dipulihkan Bahagian dana yang dikreditkan kepada pihak yang salah kerana Pembayaran Salah atau Pembayaran Penipuan, dan tidak boleh diperoleh kembali meskipun Pihak terlibat telah berusaha sedaya upaya untuk memulihkan dana itu. [PENGHUJUNG TERMA STANDARD PEMBAYAR]
-
