TERMA DAN SYARAT KEMPEN RYT BANK x KOPPIKU RM1
Kempen Ryt Bank x Koppiku RM1 ("Kempen") dianjurkan oleh YTL Digital Bank Berhad (dahulunya dikenali sebagai Sea Capital Services Berhad) ("Ryt Bank / kami") dengan kerjasama Koppiku Sdn. Bhd. ("Koppiku").
Penyertaan anda dalam Kempen ini bermakna anda telah membaca, memahami dan mempersetujui terma dan syarat ("Terma Kempen") ini. Sila hubungi kami untuk mendapatkan penerangan lanjut jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Terma Kempen ini.
-
TEMPOH KEMPEN
13hb September 2025 hingga 25hb Februari 2026.
-
KELAYAKAN
-
Kempen ini terbuka kepada pelanggan Ryt Bank yang, sepanjang Tempoh Kempen, mempunyai Akaun Ryt Bank yang sah.
(Dirujuk secara kolektif sebagai "Pelanggan Layak" dan secara individu sebagai "Pelanggan Layak").
-
Kategori individu berikut tidak layak untuk menyertai Kempen ini:
a. pelanggan yang Akaun Ryt Bank mereka ditamatkan, ditutup, tidak aktif, dibekukan, disekat, digantung, tertunggak, atau tidak berada dalam keadaan baik sepanjang Tempoh Kempen;
b. pelanggan yang telah melanggar atau disyaki melanggar mana-mana Terma Kempen ini atau mana-mana terma dan syarat lain yang berkenaan dengan Akaun Ryt Bank.
-
-
GANJARAN DAN MEKANISME KEMPEN
-
Pelanggan Layak boleh membeli satu (1) minuman dengan sebarang saiz di Koppiku pada harga RM1.00 dalam tempoh yang ditetapkan di bawah ("Ganjaran") dengan mendapatkan kod baucar daripada Aplikasi Ryt Bank. Penebusan Ganjaran tertakluk kepada Terma Kempen ini, termasuk apa-apa syarat khusus seperti dinyatakan di bawah (yang boleh dikemas kini oleh kami dari semasa ke semasa dengan notis):
Tempoh Syarat 13 September 2025 • Baucar RM1 boleh ditebus di semua cawangan Koppiku di seluruh negara.
• Penebusan baucar terhad kepada 10,000 penebusan pertama, berdasarkan siapa cepat dia dapat.24 September – 30 November 2025 • Baucar RM1 boleh ditebus di semua cawangan Koppiku di seluruh negara.
• Penebusan baucar terhad kepada 50,000 penebusan pertama, berdasarkan siapa cepat dia dapat. -
Untuk menebus Ganjaran, kod baucar mesti ditunjukkan di kedai semasa pembelian, dan pembayaran hendaklah dibuat sama ada dengan:
a. DuitNow QR melalui Aplikasi Ryt Bank Pelanggan Layak.
-
Setiap Pelanggan Layak hanya boleh menebus maksimum satu (1) Ganjaran sepanjang keseluruhan Tempoh Kempen.
-
Ganjaran tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau digunakan bersama mana-mana promosi yang sedang berlangsung, Coffee in a Bag, makanan, diskaun, kupon tawaran, baucar, program kesetiaan atau kad keistimewaan.
-
Ganjaran hanya sah untuk pembelian di kedai, dan tidak terpakai bagi pesanan dalam talian, termasuk pesanan melalui aplikasi mudah alih Koppiku atau platform penghantaran pihak ketiga.
-
Ganjaran ini hanya sah di kedai Koppiku terpilih di seluruh negara. Senarai penuh cawangan yang mengambil bahagian boleh didapati di sini.
-
-
TERMA DAN SYARAT LAIN
-
Terma Kempen ini adalah tambahan kepada dan mesti dibaca bersama dengan Terma Am, Terma Khusus, dan mana-mana terma dan syarat lain yang berkaitan sebagaimana yang boleh dikenakan oleh kami dari semasa ke semasa dengan notis terdahulu (setiap satu boleh didapati di laman web kami di https://rytbank.my/terms-and-conditions). Sekiranya terdapat ketidakselarasan, Terma Kempen ini akan mengatasi setakat mana ketidakselarasan tersebut.
-
Beberapa istilah berhuruf besar yang digunakan dalam dokumen ini telah ditakrifkan dalam Terma Am atau Terma Khusus.
-
Kami berhak untuk meminda Terma Kempen ini atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis terdahulu, melalui penerbitan di mana-mana media, atau apa-apa cara lain yang kami anggap munasabah. Penyertaan berterusan anda selepas notis sedemikian bermaksud anda bersetuju dengan semua pindaan tersebut. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma Kempen (termasuk apa-apa perubahan atau pindaan), anda hendaklah segera berhenti menyertai Kempen ini.
-
Rekod transaksi yang diselenggara oleh kami dan keputusan kami berhubung semua perkara yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad dan konklusif, dan adalah mengikat anda untuk semua tujuan.
-
Kami boleh, mengikut budi bicara kami dan dengan memberikan notis kepada anda, membatalkan kelayakan atau menolak penyertaan anda dalam Kempen ini sekiranya kami mengesyaki atau menyedari sebarang aktiviti penipuan berkaitan dengan akaun anda.
-
Sekiranya terdapat ketidakselarasan antara Terma Kempen ini dan mana-mana bahan iklan, promosi, publisiti dan lain-lain bahan yang berkaitan dengan Kempen ini, Terma Kempen ini akan mengatasi setakat mana ketidakselarasan tersebut.
-
Bagi kempen yang melibatkan pedagang pihak ketiga (iaitu pihak selain Ryt Bank), kami bukanlah ejen kepada pedagang tersebut dan tidak membuat sebarang representasi mengenai kualiti barangan atau perkhidmatan yang disediakan. Sebarang pertikaian berhubung barangan atau perkhidmatan tersebut hendaklah diselesaikan secara terus antara anda dan pedagang berkenaan.
-
Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang salah tafsir atau salah gambaran fakta oleh mana-mana pihak ketiga berhubung dengan Kempen ini yang ditawarkan dan diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau iklan.
-
Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak dapat melaksanakan keseluruhan atau sebahagian daripada obligasi kami dalam Terma Kempen ini disebabkan oleh:
a. sebarang peristiwa di luar kawalan munasabah kami, termasuk bencana alam;
b. kegagalan teknikal dalam apa jua bentuk, campur tangan, gangguan dan/atau kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilakukan melalui Aplikasi Ryt Bank.
-
Tertakluk kepada Undang-undang yang Berkuat Kuasa, kami, pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen kami (termasuk tanpa had, mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh kami bagi tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang anda atau mana-mana pihak lain mungkin alami berkaitan dengan Kempen ini walau bagaimana pun timbul, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan sama ada boleh dijangka secara munasabah atau tidak, melainkan disebabkan oleh kecuaian besar atau salah laku sengaja kami yang berkaitan secara khusus dengan Kempen ini.
-
Kami dengan jelas mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan atau sokongan, sama ada dinyatakan atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa had kepada yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, pemasaran atau bahan iklan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
-
Terma Kempen ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.
-
