Ryt Bank

TERMA DAN SYARAT KEMPEN RYT BANK x MFL

Kempen Ryt Bank x MFL ("Kempen") dianjurkan oleh YTL Digital Bank Berhad ("Ryt Bank / kami") dengan kerjasama Malaysian Football League ("MFL") dan Koppiku Sdn. Bhd. ("Koppiku").

Dengan menyertai Kempen ini, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat kempen ini ("Terma Kempen"). Anda boleh menghubungi kami sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Terma Kempen ini.

  1. Tempoh Kempen

    Kempen ini hanya sah semasa Perlawanan Suku Akhir Kedua Piala FA Malaysia 2025–26 yang diadakan di Stadium MBPJ pada 29 Oktober 2025 ("Acara"), dari 3.00 petang hingga 9.00 malam (atau dalam tempoh lain yang akan ditentukan dan dimaklumkan oleh kami) ("Tempoh Kempen").

  2. Kelayakan

    1. Kempen ini terbuka hanya kepada pelanggan baharu Ryt Bank yang mengunjungi kaunter Ryt Bank semasa Acara dan memenuhi keperluan penglibatan yang dinyatakan di bawah ("Peserta Layak").

    2. Kategori individu berikut tidak layak menyertai Kempen ini:

      1. pelanggan sedia ada Ryt Bank;
      2. pelanggan yang akaunnya telah ditamatkan, ditutup, tidak aktif, dibekukan, disekat, digantung, tertunggak atau tidak berada dalam keadaan baik; dan
      3. pelanggan yang telah melanggar atau disyaki melanggar mana-mana Terma Kempen ini atau terma dan syarat lain yang terpakai kepada Akaun Ryt Bank.
  3. Ganjaran dan Mekanisme Kempen

    1. Penglibatan 1: Pengaktifan di Lokasi

      1. Setiap Peserta Layak yang memuat turun aplikasi Ryt Bank dan berjaya mendaftar serta mengaktifkan Akaun Ryt Bank di tapak semasa Tempoh Kempen akan menerima satu (1) tiket perlawanan MFL percuma ("Ganjaran MFL") bagi perlawanan berikut:
        • Tarikh: 22 November 2025
        • Perlawanan: Selangor FC vs Kelantan TRW FC
        • Tempat: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor
      2. Ganjaran MFL ini terhad kepada 100 pengaktifan pertama yang berjaya, berdasarkan prinsip “first-come, first-served”.
      3. Setiap peserta yang layak hanya berhak menerima satu (1) Ganjaran MFL sahaja.
      4. Ganjaran MFL akan dihantar melalui e-mel kepada peserta yang layak kira-kira seminggu sebelum tarikh perlawanan.
      5. Ganjaran MFL tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar dengan wang tunai, dan tidak boleh digunakan bersama promosi lain. Kami berhak untuk menggantikan Ganjaran MFL dengan ganjaran lain yang bernilai sama pada bila-bila masa.
    2. Penglibatan 2: Imbas & Aktifkan Kemudian

      1. Sebagai alternatif, Peserta Layak boleh mendaftar maklumat diri mereka dengan promoter acara dan akan menerima kod QR unik untuk muat turun dan aktivasi aplikasi.
      2. Setiap Peserta Layak yang memuat turun aplikasi Ryt Bank dan berjaya mengaktifkan Akaun Ryt Bank menggunakan kod QR unik sebelum atau pada 1 November 2025, jam 11:59 malam (Waktu Malaysia) akan menerima satu (1) baucar minuman Koppiku percuma ("Ganjaran Koppiku").
      3. Ganjaran Koppiku ini terhad kepada 200 pengaktifan pertama yang berjaya, berdasarkan prinsip “first-come, first-served”.
      4. Setiap peserta yang layak hanya berhak menerima satu (1) Ganjaran Koppiku sahaja.
      5. Ganjaran Koppiku akan dihantar melalui e-mel kepada peserta yang layak dalam tempoh dua (2) minggu selepas Acara Kempen.
      6. Ganjaran Koppiku sah untuk penebusan di kedai Koppiku sahaja di seluruh negara. Senarai penuh cawangan yang mengambil bahagian boleh didapati di laman web rasmi Koppiku.
      7. Ganjaran Koppiku tidak boleh ditukar dengan wang tunai, tidak boleh digunakan bersama promosi atau diskaun lain, dan tidak sah untuk pesanan dalam talian, makanan, atau platform penghantaran pihak ketiga. Kami berhak untuk menggantikan Ganjaran Koppiku dengan ganjaran lain yang bernilai sama pada bila-bila masa.
  4. Terma dan Syarat Lain

    1. Terma Kempen ini adalah tambahan kepada dan hendaklah dibaca bersama-sama dengan Terma Am, Terma Khusus, dan mana-mana terma serta syarat lain yang dikenakan oleh Ryt Bank dari semasa ke semasa (yang boleh dirujuk di https://rytbank.my/general-terms-and-conditions). Sekiranya berlaku sebarang percanggahan, Terma Kempen ini akan diutamakan.

    2. Beberapa istilah yang digunakan dalam dokumen ini mempunyai maksud seperti yang ditakrifkan dalam Terma Am atau Terma Khusus.

    3. Kami berhak untuk meminda Terma Kempen ini atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis terdahulu melalui mana-mana medium yang munasabah. Penyertaan berterusan anda selepas pemakluman tersebut dianggap sebagai persetujuan terhadap pindaan tersebut. Sekiranya anda tidak bersetuju, anda hendaklah berhenti daripada menyertai Kempen ini dengan segera.

    4. Semua rekod transaksi dan keputusan kami berhubung Kempen ini adalah muktamad.

    5. Kami berhak, dengan notis kepada anda, untuk membatalkan kelayakan penyertaan sekiranya kami mengesyaki sebarang aktiviti penipuan berkaitan akaun anda.

    6. Sekiranya terdapat percanggahan antara Terma Kempen ini dan sebarang bahan promosi, pengiklanan atau publisiti lain, Terma Kempen ini akan diutamakan.

    7. Bagi kempen yang melibatkan peniaga pihak ketiga (iaitu selain daripada Ryt Bank), kami bukan ejen kepada peniaga tersebut dan tidak membuat sebarang pernyataan berhubung kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Sebarang pertikaian berkaitan barangan atau perkhidmatan hendaklah diselesaikan secara langsung antara anda dan peniaga.

    8. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang salah tafsir atau salah nyataan oleh mana-mana pihak ketiga berhubung Kempen ini yang diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau iklan.

    9. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami gagal melaksanakan mana-mana obligasi di bawah Terma Kempen ini akibat daripada:

      1. sebarang bencana alam atau kejadian di luar kawalan munasabah kami; atau
      2. kegagalan teknikal, gangguan, atau ralat manusia/elektronik dalam pentadbiran dan pemprosesan transaksi melalui Aplikasi Ryt Bank.
    10. Tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa, kami serta pegawai, kakitangan, wakil dan/atau ejen kami (termasuk penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik bagi tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan (langsung atau tidak langsung) yang dialami oleh anda atau mana-mana pihak lain berkaitan Kempen ini, kecuali akibat kecuaian melampau atau salah laku disengajakan kami yang berkaitan secara khusus dengan Kempen ini.

    11. Kami dengan jelas menafikan sebarang jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan berkenaan kualiti, kebolehdagangan, atau kesesuaian untuk tujuan tertentu, sama ada yang diterbitkan dalam media massa, bahan pemasaran atau iklan.

    12. Terma Kempen ini tertakluk kepada dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.