Ryt Bank

TERMA DAN SYARAT KEMPEN DISKAUN 20% JERSI PESTLE MORTAR X RYT BANK

Tarikh Kuat Kuasa: 1 Oktober 2026

Kempen Diskaun 20% Jersi Pestle Mortar x Ryt Bank ("Kempen") dianjurkan oleh YTL Digital Bank Berhad ("Ryt Bank / kami") dengan kerjasama Pencil Produce Sdn. Bhd. ("Pestle Mortar").

Dengan menyertai Kempen ini, anda bersetuju bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat Kempen ini ("Terma Kempen"). Anda boleh mendapatkan penjelasan daripada kami dengan menghubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Terma Kempen ini.

  1. Tempoh Kempen

    1 Oktober 2026 hingga 31 Mac 2027 (kedua-dua tarikh termasuk) ("Tempoh Kempen")

  2. Kelayakan

    1. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan Ryt Bank.

      (secara kolektif, "Pelanggan Layak" dan setiap seorang, "Pelanggan Layak").

  3. Ganjaran dan Mekanisme Kempen

    1. Ganjaran

      1. Tertakluk pada Terma Kempen ini, Pelanggan Layak akan menerima diskaun 20% daripada harga runcit yang disenaraikan bagi jersi edisi terhad Pestle Mortar x Ryt Bank yang layak ("Ganjaran").

        (i) Ganjaran terhad kepada satu (1) jersi yang layak bagi setiap alamat e-mel yang didaftarkan dengan Pestle Mortar.

    2. Mekanisme

      1. Untuk menikmati Ganjaran, Pelanggan Layak hendaklah, dalam Tempoh Kempen:

        (i) memilih jersi edisi terhad Pestle Mortar x Ryt Bank di halaman koleksi Ryt Bank x Pestle Mortar di https://pestlemortarclothing.com/collections/pestle-mortar-x-ryt-bank;

        (ii) menggunakan kod promo "PMCRYT20" semasa checkout; dan

        (iii) berjaya melengkapkan pembayaran dengan Kad Ryt yang sah.

      2. Pelanggan Layak hendaklah memasukkan kod promo dengan betul semasa checkout sebelum melengkapkan pembayaran. Kod promo tidak boleh digunakan secara retrospektif.

      3. Ganjaran hanya terpakai pada harga produk. Caj penghantaran, cukai dan fi lain yang berkenaan tidak termasuk melainkan dinyatakan sebaliknya oleh Pestle Mortar.

      4. Ganjaran tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit atau apa-apa manfaat lain dan tidak boleh dipindah milik.

      5. Ganjaran tidak boleh digunakan bersama kod promosi, diskaun, baucar atau tawaran lain melainkan dinyatakan sebaliknya oleh Pestle Mortar.

      6. Ganjaran hanya terpakai pada jersi edisi terhad Pestle Mortar x Ryt Bank yang layak dan dipaparkan pada laman web Pestle Mortar yang ditetapkan, serta tertakluk pada ketersediaan rekaan dan saiz yang berkenaan. Tempahan stok tidak dibenarkan.

      7. Jika transaksi yang layak dibatalkan, diterbalikkan atau dibayar balik, kod promo tidak akan dikembalikan dan Ganjaran tidak akan tersedia untuk sebarang pembelian berikutnya.

  4. Terma dan Syarat Lain

    1. Ryt Bank tidak mengeluarkan, menyimpan stok, menjual, menghantar atau memenuhi pesanan jersi. Jersi yang layak dijual oleh Pestle Mortar dan Ganjaran ditadbir sepenuhnya oleh Pestle Mortar, termasuk pengesahan dan penggunaannya semasa checkout. Semua pembelian, pembayaran, penghantaran, pertukaran, pemulangan, bayaran balik, waranti produk dan perkara berkaitan khidmat pelanggan akan dikendalikan secara langsung oleh Pestle Mortar, tertakluk pada Terma Perkhidmatan, Polisi Bayaran Balik, Polisi Privasi Pestle Mortar dan apa-apa terma serta polisi lain yang berkenaan, yang tersedia di https://pestlemortarclothing.com/.

    2. Terma Kempen ini adalah tambahan kepada dan hendaklah dibaca bersama Terma Am, Terma Khusus kami dan apa-apa terma dan syarat lain yang berkaitan yang mungkin kami kenakan dari semasa ke semasa dengan notis awal (setiap satunya tersedia di laman web kami di https://rytbank.my/general-terms-and-conditions). Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan, Terma Kempen ini akan terpakai setakat ketidakselarasan tersebut.

    3. Sesetengah istilah berhuruf besar yang digunakan dalam dokumen ini telah ditakrifkan dalam Terma Am atau Terma Khusus.

    4. Kami berhak untuk meminda Terma Kempen ini atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis awal kepada anda melalui penerbitan dalam mana-mana media atau apa-apa kaedah lain yang kami pilih secara munasabah. Penyertaan berterusan anda selepas pemberitahuan tersebut bermakna anda telah bersetuju dengan semua pindaan tersebut. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Kempen (termasuk sebarang perubahan atau pindaan), anda hendaklah serta-merta berhenti menyertai Kempen ini.

    5. Rekod transaksi yang disimpan oleh kami dan keputusan kami mengenai semua perkara berkaitan Kempen ini adalah muktamad dan konklusif serta akan mengikat anda bagi semua tujuan.

    6. Kami boleh, atas budi bicara kami dan dengan memberikan notis kepada anda, membatalkan kelayakan atau menolak penyertaan anda dalam Kempen ini jika kami mengesyaki atau mengetahui sebarang aktiviti penipuan berkaitan akaun anda.

    7. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara Terma Kempen ini dengan apa-apa bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan atau berhubung Kempen ini, Terma Kempen ini akan terpakai setakat ketidakselarasan tersebut.

    8. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang salah tafsir atau salah nyata fakta oleh mana-mana pihak ketiga berhubung Kempen ini yang ditawarkan dan diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan.

    9. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak dapat melaksanakan keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana kewajipan kami di bawah Terma Kempen ini disebabkan oleh:

      1. apa-apa kejadian force majeure atau apa-apa peristiwa di luar kawalan munasabah kami;

      2. kegagalan teknikal dalam apa jua bentuk, campur tangan, gangguan dan/atau kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilakukan melalui aplikasi Ryt Bank.

    10. Tertakluk pada Undang-undang Terpakai, kami, pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen kami (termasuk tanpa had, mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh kami bagi tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab atas Kerugian yang mungkin dialami oleh anda atau mana-mana orang lain berkaitan Kempen ini, walau apa pun puncanya, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan sama ada boleh dijangka secara munasabah atau tidak, melainkan disebabkan oleh kecuaian melampau atau salah laku sengaja kami yang berkaitan secara khusus dengan Kempen ini.

    11. Kami dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, waranti atau pengendorsan, sama ada nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tanpa had kepada yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang waranti berhubung kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

    12. Terma Kempen ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.