TERMA DAN SYARAT KEMPEN RYT BANK RPL CARD X RM5 BAUCAR SHOPEE
Tarikh Berkuat Kuasa: 5 Jun 2026
Kempen Ryt Bank RPL Card x RM5 Baucar Shopee ("Kempen") dianjurkan oleh YTL Digital Bank Berhad ("Ryt Bank / kami") dengan kerjasama Shopee Mobile Malaysia Sdn. Bhd. ("Shopee").
Penyertaan anda dalam Kempen ini bermakna anda telah membaca, memahami serta mempersetujui terma dan syarat Kempen ("Terma Kempen"). Sila hubungi kami untuk mendapatkan penerangan lanjut jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Terma Kempen ini.
-
Tempoh Kempen
5 Jun 2026, 5:00PM – 30 Jun 2026, 11:59PM (kedua-dua tarikh termasuk).
-
Kelayakan
-
Kempen ini terbuka kepada pelanggan terpilih sahaja yang layak mengakses Kempen ini melalui aplikasi Ryt Bank.
(secara kolektif "Pelanggan-pelanggan Layak" dan secara individu "Pelanggan Layak").
-
Kategori individu berikut tidak layak menyertai Kempen ini:
-
pelanggan dengan Akaun Ryt Bank atau Kad Ryt yang telah ditamatkan, ditutup, dorman, dibekukan, disekat, digantung, delinkuen atau tidak berada dalam keadaan baik semasa Tempoh Kempen;
-
pelanggan yang telah melanggar atau disyaki telah melanggar mana-mana Terma Kempen ini atau sebarang terma dan syarat lain yang terpakai bagi Akaun Ryt Bank.
-
-
Kempen ini tertakluk pada peruntukan maksimum baucar yang ditentukan oleh Ryt Bank ("Peruntukan Maksimum"). Baucar akan diberikan atas dasar siapa cepat dia dapat. Setelah Peruntukan Maksimum dicapai, tiada pelanggan yang akan layak menerima baucar tersebut.
-
-
Ganjaran Kempen
-
Untuk layak mendapat ganjaran di bawah Kempen ini, pelanggan mestilah memenuhi semua syarat berikut ("Syarat Kelayakan") dalam Tempoh Kempen:
-
berjaya mengaktifkan Ryt PayLater pada Kad Ryt mereka (fizikal atau virtual);
-
membuat perbelanjaan minimum RM30 dalam satu transaksi di Shopee Malaysia menggunakan Kad Ryt mereka dengan Ryt PayLater dipilih sebagai sumber dana; dan
-
memastikan transaksi tersebut berjaya diselesaikan.
-
-
Pelanggan yang memenuhi semua Syarat Kelayakan layak mendapat satu baucar Shopee bernilai RM5.00 semasa Tempoh Kempen ("Ganjaran").
-
Kod baucar Shopee akan disediakan pada halaman Kempen dalam aplikasi Ryt Bank setelah pelanggan disahkan layak. Pelanggan bertanggungjawab untuk mendapatkan semula kod baucar tersebut sebelum tamat Tempoh Kempen dan menggunakan kod baucar berkenaan sebelum tarikh luput yang dinyatakan.
Walaupun kami akan berusaha untuk menyediakan kod baucar dengan serta-merta selepas transaksi layak yang berjaya, ia mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) Hari Perniagaan atau lebih lama dalam keadaan tertentu akibat gangguan teknikal, kegagalan elektrik, kegagalan sistem memproses data atau kegagalan lain di luar kawalan munasabah kami. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, dan tidak akan membayar sebarang pampasan berkaitan kelewatan tersebut.
-
Setiap Pelanggan Layak hanya berhak menuntut satu (1) Ganjaran sahaja di bawah Kempen ini. Bagi mengelakkan keraguan, ini terpakai tanpa mengira bilangan akaun Shopee yang dimiliki oleh Pelanggan Layak atau bilangan transaksi layak yang dibuat semasa Tempoh Kempen.
-
Ganjaran adalah tidak boleh dikembalikan, tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar dengan wang tunai, dan tidak boleh digabungkan atau ditukar dengan baucar bernilai lebih tinggi.
-
Ganjaran hanya boleh digunakan dalam satu transaksi pembayaran. Sebarang baki yang tidak digunakan adalah terbatal dan tidak akan dikembalikan.
-
Baucar adalah sah sehingga tarikh luput yang dinyatakan. Bagi mengelakkan keraguan, baucar akan menjadi tidak sah setelah luput tempohnya, dan tiada lanjutan akan diberikan.
-
Penggunaan Ganjaran di platform Shopee adalah tertakluk kepada terma dan syarat Shopee, termasuk Terma Baucar Shopee. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma Baucar Shopee yang tersedia di https://help.shopee.com.my/portal/4/article/163108-Shopee-Voucher-Terms. Khususnya, Ganjaran tidak terpakai bagi topup dompet ShopeePay, pembayaran bil SPayLater atau sebarang Perkhidmatan Kewangan Shopee, dan pembelian barangan daripada kategori atau penjual berikut:
(i) Susu Formula Bayi (0–6 bulan)
(ii) Susu Formula Susulan (6–12 bulan)
(iii) Tiket & Baucar
(iv) Barang kemas
(v) Tambah Nilai Mudah Alih & Kad SIM
(vi) Tambah Nilai Permainan
(vii) Produk Elektronik Terpilih
(viii) Produk Pelancaran Baharu Terpilih
(ix) Milo S-Mart
(x) Produk daripada One or Not dari Shopee Store / MMA Foundation Store / Shopeegivesback Store
(xi) Kad Bahan Api PETRONAS & Setel, Kad Hadiah dan E-Baucar
Maklumat lanjut boleh didapati di sini.
-
-
-
Terma dan Syarat Lain
-
Terma Kempen ini mesti dibaca bersama dengan Terma Am, Terma Khusus, dan sebarang terma dan syarat berkaitan lain yang ditetapkan oleh kami dari semasa ke semasa dengan memberi notis awal (masing-masing tersedia di laman web kami di https://www.rytbank.my/general-terms-and-conditions). Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Terma Kempen ini akan merangkumi percanggahan tersebut.
-
Istilah berhuruf besar dalam dokumen ini telah ditakrifkan dalam Terma Am atau Terma Khusus.
-
Kami berhak meminda Terma Kempen ini atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa dengan memberi anda notis awal, yang diterbitkan dalam mana-mana media, atau melalui sebarang kaedah lain yang sesuai. Jika penyertaan anda diteruskan selepas pengeluaran notis tersebut, ini bermakna anda mempersetujui semua pindaan. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Kempen (termasuk sebarang perubahan atau pindaan), anda hendaklah segera berhenti menyertai Kempen ini.
-
Rekod transaksi yang kami simpan serta keputusan kami mengenai semua perkara berkaitan Kempen ini adalah muktamad, dan turut merangkumi anda bagi semua tujuan.
-
Kami berhak menggunakan budi bicara kami untuk memberi anda notis bagi membatalkan kelayakan atau menolak penyertaan anda dalam Kempen ini sekiranya kami mengesyaki atau mengesan sebarang aktiviti penipuan berkaitan akaun anda.
-
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma Kempen ini dan sebarang pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan Kempen ini, Terma Kempen ini akan merangkumi percanggahan tersebut.
-
Bagi kempen yang melibatkan peniaga pihak ketiga (iaitu pihak selain Ryt Bank), kami bukan ejen peniaga tersebut dan tidak membuat sebarang representasi berkaitan kualiti barangan atau perkhidmatan yang disediakan. Sebarang pertikaian berkaitan barangan atau perkhidmatan tersebut hendaklah diselesaikan secara terus antara anda dan peniaga berkenaan.
-
Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang salah tafsir atau salah nyata fakta oleh pihak ketiga berkaitan Kempen ini yang diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan.
-
Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak dapat melaksanakan kesemua atau sebahagian daripada mana-mana kewajipan di bawah Terma Kempen ini disebabkan oleh:
-
sebarang bencana alam atau apa-apa kejadian di luar kawalan munasabah kami;
-
sebarang kegagalan teknikal, gangguan, campur tangan dan/atau kesilapan elektronik atau manusia dalam mentadbir dan/atau memproses transaksi yang dibuat melalui Aplikasi Ryt Bank.
-
-
Tertakluk pada Undang-undang Berkenaan, kami serta pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen kami (termasuk, tetapi tidak terhad kepada mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik untuk tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab atas sebarang Kerugian yang dialami oleh anda atau mana-mana individu lain dalam Kempen ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan sama ada boleh dijangka secara munasabah atau tidak, kecuali jika ia berpunca daripada kecuaian besar atau salah laku kami dalam Kempen ini.
-
Kami dengan jelas mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan atau sokongan, sama ada yang tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, dan termasuk sebarang jaminan berkaitan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
-
Terma Kempen ini tertakluk pada undang-undang Malaysia.
-
