Ryt Bank

TERMA DAN SYARAT KEMPEN GANJARAN RYT BANK RYT AI

Kempen Ganjaran Ryt Bank Ryt AI ("Kempen") ini dianjurkan oleh YTL Digital Bank Berhad (dahulunya dikenali sebagai Sea Capital Services Berhad) ("Ryt Bank / kami").

Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, anda dianggap telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat Kempen ini ("Terma Kempen"). Anda boleh menghubungi kami sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berhubung dengan Terma Kempen ini.

  1. Tempoh Kempen

    06/11/2025, 12:00 PM hingga 31/12/2025, 11:59 PM.

  2. Kelayakan

    1. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan individu baharu dan sedia ada Ryt Bank yang, sepanjang Tempoh Kempen:

      a. Telah membuka dan mengaktifkan Akaun Simpanan Ryt Bank;

      b. Tidak pernah membuat sebarang transaksi penghantaran dana atau pembayaran bil menggunakan ciri Ryt AI sebelum permulaan Tempoh Kempen; dan

      c. Melaksanakan satu (1) atau lebih Transaksi Layak (ditakrifkan di bawah) sepanjang Tempoh Kempen.

      ("Pelanggan Layak" secara kolektif, dan setiap seorang daripadanya sebagai "Pelanggan Layak").

    2. Golongan berikut adalah tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini:

      a. Pelanggan yang Akaun Simpanan Ryt Bank mereka ditamatkan, ditutup, tidak aktif, tertunggak atau tidak dalam keadaan baik sepanjang Tempoh Kempen;

      b. Pelanggan yang telah melanggar atau disyaki melanggar mana-mana Terma Kempen ini atau mana-mana terma dan syarat lain yang berkenaan dengan Akaun Simpanan Ryt Bank.

    3. Kempen ini dihadkan kepada jumlah penebusan keseluruhan sebanyak RM80,000 ("Had Maksimum"), dan diperuntukkan berdasarkan konsep "siapa cepat, dia dapat". Setelah Had Maksimum dicapai, tiada pelanggan yang layak menerima Ganjaran Ryt AI (seperti ditakrifkan di bawah).

  3. Mekanik & Ganjaran Kempen

    1. Tertakluk pada terma dan syarat di sini, semua Pelanggan Layak berhak menerima ganjaran pulangan tunai sebanyak RM1.00 selepas melengkapkan satu Transaksi Layak sepanjang Tempoh Kempen ("Ganjaran Ryt AI").

    2. Setiap Pelanggan Layak hanya boleh menerima Ganjaran Ryt AI sekali sehari (sehingga maksimum lima (5) Ganjaran Ryt AI) tanpa mengira bilangan Transaksi Layak yang dilakukan setiap hari atau secara keseluruhan sepanjang Tempoh Kempen.

    3. Untuk melayakkan diri bagi Ganjaran Ryt AI, Pelanggan Layak mestilah melaksanakan mana-mana transaksi berikut menggunakan ciri Ryt AI, dengan jumlah transaksi minimum sebanyak RM10.00 ("Transaksi Layak"):

      a. Penghantaran Luar: Penghantaran wang dari akaun Ryt Bank anda ke bank lain menggunakan ciri Ryt AI.

      b. Pindahan Intrabank: Penhantaran wang dari akaun Ryt Bank anda ke akaun pengguna Ryt Bank lain menggunakan ciri Ryt AI. Sebarang penghantaran ke dan dalam akaun sendiri Ryt Bank anda (termasuk Save Pocket) tidak akan dianggap sebagai Transaksi Layak.

      c. Bayaran Bil melalui JomPAY: Membuat bayaran bil menggunakan JomPAY melalui ciri Ryt AI.

    4. Berikut adalah ilustrasi kelayakan untuk menerima Ganjaran Kempen.

    IlustrasiKelayakan untuk Ganjaran Kempen
    Seorang pelanggan menggunakan ciri Ryt AI untuk memindahkan wang dari akaun Ryt Bank beliau ke akaun bank lain.

    Contoh: Pelanggan A memindahkan RM20 dari akaun Ryt Bank beliau ke akaun Maybank rakan beliau.
    Transaksi ini dikira sebagai Transaksi Layak untuk Ganjaran Ryt AI.

    Pelanggan A akan menerima ganjaran RM1.
    Seorang pelanggan memindahkan dana kepada pengguna Ryt Bank yang lain, tetapi bukan ke akaun milik sendiri.

    Contoh: Pelanggan B memindahkan RM30 dari akaun simpanan Ryt Bank beliau ke akaun Ryt Bank rakannya. Oleh kerana ini adalah pindahan antara pengguna (peer-to-peer / P2P), transaksi ini layak untuk ganjaran kempen.
    Transaksi ini dikira sebagai Transaksi Layak untuk Ganjaran Ryt AI.

    Pelanggan B akan menerima ganjaran RM1.
    Seorang pelanggan memindahkan dana kepada pengguna Ryt Bank yang lain, namun jumlah pindahan adalah di bawah had minimum transaksi yang ditetapkan.

    Contoh: Pelanggan C memindahkan RM5 dari akaun simpanan Ryt Bank beliau ke akaun Ryt Bank milik rakannya.
    Memandangkan jumlah transaksi tersebut tidak mencapai had minimum RM10, transaksi ini tidak layak untuk Ganjaran Ryt AI.

    Pelanggan C tidak akan menerima ganjaran RM1.
    Seorang pelanggan memindahkan dana antara akaun Ryt Bank milik sendiri.

    Contoh: Pelanggan D memindahkan RM50 daripada Akaun Simpanan utama beliau ke Save Pocket miliknya atau antara Save Pocket sendiri.
    Memandangkan transaksi ini bukan pindahan ke bank lain atau pindahan antara pengguna (P2P), transaksi ini tidak layak untuk Ganjaran Ryt AI.

    Pelanggan D tidak akan menerima sebarang ganjaran.
    Seorang pelanggan membuat bayaran bil TNB menggunakan JomPAY melalui ciri Ryt AI.

    Contoh: Pelanggan E memuat naik tangkapan skrin bil TNB beliau ke Ryt AI, yang secara automatik mengekstrak maklumat bil (kod pengeluar bil dan nombor akaun) dan memulakan bayaran RM36 kepada TNB melalui JomPAY.
    Memandangkan transaksi ini merupakan bayaran bil JomPAY menggunakan ciri Ryt AI, transaksi ini layak untuk Ganjaran Ryt AI.

    Pelanggan E akan menerima ganjaran RM1.
    Seorang pelanggan membuat bayaran bil Unifi melalui pindahan perbankan dalam talian biasa.

    Contoh: Pelanggan F membayar RM89 kepada Unifi dengan membuat bayaran perbankan dalam talian melalui aplikasi Unifi.
    Memandangkan bayaran bil tersebut tidak dilakukan melalui ciri Ryt AI, transaksi ini tidak layak untuk Ganjaran Ryt AI.

    Pelanggan F tidak akan menerima sebarang ganjaran.

    3.5. Ganjaran Ryt AI secara amnya akan dikreditkan ke Save Pocket (Ryt Pocket) pelanggan dalam akaun Ryt Bank dengan serta-merta selepas penyempurnaan Transaksi Layak. Walau bagaimanapun, dalam kes luar jangka, proses pengkreditan boleh mengambil masa sehingga lima belas (15) Hari Perniagaan dari tarikh penyempurnaan Transaksi Layak tersebut.

  4. Terma dan Syarat Lain

    1. Terma Kempen ini adalah tambahan kepada dan hendaklah dibaca bersama dengan Terma Am, Terma Khusus, serta mana-mana terma dan syarat lain sebagaimana yang kami tetapkan dari semasa ke semasa dengan notis awal (setiap satunya boleh dirujuk di laman web kami di https://rytbank.my/general-terms-and-conditions). Jika terdapat sebarang percanggahan, Terma Kempen ini akan diguna pakai.

    2. Istilah tertentu yang dikapitalkan dalam dokumen ini telah ditakrifkan dalam Terma Am atau Terma Khusus.

    3. Pihak Bank berhak untuk meminda Terma Kempen ini atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis terlebih dahulu melalui mana-mana media yang munasabah. Penyertaan yang berterusan selepas pemberitahuan tersebut bermakna individu bersetuju dengan semua pindaan tersebut. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma Kempen ini (termasuk sebarang pindaan), anda hendaklah serta-merta berhenti menyertai Kempen ini.

    4. Rekod transaksi yang diselenggara oleh Pihak Bank dan keputusan Pihak Bank berkenaan semua perkara yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad dan konklusif, serta akan mengikat anda untuk semua tujuan.

    5. Pihak Bank boleh, atas budi bicara kami dan dengan memberikan notis kepada anda, membatalkan kelayakan atau menolak penyertaan anda dalam Kempen ini sekiranya kami mengesyaki atau menyedari sebarang aktiviti penipuan yang melibatkan akaun anda.

    6. Sekiranya terdapat sebarang ketakselarasan antara Terma Kempen ini dengan sebarang bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan lain-lain bahan yang berkaitan dengan Kempen ini, Terma Kempen ini akan mengatasi setakat mana ketakselarasan tersebut.

    7. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang salah tafsir atau penyampaian fakta yang tidak tepat oleh mana-mana pihak ketiga berkenaan Kempen ini yang ditawarkan dan diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan.

    8. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab jika tidak dapat melaksanakan mana-mana kewajipan dalam Terma Kempen ini akibat:

      a. bencana alam atau kejadian di luar kawalan pihak Bank; atau

      b. kegagalan teknikal, gangguan, atau kesilapan elektronik/ralat manusia dalam pelaksanaan transaksi melalui Aplikasi Ryt Bank.

    9. Tertakluk kepada Undang-Undang yang terpakai, kami, pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen kami (termasuk tanpa had, mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh kami bagi tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang Kerugian yang anda atau mana-mana pihak lain mungkin alami berhubung dengan Kempen ini, walau bagaimanapun ia berlaku, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan sama ada dapat dijangka secara munasabah atau tidak, melainkan disebabkan oleh kecuaian melampau atau salah laku disengajakan kami yang secara khusus berkaitan dengan Kempen ini.

    10. Kami secara nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan atau sokongan, sama ada tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk sebarang jaminan mengenai kualiti atau kebolehdagangan atau kesesuaian bagi tujuan tertentu, kecuali yang diterbitkan secara rasmi oleh kami.

    11. Terma Kempen ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.

  5. TERMA DAN SYARAT KEMPEN RYT AI TERTINGGAL

    Untuk versi terdahulu bagi Terma dan Syarat Kempen Ganjaran Ryt Bank Ryt AI (sah sehingga 30 September 2025), klik di sini.