Ryt Bank

TERMA DAN SYARAT KEMPEN RYT CARD GOOGLE WALLET

Tarikh Berkuat Kuasa: 10 November 2026

Kempen Ryt Card Wallet ("Kempen") dianjurkan oleh YTL Digital Bank Berhad ("Ryt Bank / kami") dengan kerjasama Shopee Mobile Malaysia Sdn. Bhd. ("Shopee").

Dengan menyertai Kempen ini, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat Kempen ini ("Terma Kempen"). Anda boleh mendapatkan penjelasan dengan menghubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Terma Kempen ini.

  1. Tempoh Kempen

    10 November 2026, 4:00 petang hingga 31 Disember 2026, 11:59 malam.

  2. Kelayakan

    1. Kempen ini hanya terbuka kepada pelanggan terpilih yang boleh mengakses Kempen melalui aplikasi Ryt Bank (secara kolektif, "Pelanggan-Pelanggan Layak" dan setiap seorang, "Pelanggan Layak").

    2. Kempen ini tertakluk kepada peruntukan maksimum baucar yang ditentukan oleh Ryt Bank ("Peruntukan Maksimum"). Baucar akan diberikan berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat. Sebaik sahaja Peruntukan Maksimum telah digunakan sepenuhnya, tiada pelanggan akan layak mendapat baucar tersebut.

  3. Mekanisme Kempen dan Ganjaran

    1. Untuk layak mendapat Ganjaran, Pelanggan Layak mesti berjaya menambah Ryt Card mereka ke Google Wallet mereka (untuk peranti Android) dalam Tempoh Kempen ("Syarat Kelayakan").

    2. Pelanggan yang memenuhi Syarat Kelayakan mungkin berhak mendapat satu baucar Shopee bernilai RM12.00 dalam Tempoh Kempen ("Ganjaran").

      1. Kod baucar Shopee akan disediakan di halaman Kempen dalam aplikasi Ryt Bank sebaik sahaja Syarat Kelayakan telah disahkan. Pelanggan bertanggungjawab untuk mendapatkan kod baucar sebelum tamat Tempoh Kempen dan menggunakan kod baucar tersebut sebelum tarikh luputnya.

        Walaupun kami akan berusaha untuk menyediakan kod baucar dengan serta-merta selepas Syarat Kelayakan disahkan, ia mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) Hari Perniagaan atau lebih lama dalam keadaan luar biasa disebabkan oleh gangguan teknikal, kegagalan elektrik, kegagalan sistem pemprosesan data atau kegagalan lain di luar kawalan munasabah kami. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, dan tiada sebarang pampasan akan dibayar berkaitan dengan kelewatan tersebut.

      2. Setiap Pelanggan Layak hanya berhak menuntut satu (1) Ganjaran di bawah Kempen ini. Untuk mengelakkan keraguan, perkara ini terpakai tanpa mengira bilangan akaun Shopee yang dipegang oleh Pelanggan Layak.

      3. Ganjaran tidak boleh dikembalikan, tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditebus dengan wang tunai, dan tidak boleh digabungkan atau ditukar dengan baucar yang bernilai lebih tinggi.

      4. Ganjaran hanya boleh digunakan dalam satu transaksi checkout sahaja. Sebarang baki yang tidak digunakan akan dilucuthakkan dan tidak akan dikembalikan.

      5. Baucar adalah sah sehingga tarikh luput yang dinyatakan. Untuk mengelakkan keraguan, baucar akan menjadi tidak sah selepas tamat tempoh, dan tiada lanjutan akan diberikan.

      6. Penggunaan Ganjaran di platform Shopee adalah tertakluk kepada terma dan syarat Shopee, termasuk Terma Baucar Shopee. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma Baucar Shopee yang boleh didapati di https://help.shopee.com.my/portal/4/article/163108-Shopee-Voucher-Terms. Khususnya, Ganjaran tidak terpakai bagi tambah nilai dompet ShopeePay, pembayaran bil SPayLater atau mana-mana Perkhidmatan Kewangan Shopee, serta pembelian item daripada kategori atau penjual berikut:

        1. Susu Bayi (0–6 bulan)
        2. Susu Susulan (6–12 bulan)
        3. Tiket & Baucar
        4. Barang Kemas
        5. Tambah Nilai Mudah Alih & Kad SIM
        6. Tambah Nilai Permainan
        7. Produk Elektronik Terpilih
        8. Produk Pelancaran Baharu Terpilih
        9. S-Mart Milo
        10. Produk daripada One or Not by Shopee Store, MMA Foundation Store, Shopeegivesback Store
        11. Kad Bahan Api, Kad Hadiah dan E-Baucar PETRONAS & Setel

        Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

  4. Terma dan Syarat Lain

    1. Terma Kempen ini adalah tambahan kepada dan mesti dibaca bersama Terma Am, Terma Khusus kami, dan mana-mana terma dan syarat lain yang berkaitan yang mungkin kami kenakan dari semasa ke semasa dengan notis terlebih dahulu (setiap satunya boleh didapati di laman web kami di https://www.rytbank.my/general-terms-and-conditions). Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Terma Kempen ini akan diguna pakai setakat percanggahan tersebut.

    2. Sesetengah istilah berhuruf besar yang digunakan dalam dokumen ini telah ditakrifkan dalam Terma Am atau Terma Khusus.

    3. Kami berhak untuk meminda Terma Kempen ini atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada anda, melalui penerbitan di mana-mana media, atau apa-apa cara lain yang munasabah sebagaimana yang kami pilih. Penyertaan berterusan anda selepas pemberitahuan tersebut bermakna anda telah bersetuju dengan semua pindaan tersebut. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Kempen (termasuk sebarang perubahan atau pindaan), anda hendaklah dengan serta-merta berhenti menyertai Kempen ini.

    4. Rekod transaksi yang disimpan oleh kami dan keputusan kami mengenai semua perkara berkaitan Kempen ini adalah muktamad dan konklusif, dan akan mengikat anda bagi semua tujuan.

    5. Kami boleh, mengikut budi bicara kami dan dengan memberikan notis kepada anda, membatalkan kelayakan atau menolak penyertaan anda dalam Kempen ini sekiranya kami mengesyaki atau mengetahui tentang sebarang aktiviti penipuan berkaitan akaun anda.

    6. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma Kempen ini dan mana-mana bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan atau berhubung dengan Kempen ini, Terma Kempen ini akan diguna pakai setakat percanggahan tersebut.

    7. Bagi kempen yang melibatkan pedagang pihak ketiga (iaitu, pihak selain Ryt Bank), kami bukan ejen pedagang tersebut dan tidak membuat sebarang representasi berkenaan kualiti barangan atau perkhidmatan yang disediakan. Sebarang pertikaian berkenaan barangan atau perkhidmatan tersebut hendaklah diselesaikan secara langsung antara anda dan pedagang tersebut.

    8. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang salah tafsiran atau salah nyataan fakta oleh mana-mana pihak ketiga berkenaan Kempen ini yang ditawarkan dan diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan.

    9. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak dapat melaksanakan sebahagian atau keseluruhan mana-mana obligasi kami di bawah Terma Kempen ini disebabkan oleh:

      1. sebarang bencana alam (act of God) atau sebarang peristiwa di luar kawalan munasabah kami;

      2. kegagalan teknikal dalam apa jua bentuk, campur tangan, gangguan dan/atau ralat elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilakukan melalui Aplikasi Ryt Bank.

    10. Tertakluk kepada Undang-Undang Yang Terpakai, kami, pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen kami (termasuk tanpa had, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh kami bagi tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab atas Kerugian yang mungkin dialami oleh anda atau mana-mana orang lain berkaitan dengan Kempen ini walau bagaimanapun ia timbul, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan sama ada boleh dijangka secara munasabah atau tidak, melainkan disebabkan oleh kecuaian melampau atau salah laku sengaja kami yang khusus berkaitan dengan Kempen ini.

    11. Kami secara nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, waranti atau endorsemen, sama ada nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa had kepada yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang waranti kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk sesuatu tujuan tertentu.

    12. Terma Kempen ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.