Ryt Bank

TERMA DAN SYARAT BAGI KEMPEN MYDEBIT CASHBACK KAD RYT OLEH RYT BANK

Tarikh Berkuat kuasa: 1 Disember 2025

Kempen MyDebit Cashback Kad Ryt ("Kempen") dianjurkan oleh YTL Digital Bank Berhad ("Ryt Bank / kami").

Penyertaan anda dalam Kempen ini bermakna anda telah membaca, memahami dan mempersetujui terma dan syarat Kempen ("Terma Kempen") ini. Sila hubungi kami untuk mendapatkan penerangan lanjut jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Terma Kempen ini.

  1. Tempoh Kempen

    1 Disember 2025, 12.00 TGH. HARI hingga 31 Disember 2025, 11.59 MLM.

  2. Kelayakan

    1. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan individu baharu dan sedia ada Ryt Bank yang mempunyai Kad Debit Ryt Bank yang diluluskan dan sah ("Kad Ryt") semasa Tempoh Kempen. (secara kolektif "Pelanggan-pelanggan Layak" dan secara individu "Pelanggan Layak").

    2. Kategori individu berikut tidak layak menyertai Kempen ini:

      1. pelanggan dengan Akaun Simpanan Ryt Bank atau Kad Ryt yang telah ditamatkan, ditutup, dorman, dibekukan, disekat, digantung, delinkuen, atau tidak berada dalam kedudukan baik semasa Tempoh Kempen;
      2. pelanggan yang telah melanggar atau disyaki telah melanggar mana-mana Terma Kempen ini atau sebarang terma dan syarat lain yang berkenaan.
    3. Jumlah Cashback bagi Kempen dihadkan kepada RM250,000.00 semasa Tempoh Kempen ("Had Maksimum"). Cashback akan diperuntukkan atas dasar siapa cepat dia dapat. Setelah Had Maksimum dicapai, tiada pelanggan yang akan layak menerima Cashback.

  3. Ganjaran dan Butiran Kempen

    1. Ganjaran

      1. Pelanggan Layak boleh menerima 1.2% Cashback bagi Transaksi Layak (ditakrifkan di bawah) yang dilakukan semasa Tempoh Kempen ("Ganjaran").
      2. Ganjaran tertakluk pada jumlah had maksimum RM12.00 sepanjang Tempoh Kempen. Bagi mengelakkan keraguan, jumlah had RM12.00 ini akan digunakan secara kolektif sepanjang Kempen, yang merangkumi sebarang pemindaan Terma Kempen atau pelanjutan Tempoh Kempen.
      3. "Transaksi Layak" bermaksud transaksi runcit yang dilakukan di tempat peniaga MyDebit yang terlibat di Malaysia menggunakan Kad Ryt fizikal Pelanggan Layak, dan tertakluk pada syarat berikut:
        1. Transaksi mesti dihalakan melalui MyDebit oleh peniaga yang terlibat; dan
        2. Transaksi dalam senarai pengecualian Kod Kategori Peniaga (MCC) adalah tidak layak. Senarai pengecualian MCC tersedia di sini.
    2. Pengkreditan Cashback

      1. Cashback bagi setiap Transaksi Layak masing-masing akan dikreditkan ke Poket Ryt Pelanggan Layak setelah penyelesaian transaksi berjaya.
      2. Kami akan berusaha untuk segera mengkreditkan Cashback ke Poket Ryt Pelanggan Layak setelah penyelesaian transaksi berjaya, tetapi pembayaran mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) Hari Kerja atau lebih lama dalam keadaan tertentu akibat gangguan teknikal, kegagalan elektrik, kegagalan sistem memproses data atau kegagalan lain di luar kawalan munasabah. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, dan tidak akan membayar sebarang pampasan berkaitan kelewatan tersebut.
      3. Jumlah Cashback akan dibundarkan ke bawah kepada dua (2) titik perpuluhan, dan mesti berjumlah minimum RM0.01 supaya boleh dikreditkan ke Poket Ryt Pelanggan Layak. Bagi mengelakkan keraguan, sebarang Cashback yang berjumlah kurang daripada RM0.01 akan dilupuskan.
      4. Jika Transaksi Layak dibatalkan, dibalikkan, dilupuskan atau dipulangkan selepas Cashback dikreditkan ke Poket Ryt Pelanggan Layak, jumlah Cashback yang sepadan akan ditolak daripada Akaun Pelanggan Layak itu.
      5. Jika terdapat sebarang pertikaian, tuntutan atau rayuan mengenai (i) sama ada sesuatu transaksi layak menerima Cashback, atau (ii) jumlah Cashback yang dikreditkan (atau didebitkan menurut Fasal 3.2 (d) di atas), Pelanggan Layak hendaklah mengemukakan bukti transaksi yang berkaitan jika diminta untuk pengesahan lanjut.
      6. Tiada peruntukan retrospektif atau peruntukan semula bagi Cashback yang dipotong di bawah Fasal 3.2(d) atau yang dipertikaikan di bawah Fasal 3.2(e).
      7. Kami berhak melaraskan, menolak, atau menuntut balik sebarang Cashback yang dikreditkan ke Akaun Pelanggan Layak jika kami mendapati sebarang kesilapan berkaitan pengkreditan tersebut.
  4. Terma dan Syarat Lain

    1. Terma Kempen ini mesti dibaca bersama dengan Terma Am, Terma Khusus, dan sebarang terma dan syarat lain yang ditetapkan oleh kami dari semasa ke semasa dengan memberi notis awal (masing-masing tersedia di laman web kami di https://rytbank.my/terms-and-conditions). Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Terma Kempen ini akan merangkumi percanggahan tersebut.

    2. Istilah berhuruf besar dalam dokumen ini telah ditakrifkan dalam Terma Am atau Terma Khusus.

    3. Kami berhak meminda Terma Kempen ini atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa dengan memberi anda notis awal, yang diterbitkan dalam mana-mana media, atau melalui sebarang kaedah lain yang sesuai. Jika penyertaan anda diteruskan selepas pengeluaran notis tersebut, ini bermakna anda mempersetujui semua pindaan. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Kempen (termasuk sebarang perubahan atau pindaan), anda hendaklah segera berhenti menyertai Kempen ini.

    4. Rekod transaksi yang kami simpan serta keputusan kami mengenai semua perkara berkaitan Kempen ini adalah muktamad, dan turut merangkumi anda bagi semua tujuan.

    5. Kami berhak menggunakan budi bicara kami untuk memberi anda notis bagi membatalkan kelayakan atau menolak penyertaan anda dalam Kempen ini sekiranya kami mengesyaki atau mengesan sebarang aktiviti penipuan berkaitan akaun anda.

    6. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma Kempen ini dan sebarang pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan Kempen ini, Terma Kempen ini akan merangkumi percanggahan tersebut.

    7. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang salah tafsir atau salah nyata oleh pihak ketiga berkaitan Kempen ini yang diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan.

    8. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak dapat melaksanakan kesemua atau sebahagian daripada mana-mana kewajipan di bawah Terma Kempen ini disebabkan oleh:

      1. sebarang bencana alam atau apa-apa kejadian di luar kawalan munasabah;
      2. sebarang kegagalan teknikal, gangguan, campur tangan dan/atau kesilapan elektronik atau manusia dalam mentadbir dan/atau memproses transaksi yang dibuat melalui Aplikasi Ryt Bank.
    9. Tertakluk pada Undang-undang Berkenaan, kami serta pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen kami (termasuk, tetapi tidak terhad kepada mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik untuk tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab atas sebarang Kerugian yang dialami oleh anda atau mana-mana individu lain dalam Kempen ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan sama ada boleh dijangka secara munasabah atau tidak, kecuali jika ia berpunca daripada kecuaian atau salah laku kami dalam Kempen ini.

    10. Kami dengan jelas mengecualikan dan menafikan sebarang perakuan, jaminan atau sokongan, sama ada yang tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, dan termasuk sebarang jaminan berkaitan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

    11. Terma Kempen ini tertakluk pada undang-undang Malaysia.