TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAUCAR RYT BANK GROUP REWARDS X FOODPANDA
Tarikh Kuat Kuasa: 22 Julai 2026
Kempen Baucar Ryt Bank Group Rewards x Foodpanda ("Kempen") dianjurkan oleh YTL Digital Bank Berhad ("Ryt Bank / kami") dengan kerjasama Delivery Hero Malaysia Sdn Bhd ("Foodpanda").
Dengan menyertai Kempen ini, anda dianggap telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat Kempen ini ("Terma Kempen"). Anda boleh mendapatkan penjelasan daripada kami dengan menghubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Terma Kempen ini.
-
Tempoh Kempen
22 Julai 2026, 12:00pm hingga 21 Oktober 2026, 11:59pm
-
Kelayakan
-
Kempen ini hanya terbuka kepada pengguna ciri "Ryt Groups" Ryt Bank, tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di bawah.
(secara kolektif, "Pelanggan Layak" dan secara individu, "Pelanggan Layak").
-
Kategori individu berikut tidak layak menyertai Kempen ini:
-
pelanggan yang Akaun Ryt Bank atau Kad Ryt mereka ditamatkan, ditutup, tidak aktif, dibekukan, disekat, digantung, delinkuen atau tidak berada dalam keadaan baik semasa Tempoh Kempen;
-
pelanggan yang telah melanggar atau disyaki melanggar mana-mana Terma Kempen ini atau mana-mana terma dan syarat lain yang terpakai kepada Akaun Ryt Bank.
-
-
Kempen ini tertakluk kepada peruntukan maksimum baucar yang ditentukan oleh Ryt Bank ("Peruntukan Maksimum"). Baucar akan diberikan berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat. Sebaik sahaja Peruntukan Maksimum digunakan sepenuhnya, tiada pelanggan lagi yang layak menerima wang tunai balik (cashback) tersebut.
-
-
Mekanisme Kempen dan Ganjaran
-
Untuk layak menerima ganjaran di bawah Kempen ini, semua syarat berikut mesti dipenuhi ("Syarat Kelayakan") semasa Tempoh Kempen:
-
bil dipecahkan melalui ciri Ryt Groups, dan dibayar terlebih dahulu oleh seorang ahli kumpulan ("Penyelesai"); dan
-
ahli Ryt Group yang lain berjaya menyelesaikan bahagian bil mereka kepada Penyelesai, dengan penyelesaian tersebut mencapai status berjaya muktamad ("Penyelesaian Layak").
-
-
Penyelesai adalah satu-satunya penerima ganjaran. Ahli kumpulan yang menyelesaikan bahagian bil mereka kepada Penyelesai tidak menerima sebarang ganjaran berhubung penyelesaian tersebut.
-
Penyelesai yang memenuhi Syarat Kelayakan mungkin layak menerima satu (1) kod baucar Foodpanda bagi Penyelesaian Layak pertama mereka dalam Tempoh Kempen ("Ganjaran").
-
Kod baucar Foodpanda akan disediakan di halaman Kempen dalam aplikasi Ryt Bank sebaik sahaja Penyelesai disahkan layak. Pelanggan bertanggungjawab untuk mendapatkan kod baucar sebelum tamat Tempoh Kempen dan menggunakan kod baucar tersebut sebelum tarikh luput yang dinyatakan.
-
Walaupun kami akan berusaha untuk menyediakan kod baucar sejurus selepas Penyelesaian Layak, ia mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) Hari Perniagaan atau lebih lama dalam keadaan luar biasa disebabkan oleh gangguan teknikal, kegagalan elektrik, kegagalan sistem pemprosesan data atau kegagalan lain di luar kawalan munasabah kami. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, dan tiada pampasan akan dibayar berhubung kelewatan tersebut.
-
Setiap Penyelesai hanya layak menuntut satu (1) Ganjaran di bawah Kempen ini. Bagi mengelakkan keraguan, ini terpakai tanpa mengira bilangan Penyelesaian Layak seterusnya yang diterima oleh Penyelesai semasa Tempoh Kempen.
-
Pelanggan yang sebelum ini telah menebus kod baucar Foodpanda yang sama, sama ada diperoleh di bawah Kempen ini, pengedaran baucar lain oleh Bank, atau terus melalui platform atau kempen Foodpanda sendiri, tidak akan dapat menebusnya semula, dan tiada Ganjaran gantian atau alternatif akan disediakan dalam keadaan sedemikian.
-
Ganjaran tidak boleh dikembalikan, tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditebus untuk tunai, dan tidak boleh digabungkan atau ditukar dengan baucar bernilai lebih tinggi.
-
Penyelesaian yang selesai sebelum atau selepas Tempoh Kempen tidak akan diberi ganjaran.
-
Kod baucar mesti dituntut di halaman Kempen sebelum tamat Tempoh Kempen. Kod baucar yang tidak dituntut sebelum tamat Tempoh Kempen tidak akan dapat diperoleh lagi.
-
Penggunaan Ganjaran tertakluk kepada terma dan syarat Foodpanda sendiri, termasuk tempoh sah laku dan syarat penggunaan yang dinyatakan, yang ditentukan sepenuhnya oleh Foodpanda.
-
-
-
Terma dan Syarat Lain
-
Terma Kempen ini adalah tambahan kepada dan mesti dibaca bersama Terma Am, Terma Khusus, dan mana-mana terma dan syarat lain yang berkaitan yang mungkin kami kenakan dari semasa ke semasa dengan notis terlebih dahulu (masing-masing tersedia di laman web kami di sini). Sekiranya berlaku sebarang percanggahan, Terma Kempen ini akan diguna pakai setakat percanggahan tersebut.
-
Sesetengah istilah bermula huruf besar yang digunakan dalam dokumen ini telah ditakrifkan dalam Terma Am atau Terma Khusus.
-
Kami berhak untuk meminda Terma Kempen ini atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada anda, melalui penerbitan menerusi mana-mana media, atau apa-apa cara lain yang kami anggap munasabah. Penyertaan berterusan anda selepas notis tersebut bermakna anda telah bersetuju dengan segala pindaan tersebut. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma Kempen (termasuk sebarang perubahan atau pindaan), anda hendaklah segera berhenti daripada menyertai Kempen ini.
-
Rekod transaksi yang disimpan oleh kami dan keputusan kami mengenai semua perkara berkaitan Kempen ini adalah muktamad dan konklusif, dan ia akan mengikat anda untuk semua tujuan.
-
Kami boleh, atas budi bicara kami dan dengan memberikan notis kepada anda, mendiskualifikasi atau menolak anda daripada menyertai Kempen ini sekiranya kami mengesyaki atau menyedari sebarang aktiviti penipuan berkaitan akaun anda.
-
Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara Terma Kempen ini dan mana-mana bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan atau berhubung dengan Kempen ini, Terma Kempen ini akan diguna pakai setakat percanggahan tersebut.
-
Bagi kempen yang melibatkan peniaga pihak ketiga (iaitu, pihak selain Ryt Bank), kami bukan ejen peniaga tersebut dan tidak membuat sebarang representasi berkenaan kualiti barangan atau perkhidmatan yang disediakan. Sebarang pertikaian berkaitan barangan atau perkhidmatan tersebut hendaklah diselesaikan secara terus antara anda dan peniaga tersebut.
-
Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang salah tafsiran atau salah nyataan fakta oleh mana-mana pihak ketiga berhubung Kempen ini yang ditawarkan dan diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan.
-
Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak dapat melaksanakan secara keseluruhan atau sebahagian mana-mana kewajipan kami di bawah Terma Kempen ini disebabkan oleh:
-
sebarang kejadian luar biasa (act of God) atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah kami;
-
kegagalan teknikal dalam apa jua bentuk, campur tangan, gangguan dan/atau kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilaksanakan melalui Aplikasi Ryt Bank.
-
-
Tertakluk kepada Undang-Undang yang Terpakai, kami, pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen kami (termasuk tanpa had, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh kami bagi tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab atas sebarang Kerugian yang anda atau mana-mana pihak lain mungkin alami berhubung dengan Kempen ini walau bagaimanapun ia timbul, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan sama ada dapat dijangka secara munasabah atau tidak, melainkan disebabkan oleh kecuaian teruk atau salah laku sengaja kami yang berkaitan khusus dengan Kempen ini.
-
Kami dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, waranti atau pengesahan, sama ada dinyatakan atau tersirat, secara bertulis atau lisan, tanpa had kepada yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang waranti kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian bagi sesuatu tujuan tertentu.
-
Terma Kempen ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.
-
