Ryt Bank

TERMA DAN SYARAT KEMPEN BONUS 1% RYT INVEST

Tarikh Berkuat Kuasa: 28 Mei 2026

Kempen Bonus 1% Ryt Invest ("Kempen") dianjurkan oleh YTL Digital Bank Berhad ("Ryt Bank / kami").

Penyertaan anda dalam Kempen ini bermakna anda telah membaca, memahami serta mempersetujui terma dan syarat Kempen ("Terma Kempen") ini. Sila hubungi kami untuk mendapatkan penerangan lanjut jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Terma Kempen ini.

  1. Tempoh Kempen

    28 Mei 2026, 11:00 pagi hingga 31 Ogos 2026, 11:59 malam

  2. Kelayakan

    1. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan individu baharu dan sedia ada Ryt Bank yang telah

      1. berjaya melengkapkan proses pendaftaran Ryt Invest dan layak menggunakan Ryt Invest; serta

      2. belum pernah memulakan kemasukan dana ke mana-mana dana Wealth di Ryt Invest sebelum Tempoh Kempen.

      (secara kolektif "Pelanggan-pelanggan Layak" dan secara individu "Pelanggan Layak").

    2. Kategori individu berikut tidak layak menyertai Kempen ini:

      1. pelanggan dengan Akaun Ryt yang telah ditamatkan, ditutup, dorman, dibekukan, disekat, digantung, delinkuen atau tidak berada dalam keadaan baik semasa Tempoh Kempen;

      2. pelanggan yang telah melanggar atau disyaki telah melanggar mana-mana Terma Kempen ini atau sebarang terma dan syarat lain yang terpakai bagi Akaun Ryt atau Ryt Invest.

  3. Ganjaran Kempen

    1. Pelanggan Layak boleh menerima pulangan bonus 1% setahun ke atas Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) harian mereka ("Pulangan Bonus") untuk tempoh sembilan puluh (90) hari berturut-turut ("Tempoh Bonus"), tertakluk pada Butiran Kempen yang dinyatakan di bawah.
  4. Butiran Kempen

    1. Untuk layak mendapat Pulangan Bonus, anda hendaklah:

      1. memulakan kemasukan dana pertama anda ke mana-mana tiga (3) dana Wealth layak yang tersedia di Ryt Invest ("Dana Wealth Layak") dalam Tempoh Kempen; dan

      2. kemasukan dana tersebut berjaya diproses dan dipaparkan dalam baki akaun dana Wealth anda.

    2. Bagi tujuan menentukan kelayakan untuk Kempen ini:

      1. "Permulaan" bermaksud tarikh dan masa anda menekan butang "invest" atau menghantar permohonan kemasukan dana melalui Ryt Invest, tanpa mengira bila dana tersebut diproses atau diselesaikan.

      2. Kemasukan dana yang dimulakan dalam Tempoh Kempen tetapi berjaya diproses selepas tarikh tamat Tempoh Kempen masih layak menyertai Kempen ini, dengan syarat kemasukan dana dimulakan pada atau sebelum tarikh itu.

    3. Tempoh Bonus

      1. Tempoh Bonus akan bermula dari tarikh kemasukan dana pertama berjaya diproses, dan bukan dari tarikh permulaan.

      2. "Berjaya Diproses" bermaksud transaksi kemasukan dana telah diselesaikan, disahkan dan dipaparkan dalam baki akaun dana Wealth Pelanggan Layak. Pelanggan Layak akan menerima notifikasi pengesahan apabila pemprosesan selesai.

      3. Kemasukan dana berikutnya sepanjang Tempoh Bonus tidak akan memulakan semula, menetapkan semula atau melanjutkan Tempoh Bonus.

    4. Pengiraan Pulangan Bonus

      1. Pulangan Bonus dikira setiap hari berdasarkan jumlah AUM anda dalam Dana Wealth Layak pada waktu penilaian yang berkaitan.

      2. "Aset Di Bawah Pengurusan" atau "AUM" bermaksud jumlah nilai pelaburan anda dalam Dana Wealth Layak.

      3. Nilai snapshot AUM diberikan kepada Ryt Bank setiap hari pada Hari Perniagaan. Bagi hujung minggu dan cuti umum, nilai AUM Hari Perniagaan terakhir akan digunakan kerana tiada data dihantar sepanjang tempoh ini.

      4. Formula pengiraan Pulangan Bonus harian adalah seperti berikut:

        Pulangan Bonus Harian = (AUM Harian × 1% setahun) ÷ 365 hari

        *Amaun Pulangan Bonus harian dibundarkan ke bawah kepada dua (2) tempat perpuluhan.

      5. Pulangan Bonus bagi setiap minggu kalendar (Isnin hingga Ahad) akan dikreditkan ke dalam Ryt Pocket anda secara mingguan dan akan dibayar pada minggu berikutnya selepas tamat minggu kalendar yang berkenaan.

      6. Untuk terus menerima Pulangan Bonus pada mana-mana hari, anda perlu mengekalkan baki positif dalam Dana Wealth Layak anda di mana Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) mesti melebihi RM0 (AUM > RM0). Amaun Pulangan Bonus akan dikira dan dibundarkan ke bawah kepada dua (2) tempat perpuluhan, dan jumlah Pulangan Bonus bagi setiap minggu kalendar mestilah sekurang-kurangnya RM0.01 untuk dikreditkan ke dalam Ryt Pocket anda. Bagi mengelakkan keraguan, sebarang amaun Pulangan Bonus mingguan yang kurang daripada RM0.01 adalah terbatal dan hangus.

        Ilustrasi

        Senario A - Pengeluaran Penuh dan Pembiayaan Semula

        • Jika anda mengeluarkan sepenuhnya semua dana daripada Dana Wealth Layak anda sehingga AUM anda bernilai RM0, pendapatan Pulangan Bonus anda akan segera dihentikan.
        • Untuk menyambung semula Pulangan Bonus selepas pengeluaran penuh, anda perlu membuat kemasukan dana baharu ke mana-mana Dana Wealth Layak sebelum Tempoh Bonus berakhir.
        • Tempoh Bonus akan terus berjalan walaupun Dana Wealth Layak anda telah dikeluarkan sepenuhnya dan tidak akan ditetapkan semula, dimulakan semula atau dilanjutkan selepas kemasukan dana semula dibuat.

        Senario B – Pulangan Bonus Mingguan Di Bawah Had Minimum

        • Minggu 1 (Isnin-Ahad): AUM harian anda adalah RM300 sepanjang minggu.
        • Pengiraan harian: (RM300 × 1%) ÷ 365 = RM0.0082 sehari (dibundarkan ke bawah kepada RM0.00)
        • Jumlah mingguan: RM0.00 × 7 hari = RM0.00
        • Keputusan: Tiada Pulangan Bonus yang dikreditkan ke dalam Ryt Pocket anda untuk minggu ini.
      7. Kami akan berusaha untuk mengkreditkan Pulangan Bonus mengikut jadual, tetapi pembayaran mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) Hari Perniagaan atau lebih lama dalam keadaan tertentu akibat gangguan teknikal, kegagalan elektrik, kegagalan sistem memproses data atau kegagalan lain di luar kawalan munasabah. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, dan tidak akan membayar sebarang pampasan berkaitan kelewatan tersebut.

      8. Kami berhak melaraskan, menolak, atau menuntut balik sebarang Pulangan Bonus yang dikreditkan ke Akaun Pelanggan Layak jika kami mendapati sebarang kesilapan berkaitan pengkreditan tersebut.

      9. Kempen ini tertakluk pada peruntukan maksimum Pulangan Bonus yang ditentukan oleh Ryt Bank ("Peruntukan Maksimum"). Pulangan Bonus akan diberikan atas dasar siapa cepat dia dapat. Setelah Peruntukan Maksimum dicapai, tiada pelanggan yang akan layak menerima Pulangan Bonus.

  5. Pendedahan Umum

    1. Pulangan Bonus tidak menjamin pulangan pelaburan keseluruhan yang positif atau melindungi daripada kerugian pasaran. Pulangan Bonus adalah berasingan daripada dan sebagai tambahan kepada sebarang pulangan atau kerugian pelaburan daripada Dana Wealth asas.

    2. Kempen ini tidak membentuk nasihat pelaburan atau cadangan untuk melabur dalam mana-mana dana atau jumlah tertentu. Pelanggan Layak hendaklah menjalankan usaha wajar dan penyelidikan sendiri sebelum membuat keputusan pelaburan.

  6. Terma dan Syarat Lain

    1. Terma Kempen ini mesti dibaca bersama dengan Terma Am, Terma Khusus (termasuk terma dan syarat khusus yang terpakai bagi Ryt Invest), dan sebarang terma dan syarat berkaitan lain yang ditetapkan oleh kami dari semasa ke semasa dengan memberi notis awal (masing-masing tersedia di laman web kami di https://www.rytbank.my/general-terms-and-conditions). Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Terma Kempen ini akan merangkumi percanggahan tersebut.

    2. Istilah berhuruf besar dalam dokumen ini telah ditakrifkan dalam Terma Am atau Terma Khusus.

    3. Kami berhak meminda Terma Kempen ini atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa dengan memberi anda notis awal, yang diterbitkan dalam mana-mana media, atau melalui sebarang kaedah lain yang sesuai. Jika penyertaan anda diteruskan selepas pengeluaran notis tersebut, ini bermakna anda mempersetujui semua pindaan. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Kempen (termasuk sebarang perubahan atau pindaan), anda hendaklah segera berhenti menyertai Kempen ini.

    4. Rekod transaksi yang kami simpan serta keputusan kami mengenai semua perkara berkaitan Kempen ini adalah muktamad, dan turut merangkumi anda bagi semua tujuan.

    5. Kami berhak menggunakan budi bicara kami untuk memberi anda notis bagi membatalkan kelayakan atau menolak penyertaan anda dalam Kempen ini sekiranya kami mengesyaki atau mengesan sebarang aktiviti penipuan berkaitan akaun anda.

    6. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma Kempen ini dan sebarang pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan Kempen ini, Terma Kempen ini akan merangkumi percanggahan tersebut.

    7. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang salah tafsir atau salah nyata oleh pihak ketiga berkaitan Kempen ini yang diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan.

    8. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak dapat melaksanakan kesemua atau sebahagian daripada mana-mana kewajipan di bawah Terma Kempen ini disebabkan oleh:

      1. sebarang bencana alam atau apa-apa kejadian di luar kawalan munasabah;

      2. sebarang kegagalan teknikal, gangguan, campur tangan dan/atau kesilapan elektronik atau manusia dalam mentadbir dan/atau memproses transaksi yang dibuat melalui Aplikasi Ryt Bank.

    9. Tertakluk pada Undang-undang Berkenaan, kami serta pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen kami (termasuk, tetapi tidak terhad kepada mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik untuk tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab atas sebarang Kerugian yang dialami oleh anda atau mana-mana individu lain dalam Kempen ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan sama ada boleh dijangka secara munasabah atau tidak, kecuali jika ia berpunca daripada kecuaian atau salah laku kami dalam Kempen ini.

    10. Kami dengan jelas mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan atau sokongan, sama ada yang tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, dan termasuk sebarang jaminan berkaitan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

    11. Terma Kempen ini tertakluk pada undang-undang Malaysia.