TERMA DAN SYARAT KEMPEN RYT BANK x SHOPEE BAUCAR RM8
Kempen Ryt Bank x Shopee Baucar RM8 ("Kempen") dianjurkan oleh YTL Digital Bank Berhad (dahulunya dikenali sebagai Sea Capital Services Berhad) ("Ryt Bank / kami") dengan kerjasama Shopee Mobile Malaysia Sdn. Bhd. ("Shopee").
Penyertaan anda dalam Kempen ini bermakna anda telah membaca, memahami dan mempersetujui terma dan syarat ("Terma Kempen") ini. Sila hubungi kami untuk mendapatkan penerangan lanjut jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Terma Kempen ini.
1. TEMPOH KEMPEN
-
TEMPOH KEMPEN
- 25 Ogos 2025 – 30 November 2025 (termasuk kedua-dua tarikh).
2. KELAYAKAN
-
PELANGGAN LAYAK
-
Kempen ini terbuka kepada pelanggan Ryt Bank yang mempunyai Kad Debit Ryt Bank yang sah ("Kad Ryt") semasa Tempoh Kempen.
(secara kolektif "Pelanggan-pelanggan Layak" dan secara individu "Pelanggan Layak").
-
Kategori individu berikut tidak layak menyertai Kempen ini:
- pelanggan dengan Akaun Ryt Bank atau Kad Ryt yang telah ditamatkan, ditutup, dorman, dibekukan, disekat, digantung, delinkuen atau tidak berada dalam kedudukan baik semasa Tempoh Kempen;
- pelanggan yang telah melanggar atau disyaki telah melanggar mana-mana Terma Kempen ini atau sebarang terma dan syarat lain yang terpakai bagi Akaun Ryt Bank.
-
Jumlah nilai bagi Kempen dihadkan kepada RM 500,000.00 semasa Tempoh Kempen ("Had Maksimum"). Ganjaran akan diperuntukkan atas dasar siapa cepat dia dapat. Setelah Had Maksimum dicapai, tiada pelanggan yang akan layak menerima Ganjaran.
-
3. GANJARAN DAN BUTIRAN KEMPEN
-
STRUKTUR GANJARAN
-
Tertakluk pada terma yang berkenaan, Pelanggan Layak boleh mendapatkan satu baucar Shopee bernilai RM8.00 semasa Tempoh Kempen ("Ganjaran"):
- Untuk menebus Ganjaran ini, Kad Ryt mesti dipilih sebagai kaedah pembayaran dan baucar Shopee Ryt Bank RM8 mesti dipilih semasa membuat pembayaran di platform Shopee. Ganjaran adalah sah, asalkan akaun utama Ryt Bank atau akaun Ryt PayLater dipilih sebagai sumber dana Kad Ryt.
- Ganjaran hanya boleh digunakan dalam satu transaksi pembayaran. Sebarang baki belum guna akan dilupuskan dan tidak akan dikembalikan.
- Baucar sah sehingga tarikh tamat kempen. Bagi mengelakkan keraguan, baucar akan dibatalkan sebaik sahaja kempen tamat, dan tiada lanjutan akan diberikan.
-
Penggunaan Ganjaran di platform Shopee tertakluk pada terma dan syarat Shopee, termasuk Terma Baucar Shopee. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma Baucar Shopee. Khususnya, Ganjaran tidak merangkumi pembelian item daripada kategori atau penjual berikut:
- Susu Formula Bayi (0–6 bulan)
- Susu Formula Susulan (6–12 bulan)
- Tiket & Baucar
- Barang kemas
- Tambah Nilai Mudah Alih & Kad SIM
- Tambah Nilai Permainan
- Produk Elektronik Terpilih
- Produk Pelancaran Baharu Terpilih
- Milo S-Mart
- Produk daripada One or Not dari Shopee Store / MMA Foundation Store / Shopeegivesback Store
- Kad Bahan Api PETRONAS & Setel, Kad Hadiah dan E-Baucar
Maklumat lanjut boleh didapati di sini.
-
Setiap Pelanggan Layak hanya berhak menuntut satu (1) Ganjaran di bawah Kempen ini. Bagi mengelakkan keraguan, setiap Pelanggan Layak hanya layak menerima satu Ganjaran walaupun mereka memegang berbilang akaun Shopee.
-
Ganjaran tidak boleh dikembalikan, dipindah milik, ditebus dengan wang tunai, dan tidak boleh digabungkan atau ditukar dengan baucar yang bernilai lebih tinggi.
-
4. TERMA DAN SYARAT LAIN
-
PERUNTUKAN AM
-
Terma Kempen ini mesti dibaca bersama dengan Terma Am, Terma Khusus, dan sebarang terma dan syarat lain yang ditetapkan oleh kami dari semasa ke semasa dengan memberi notis awal (masing-masing tersedia di laman web kami di https://rytbank.my/terms-and-conditions). Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Terma Kempen ini akan merangkumi percanggahan tersebut.
-
Istilah berhuruf besar dalam dokumen ini telah ditakrifkan dalam Terma Am atau Terma Khusus kami.
-
Kami berhak meminda Terma Kempen ini atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa dengan memberi anda notis awal, yang diterbitkan dalam mana-mana media, atau melalui sebarang kaedah lain yang sesuai. Jika penyertaan anda diteruskan selepas pengeluaran notis tersebut, ini bermakna anda mempersetujui semua pindaan. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Kempen (termasuk sebarang perubahan atau pindaan), anda hendaklah segera berhenti menyertai Kempen ini.
-
Rekod transaksi yang kami simpan serta keputusan kami mengenai semua perkara berkaitan Kempen ini adalah muktamad, dan turut merangkumi anda bagi semua tujuan.
-
Kami berhak menggunakan budi bicara kami untuk memberi anda notis bagi membatalkan kelayakan atau menolak penyertaan anda dalam Kempen ini sekiranya kami mengesyaki atau mengesan sebarang aktiviti penipuan berkaitan akaun anda.
-
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma Kempen ini dan sebarang pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan Kempen ini, Terma Kempen ini akan merangkumi percanggahan tersebut.
-
Kami bukan ejen bagi peniaga pihak ketiga (iaitu, pihak selain Ryt Bank) yang terlibat dalam kempen ini, dan tidak menjamin kualiti barang atau perkhidmatan yang disediakan. Sebarang pertikaian mengenai barang atau perkhidmatan itu hendaklah diselesaikan terus antara anda dan peniaga tersebut.
-
Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang salah tafsir atau salah nyata oleh pihak ketiga berkaitan Kempen ini yang diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan.
-
Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak dapat melaksanakan kesemua atau sebahagian daripada mana-mana kewajipan di bawah Terma Kempen ini disebabkan oleh:
- sebarang bencana alam atau apa-apa kejadian di luar kawalan munasabah;
- sebarang kegagalan teknikal, gangguan, campur tangan dan/atau kesilapan elektronik atau manusia dalam mentadbir dan/atau memproses transaksi yang dibuat melalui Aplikasi Ryt Bank.
-
Tertakluk pada Undang-undang Berkenaan, kami serta pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen kami (termasuk, tetapi tidak terhad kepada mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik untuk tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab atas sebarang Kerugian yang dialami oleh anda atau mana-mana individu lain dalam Kempen ini, sama ada sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan sama ada boleh dijangka secara munasabah atau tidak, kecuali jika ia berpunca daripada kecuaian atau salah laku kami dalam Kempen ini.
-
Kami dengan jelas mengecualikan dan menafikan sebarang perakuan, jaminan atau sokongan, sama ada yang tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, dan termasuk sebarang jaminan berkaitan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
-
Terma Kempen ini tertakluk pada undang-undang Malaysia.
-
