Ryt Bank

Terma dan Syarat Khusus

Tarikh Berkuatkuasa: 17 Mac 2025 - 10 Ogos 2025

PENGGUNAAN TERMA-TERMA INI

  1. Dokumen ini menetapkan terma dan syarat khusus yang mentadbir akaun-akuan, produk-produk dan perkhidmatan yang kami mungkin tawarkan kepada anda dari semasa ke semasa (Terma Khusus). Anda mesti membaca dan memahami Terma dan Khusus ini dengan teliti sebelum membuka sebarang Akaun atau memperoleh sebarang produk atau perkhidmatan daripada kami. Sila hubungi kami jika anda memerlukan sebarang penjelasan.
  2. Terma Khusus ini mesti dibaca dengan Terma Am (disediakan di laman web kami di https://rytbank.my/terms-and-conditions) dan sebarang terma dan syarat lain yang berkaitan yang dikenakan oleh kami dari semasa ke semasa dengan notis terlebih dahulu.
  3. Dengan memohon atau menggunakan Akaun, anda dianggap telah membaca, memahami dan menerima Terma Am dan Terma Khusus ini.
  4. Beberapa istilah huruf besar yang digunakan dalam dokumen ini telah ditakrif dalam Terma Am.
  5. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara apa yang dinyatakan dalam Terma Khusus ini dan Terma Am, terma-terma dalam Terma Khusus ini akan berlaku setakat percanggahan tersebut.

A. TERMA DAN SYARAT KHUSUS YANG TERPAKAI UNTUK AKAUN SIMPANAN RYT BANK

Dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit (Perlindungan PIDM).

  1. Pembukaan Akaun

    1. Pembukaan suatu Akaun Simpanan Ryt Bank (Akaun Simpanan) dengan kami adalah tertakluk kepada keperluan pihak Bank termasuk, tanpa batasan, umur, kapasiti, dokumen pengenalan, keperluan pengesahan akaun, deposit permulaan minimum dan baki akaun minimum yang perlu dikekalkan pada setiap masa. Bank mungkin mempunyai keperluan yang berbeza untuk keperibadian undang-undang yang berbeza.
    2. Maklumat mengenai syarat kelayakan, deposit permulaan minimum dan baki akaun minimum boleh didapati dalam Jadual di bawah, di Aplikasi dan/atau laman web kami di https://rytbank.my. Syarat kelayakan, deposit awal minimum dan baki akaun minimum boleh dikemaskini dari semasa ke semasa dan boleh didapati di Aplikasi dan/atau laman web kami di https://rytbank.my.
    3. Pihak Bank akan membenarkan anda membuka, mengekalkan dan mengoperasi hanya satu Akaun Simpanan atas nama Tunggal anda untuk kegunaan peribadi. Ini bermakna setiap pelanggan hanya boleh membuka satu Akaun Simpanan pada setiap masa. Sekiranya pihak Bank menyedari bahawa anda mengekalkan lebih daripada satu Akaun Simpanan, kami berhak untuk menutup dan menamatkan mana-mana Akaun Simpanan tambahan dengan memberi notis kepada anda.
    4. Permohonan untuk Akaun Simpanan adalah tertakluk kepada kelulusan Bank. Anda memahami dan bersetuju bahawa kami mempunyai budi bicara mutlak untuk menentukan samaada untuk memperuntukkan Akaun Simpanan kepada anda.
    5. Kami berhak untuk menolak sebarang permohonan (termasuk sebarang permohonan yang tidak memenuhi kriteria kami) dan tidak berkewajipan untuk memberikan sebarang sebab atau maklumat berkenaan dengan mana-mana permohonan yang gagal.
    6. Untuk tujuan pengesahan akaun, anda mesti memenuhi keperluan pembiayaan Akaun Simpanan dalam tempoh 90 hari dari tarikh pembukaan akaun. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan penutupan Akaun Simpanan anda.
    7. Anda bersetuju bahawa anda hanya akan menggunakan Akaun Simpanan untuk tujuan simpanan peribadi. Jika Akaun Simpanan anda digunakan untuk tujuan perniagaan atau tujuan selain daripada simpanan peribadi, Bank berhak untuk menutup Akaun Simpanan anda dan menamatkan peruntukan sebarang perkhidmatan atau produk kepada anda.
  2. Akaun dan Perkhidmatan

    1. Akaun Simpanan didemonisasikan dalam Ringgit Malaysia sahaja.

    2. Anda hendaklah mengendalikan dan mentadbir Akaun Simpanan berdasarkan semua undang-undang dan peraturan, termasuk kaedah, arahan mengenai transaksi matawang antarabangsa dan domestik termasuk polisi pertukaran asing (PPA) yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia.

    3. Sebelum membuka Akaun Simpanan dan apabila diperlukan, kami mungkin menghendaki anda untuk memberikan maklumat dan/atau dokumen yang berkenaan untuk tujuan pembukaan akaun, termasuk untuk memastikan pematuhan dengan PPA dan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

    4. Setelah Akaun Simpanan berjaya dibuka dan anda memenuhi keperluan pembiayaan Akaun Simpanan dalam masa 90 hari dari tarikh pembukaan Akaun, anda boleh melakukan pengeluaran dana dan pemindahan dana, yang didemonisasikan dalam Ringgit Malaysia hanya kepada, dan dari, Akaun Simpanan. Dana yang dipindahkan ke dalam Akaun Simpanan anda akan didepositkan ke dalam Akaun Simpanan anda.

    5. 2.5 Kami juga boleh mengenakan baki akaun maksimum yang boleh dikekalkan di dalam Akaun Simpanan. Maklumat mengenai baki akaun maksimum, jika ada, boleh didapati di laman web kami https://rytbank.my.

    6. Apabila had dikenakan dan baki akaun minimum telah dicapai, anda bersetuju bahawa:

      1. anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa had tersebut tidak tercapai; dan
      2. apabila had tersebut telah tercapai, anda bersetuju bahawa kami, mengikut budi bicara mutlak kami:
        (i) tidak perlu menerima apa-apa Arahan atau membenarkan sebarang transaksi pada Akaun Simpanan yang akan menyebabkan baki melebihi baki akaun maksimum; dan/atau
        (ii) boleh mengambil tindakan lain untuk memastikan baki akaun simpanan maksimum tidak melebihi.
    7. Anda bersetuju bahawa pihak Bank mempunyai budi bicara untuk menolak sebarang Arahan mengenai, atau transaksi melalui, Akaun Simpanan.

  3. Yuran dan Caj

    1. Pihak Bank berhak untuk mengenakan yuran dan caj untuk mana-mana perkhidmatan yang disediakan untuk anda. Sila merujuk kepada Yuran dan Had yang dinyatakan dalam https://rytbank.my/fees-and-limits untuk butiran-butiran yuran, caj dan kadar faedah yang berkenaan. Anda bersetuju bahawa semua yuran-yuran dan caj-caj boleh didebitkan dari Akaun Simpanan.
  4. Faedah

    1. Sesuatu Akaun Simpanan adalah akaun yang menanggung faedah. Pihak Bank akan membayar faedah ke atas baki dalam Akaun Simpanan anda pada kadar faedah yang ditentukan oleh pihak Bank dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa (Kadar Faedah). Maklumat mengenai Kadar Faedah boleh didapati di laman web kami di https://rytbank.my dan/atau Perkhidmatan Perbankan Digital kami.
    2. Faedah akan dikira setiap hari berdasarkan baki dalam Akaun Simpanan anda pada akhir setiap hari, atau menggunakan kaedah lain yang ditentukan oleh pihak Bank dan dimaklumkan kepada anda dari semasa ke semasa.
    3. Faedah terakru akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan anda setiap hari, apabila faedah terakru yang perlu dibayar adalah sekurang-kurangnya RM0.01. Pihak Bank tidak akan mengkreditkan sebarang amaun ke dalam Akaun Simpanan anda sekiranya faedah terakru yang perlu dibayar adalah kurang daripada RM0.01.
    4. Kami berhak untuk tidak membayar faedah ke atas baki kredit dalam Akaun Simpanan anda jika anda melanggar mana-mana kewajipan anda di bawah Perjanjian Perbankan (termasuk Terma Khusus ini).
  5. Penyata-penyata Akaun

    1. Penyata Elektronik berkenaan dengan Akaun Simpanan anda akan dijana setiap bulan dan akan disediakan melalui Perkhidmatan Perbankan Digital kami.
    2. Pihak Bank boleh memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang Penyata Elektronik jika Akaun Simpanan anda dorman atau tidak aktif.
  6. Penutupan Akaun

    1. Anda boleh menutup Akaun Simpanan anda dengan menghantar Arahan kepada kami melalui emel kepada support@rytbank.my atau telefon kepada +603-5115 5115.
    2. Anda bertanggungjawab untuk apa-apa pengaturan berhubung dengan pemindahan mana-mana baki kredit dalam Akaun Simpanan sebelum penutupan boleh dilaksanakan. Kami mungkin akan berhenti membayar faedah ke atas ke atas baki kredit dalam Akaun Simpanan anda daripada hari kami menerima Arahan penutupan anda. Sekiranya kami melaksanakan hak kami di bawah Klausa 24.2 (Hak kami untuk menutup, menamatkan atau membatalkan mana-mana Produk) Terma Am untuk menutup Akaun Simpanan, anda bersetuju bahawa kami berhak untuk memindahkan sebarang baki kredit yang tidak dituntut dalam Akaun tertutup ke akaun dalaman kami.
    3. Sementara menunggu penutupan Akaun Simpanan, kami boleh menolak untuk menjalankan sebarang Arahan (termasuk pemindahan dana atau pengeluaran dana) atau menerima sebarang deposit selanjutnya. Dalam keadaan yang sesuai, kami mempunyai hak untuk mengehadkan jumlah deposit. Kami juga boleh menahan atau menggantung pembayaran sebarang dana.
  7. Tiada Deposit Tunai

    Anda tidak akan boleh mendepositkan wang tunai atau nota fizikal ke dalam Akaun Simpanan anda.

  8. Tiada Cek

    Tiada buku cek atau kemudahan akan dikeluarkan untuk Akaun Simpanan anda. Anda tidak akan dapat mendepositkan sebarang cek dengan pihak Bank.

Jadual

Kelayakan1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
2. Mesti berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun
3. Dari RM1 deposit pemulaan untuk pengaktifan akaun
4. Anda mempunyai akaun bank sedia ada dengan bank lain di Malaysia
Minimum Amount to Amaun minimum untuk membuka akaunRM1
Baki minimum untuk mengekalkanTiada
Yuran & CajSetakat ini, tiada yuran atau caj yang dikenakan ke atas Akaun Simpanan, tetapi ini tertakluk kepada perubahan mengikut budi bicara pihak Bank. Kami akan memaklumkan kepada anda tentang perubahan tersebut mengikut Terma Am.

B. TERMA DAN SYARAT KHUSUS YANG TERPAKAI UNTUK SAVE POCKETS

  1. Pembukaan dan Penggunaan Save Pockets

    1. Setelah Akaun Simpanan anda berjaya dibuka, anda akan mempunyai akses kepada Save Pockets, iaitu sub-akaun yang terhubung dengan Akaun Simpanan utama anda (Save Pockets) yang bertujuan untuk menggalakkan simpanan bagi pelbagai kategori. Kami boleh secara automatik membuka satu Savings Pocket semasa Akaun Simpanan anda dibuka dan/atau semasa anda mengaktifkan Akaun Simpanan anda.
    2. Anda boleh memilih Save Pockets yang paling relevan untuk anda daripada senarai label-label yang tersedia berdasarkan matlamat atau tujuan simpanan anda atau mencipta label anda sendiri bagi setiap Save Pocket mengikut kesesuaian anda. Kami akan menentukan jumlah maksimum Save Pockets yang boleh anda buka dan kekalkan dan kami akan memaklumkan hal ini kepada anda dari semasa ke semasa.
    3. Secara praktis, dana di dalam setiap Save Pocket anda dikekalkan dan dipisahkan daripada dana di dalam Akaun Simpanan utama anda dan dana di dalam Save Pocket anda yang lain. Save Pocket adalah serupa dengan Akaun Simpanan yang lain. Anda boleh memindah dana di antara, ke dalam atau daripada Save Pocket anda, termasuk pemindahan ke dalam atau daripada Akaun Simpanan utama anda. Buat sementara waktu, anda tidak boleh membuat pemindahan dana luaran secara langsung dari Save Pockets anda. Anda juga tidak boleh menerima pemindahan dana luaran secara langsung daripada sumber luaran (termasuk e-wallet). Segala terma dan syarat yang mengawal selia Akaun Simpanan juga terpakai kepada Save Pockets.
    4. Pihak Bank berhak untuk menetapkan had maksimum ke atas jumlah dana yang boleh disimpan di dalam setiap Save Pocket.
    5. Jumlah dana di dalam setiap Save Pocket yang terhubung dengan Akaun Simpanan utama anda ditambah dengan jumlah dana di dalam Akaun Simpanan utama anda merupakan jumlah baki anda yang diboleh diinsurans bagi tujuan perlindungan PIDM.
    6. Sebelum penutupan Akaun Simpanan anda, baki kredit di dalam semua Save Pockets anda akan dipindahkan ke dalam Akaun Simpanan utama anda secara automatik. Selepas itu, semua Save Pockets akan ditutup secara automatik sebelum penutupan Akaun Simpanan anda.
  2. Faedah Yang Dibayar ke Atas Save Pockets

    1. Save Pocket adalah satu sub-akaun yang menanggung faedah. Pihak Bank akan membayar faedah ke atas baki dalam Save Pocket anda pada kadar faedah yang ditentukan oleh pihak Bank dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa (Kadar Faedah). Maklumat mengenai Kadar Faedah boleh didapati di laman web kami di https://rytbank.my dan/atau Perkhidmatan Perbankan Digital kami.
    2. Faedah akan dikira setiap hari berdasarkan baki dalam Save Pocket anda pada akhir setiap hari, atau menggunakan kaedah lain yang ditentukan oleh pihak Bank dan dimaklumkan kepada anda dari semasa ke semasa.
    3. Faedah terakru akan dikreditkan ke dalam Save Pocket anda setiap hari, apabila faedah terakru yang perlu dibayar adalah sekurang-kurangnya RM0.01. Pihak Bank tidak akan mengkreditkan sebarang amaun ke dalam Save Pocket anda sekiranya faedah terakru yang perlu dibayar adalah kurang daripada RM0.01.
    4. Kami berhak untuk tidak membayar faedah kepada anda jika anda melanggar mana-mana kewajipan anda di bawah Perjanjian Perbankan (termasuk Terma Khusus ini).

v. Mac 2025

C. TERMA DAN SYARAT KHUSUS YANG MENGAWAL KAD DEBIT RYT BANK

Tarikh Berkuat kuasa: 17 Mac 2025

  1. PERMOHONAN KAD DEBIT

    1. Terma Kad Debit: Bahagian ini menetapkan terma dan syarat khusus bagi permohonan dan penggunaan Kad Debit anda (Terma Kad Debit ini). Anda mesti membaca dan memahami Terma Kad Debit ini serta lembar pendedahan produk Kad Debit sebelum memohon Kad Debit.

      Sila hubungi kami jika anda perlukan sebarang penjelasan tentang ciri, atau terma yang merangkumi Kad Debit.

    2. Penerimaan dan Pengakuan: Memohon atau menggunakan Kad Debit akan mengesahkan yang anda telah membaca, memahami, mempersetujui dan menerima Terma Kad Debit ini.

    3. Kelayakan: Permohonan untuk Kad Debit tertakluk pada pemenuhan syarat kelayakan berikut:

      1. anda telah membuka dan mengaktifkan satu Akaun sebagai Akaun Ditetapkan, dan Akaun itu berstatus baik, tidak ditamatkan, ditutup, dorman atau delinkuen;

      2. anda tidak pernah diisytiharkan muflis; dan

      3. anda tidak melanggar atau disyaki melanggar mana-mana Terma Umum atau Terma Khusus.

  2. DEFINISI

    Definisi berikut terpakai melainkan dinyatakan sebaliknya:

    ATMbermaksud mesin juruwang automatik yang dikendalikan oleh Bank ataupun tidak.
    Peniaga Sahbermaksud pihak yang membekalkan barang dan/atau perkhidmatan yang menerima Kad Debit untuk pembayaran.
    Kad Tidak Hadirbermaksud transaksi Kad Debit yang dibuat tanpa mengemukakan Kad Debit secara fizikal (iaitu, transaksi pesanan telefon, pesanan mel dan transaksi dalam talian).
    Kad Hadirbermaksud transaksi Kad Debit yang bukan transaksi Kad Tidak Hadir (cth. transaksi di POS dan pengeluaran tunai di ATM).
    Tanpa sentuhbermaksud ciri untuk Kad Debit membuat transaksi dengan mengetik atau melambai Kad Debit pada pembaca tanpa sentuh atau terminal di terminal POS.
    Kad Debitbermaksud kad debit maya atau fizikal Visa dan/atau MyDebit RYT BANK yang dikeluarkan oleh Bank kepada anda untuk tujuan mengeluarkan tunai atau membayar daripada Akaun Ditetapkan atau untuk sebarang tujuan lain yang dinyatakan di sini.
    Akaun Ditetapkanbermaksud Akaun yang ditetapkan oleh Pemegang Kad dan diluluskan oleh Bank, yang berpaut kepada Kad Debit untuk membuat transaksi.
    Pertukaran Mata Wang Dinamik atau DCCbermaksud perkhidmatan pilihan oleh Peniaga Sah luar negara tertentu atau tersedia bagi Transaksi Luar Negara tertentu, yang memberi anda pilihan untuk membayar atau mengeluarkan wang tunai dalam ringgit serta-merta.
    MyDebitbermaksud pembelian yang dibuat di terminal POS kaunter pembayaran Peniaga Sah yang menerima Kad Debit dan melalui penggunaan gabungan Kad Debit dan PIN anda.
    Transaksi Luar Negarabermaksud penggunaan Kad Debit untuk membayar Peniaga Sah asing dalam mata wang asing, atau dalam ringgit, jika DCC dipilih.
    PINbermakna nombor pengenalan peribadi anda yang dipilih oleh anda.
    POSbermaksud tempat jualan.
  3. PENGELUARAN, PEMBAHARUAN DAN PENGGANTIAN KAD DEBIT

    1. Pengeluaran Kad Debit: Jika kami meluluskan permohonan anda:

      1. Kad Debit akan disediakan untuk anda dalam format elektronik (termasuk disediakan dalam Aplikasi kami).

      2. selain (a), dan atas permintaan anda, kami boleh menghantar Kad Debit fizikal ke alamat surat-menyurat anda dalam rekod kami, dengan pembayaran yuran yang dinyatakan dalam Yuran dan Had kami di https://rytbank.my/fees-and-limits.

    2. Pengaktifan: Anda mesti mematuhi prosedur pengaktifan Kad Debit, keselamatan dan perkara lain yang mungkin ditetapkan sebelum anda boleh menggunakan Kad Debit.

    3. Harta Bank: Kad Debit kekal sebagai hak milik kami pada setiap masa.

    4. Tidak boleh dipindah milik: Kad Debit anda tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.

    5. Penyata Elektronik: Fasal 5 Terma Umum (Penyata dan Rekod Elektronik) ada dimasukkan dalam Terma Kad Debit ini. Untuk tujuan Terma Kad Debit ini, anda boleh, atas permintaan anda, memilih salinan cetak Penyata Elektronik.

    6. Langkah keselamatan dan petua: Kami mungkin memberi panduan tentang cara memastikan keselamatan akses kepada Kad Debit dan/atau PIN anda, tetapi panduan ini tidak merangkumi semua langkah berjaga-jaga munasabah yang perlu diambil.

    7. Penggantian dan caj: Anda boleh meminta Kad Debit untuk menggantikan kad sedia ada:

      1. yang tamat tempoh;

      2. yang hilang atau dicuri;

      3. yang telah menjadi cacat atau rosak; atau

      4. yang telah digunakan untuk menipu,

      dengan pembayaran yuran yang dinyatakan dalam Yuran dan Had kami di https://rytbank.my/fees-and-limits. Anda akan menanggung kos penggantian dan membenarkan Bank untuk mendebit Akaun Ditetapkan anda bagi kos penggantian tersebut.

  4. PENGGUNAAN KAD DEBIT

    1. Ciri: Kad Debit ialah instrumen pembayaran dan kad ATM yang boleh digunakan untuk:

      1. membuat transaksi Kad Hadir, termasuk transaksi di ATM, membuat pembayaran di terminal POS Peniaga Sah dan transaksi pra-kebenaran;

      2. membuat transaksi Kad Tidak Hadir;

      3. menetapkan pembayaran berulang;

      4. membuat Transaksi Luar Negara; atau

      5. membuat sebarang transaksi lain yang mungkin diumumkan dari semasa ke semasa.

    2. Penggunaan: Anda bersetuju dan mengakui bahawa:

      1. anda hanya boleh menggunakan Kad Debit anda selagi ia masih sah (sila rujuk tarikh luput pada Kad Debit anda atau yang ditunjuk dalam Aplikasi);

      2. anda tidak boleh menggunakan Kad Debit untuk atau berkaitan dengan sebarang aktiviti haram;

      3. kami boleh menolak meluluskan transaksi anda yang dibuat menggunakan Kad Debit menurut Terma Umum; dan

      4. penggunaan Kad Debit adalah atas risiko anda sendiri dan anda menanggung semua risiko daripada penggunaan Kad Debit.

    3. Pembiayaan:

      1. Anda mesti memastikan yang Akaun Ditetapkan anda sentiasa mempunyai dana yang mencukupi bagi sebarang transaksi dengan Kad Debit anda.

      2. Apabila anda membuat transaksi Kad Debit, kami akan mendebit jumlah yang sepadan daripada Akaun Ditetapkan anda.

      3. Kami mungkin memperuntukkan atau menahan jumlah transaksi (Baki Diperuntukkan) dalam Akaun Ditetapkan, sama ada pada hari ia dikemukakan untuk pembayaran atau pada hari notis transaksi diterima.

      4. Baki tersedia anda dalam Akaun Ditetapkan akan dikurangkan dengan jumlah Baki Diperuntukkan. Anda tidak boleh menghentikan pembayaran pada transaksi tersebut atau menggunakan sebarang jumlah yang ditetapkan sebagai Baki Diperuntukkan.

      5. Jumlah Baki Diperuntukkan dan tempoh ia boleh ditahan akan ditentukan mengikut budi bicara kami.

      6. Jika Akaun Ditetapkan anda tidak mempunyai dana yang mencukupi, transaksi akan ditolak dan kami tidak bertanggungjawab atas penolakan tersebut.

    4. Had harian lalai yang berasingan akan dikenakan bagi:

      1. pengeluaran tunai; dan

      2. pembayaran barang dan perkhidmatan,

      sebagaimana yang mungkin dipinda oleh Bank dari semasa ke semasa dan yang mungkin disemak oleh anda melalui Platform, tertakluk pada had terpakai Bank. Sila lihat butiran Yuran dan Had kami yang tersedia di https://rytbank.my/fees-and-limits.

    5. Transaksi Kad Hadir: Kad Debit fizikal anda boleh digunakan untuk transaksi Kad Hadir, transaksi Tanpa Sentuh, pengeluaran ATM dan lain-lain transaksi sedemikian yang mungkin kami maklumkan dari semasa ke semasa. Anda bersetuju bahawa memasukkan PIN anda atau menandatangani draf jualan sudah cukup untuk membuktikan yang anda mempersetujui transaksi dan mengesahkan ketepatan jumlah yang dicaj. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan jika anda memasukkan PIN yang salah semasa menggunakan Kad Debit fizikal di Peniaga Sah atau ATM.

    6. Transaksi di ATM: Anda boleh menggunakan Kad Debit untuk mengeluarkan tunai di ATM di dalam dan luar negara (lihat "Transaksi Luar Negara" di bawah) dan anda mempersetujui perkara berikut:

      1. untuk menyemak semua transaksi debit atau kredit. Jika ada sebarang ralat atau kepincangan fungsi, anda mesti segera hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami.

      2. memasukkan PIN anda di ATM sudah cukup untuk membuktikan yang anda telah membuat transaksi itu.

      3. anda bertanggungjawab atas semua yuran dan caj bagi pengeluaran atau transaksi sedemikian di ATM, yang mungkin berbeza-beza bergantung pada sama ada ia pengeluaran tunai di dalam atau luar negara.

      Kad Debit boleh ditahan atau disekat apabila perkara berikut dikesan:

      1. melebihi percubaan PIN maksimum;

      2. nilai pengesahan kad tidak sah;

      3. Kad Debit tidak dapat dikeluarkan;

      4. status Kad Debit "dinyahaktifkan";

      5. jika Akaun Ditetapkan anda tidak aktif (seperti "Dorman" atau "Mati"); dan

      6. jika Kad Debit ditandakan sebagai "Hilang" atau "Dicuri".

    7. Pembayaran di terminal POS Peniaga Sah: Anda boleh menggunakan Kad Debit untuk pembelian di terminal POS Peniaga Sah:

      anda bersetuju bahawa:

      1. transaksi dibenarkan jika ia berada dalam had yang ditentukan oleh Bank, dari semasa ke semasa. Anda boleh menambah atau mengurangkan had jumlah tertentu kepada had tetapan Bank yang dinyatakan di laman web kami di https://rytbank.my/fees-and-limits dengan memberi arahan melalui Platform.

      2. anda akan menanggung semua yuran dan caj yang dinyatakan dalam Yuran dan Had kami di https://rytbank.my/fees-and-limits bagi transaksi itu, yang akan ditolak daripada Akaun Ditetapkan anda.

      anda mengakui bahawa:

      1. Kad Debit akan menggabungkan ciri yang membolehkan Kad Debit digunakan untuk transaksi Tanpa Sentuh. Ini bermakna anda tidak perlu meleret jalur magnet Kad Debit anda, menandatangani sebarang draf jualan atau memasukkan PIN untuk membenarkan transaksi.

      2. penggunaan Kad Debit untuk transaksi Tanpa Sentuh tanpa PIN bagi setiap transaksi runcit yang dibuat di Malaysia dihadkan kepada maksimum RM250 atau sebarang jumlah lain yang Bank mungkin tentukan pada bila-bila masa. PIN anda mesti digunakan bagi sebarang pembayaran melebihi RM250. Had maksimum untuk transaksi runcit yang dibuat di mana-mana bidang kuasa lain adalah tertakluk pada had yang ditetapkan di negara masing-masing.

      3. anda boleh mendayakan atau melumpuhkan penggunaan Kad Debit untuk transaksi Tanpa Sentuh melalui Platform.

      4. semua transaksi Tanpa Sentuh akan dianggap di benarkan oleh anda melainkan anda boleh menunjukkan bukti sebaliknya.

    8. Transaksi pra-kebenaran: Peniaga Sah tertentu mungkin memerlukan pra-kebenaran bagi transaksi Kad Debit. Pra-kebenaran bukanlah caj, tetapi baki Akaun Ditetapkan akan dikurangkan buat sementara waktu dengan jumlah pra-kebenaran itu. Jumlah dalam baki Akaun Ditetapkan akan ditahan untuk transaksi pra-kebenaran berikut sehingga transaksi itu selesai:

      1. di dispenser bahan api automatik (AFD) untuk transaksi petrol, RM200 akan ditahan dalam Akaun Ditetapkan anda dan jumlah pra-kebenaran akan dilepaskan secara automatik tiga (3) Hari Perniagaan selepas tarikh transaksi itu.

      2. untuk sebarang transaksi bukan AFD, jumlah pra-kebenaran ialah jumlah transaksi yang mungkin ditahan dalam Akaun Ditetapkan anda dan jumlah pra-kebenaran akan dilepaskan secara automatik tiga puluh (30) hari selepas tarikh transaksi itu.

    9. Transaksi Kad Tidak Hadir:

      1. Anda tidak dibenarkan membuat sebarang Transaksi Kad Tidak Hadir melainkan anda telah meminta kami membuat pemilihan ini dan mengaktifkan ciri ini melalui Platform. Jika anda telah membuat pemilihan ini dan Kad Debit sudah diaktifkan, Kad Debit itu boleh digunakan bagi transaksi Kad Tidak Hadir. Setelah anda mengaktifkan ciri ini, anda boleh sahaja melumpuhkannya kemudian dengan menyahaktifkan ciri ini melalui Platform.

      2. Anda memahami bahawa ada risiko yang terlibat apabila melakukan transaksi Kad Tidak Hadir.

      3. Anda bersetuju bahawa memasukkan maklumat Kad Debit dan Nilai/Kod Pengesahan Kad (CVV/CVC) anda atau sebarang bentuk pengesahan tambahan lain di tapak Internet atau aplikasi mudah alih sudah cukup untuk membuktikan yang anda membenarkan transaksi itu.

      4. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengesahkan identiti atau kuasa orang yang memasukkan maklumat Kad Debit dan CVV/CVC.

    10. Pembayaran Berulang:

      1. Jika anda membenarkan Peniaga Sah melaksanakan pembayaran berulang melalui Kad Debit, Bank berhak mengikut arahan itu tanpa merujuk lanjut kepada anda.

      2. Pembayaran hanya akan dibuat jika Akaun Ditetapkan anda mempunyai dana yang mencukupi.

      3. Kami tidak menjamin yang pembayaran akan dibuat tepat pada masanya.

      4. Bank boleh menggunakan budi bicaranya untuk menolak sebarang pembayaran dengan menghantar notis bertulis kepada anda.

      5. Anda bertanggungjawab untuk memberitahu Peniaga Sah yang berkenaan jika ada sebarang perubahan pada butiran Kad Debit anda.

      6. Anda mengakui yang pembayaran tidak akan dibuat jika penggunaan Kad Debit anda ditamatkan atau digantung atas apa jua sebab atau apabila Kad Debit yang telah tamat tempoh tidak diperbaharui.

      7. Anda sentiasa berkewajipan dan bertanggungjawab untuk membayar Peniaga Sah. Jika Bank tidak membuat pembayaran, anda perlu menyelesaikan dan membayar terus kepada Peniaga Sah.

    11. Transaksi Luar Negara:

      1. Anda tidak dibenarkan membuat sebarang Transaksi Luar Negara melainkan anda telah meminta kami membuat pemilihan ini dan mengaktifkan ciri ini melalui Platform. Jika anda telah membuat pemilihan ini, Kad Debit anda boleh digunakan untuk Transaksi Luar Negara (tetapi hanya di negara yang boleh diterima oleh kami).

      2. Anda hanya boleh menggunakan Kad Debit untuk Transaksi Luar Negara yang mematuhi dasar pertukaran asing tadbiran Bank Negara Malaysia yang merangkumi anda dan transaksi tersebut. Semua Transaksi Luar Negara dirangkumi oleh undang-undang yang sedia ada di negara transaksi itu dibuat.

      3. Anda mungkin diberi pilihan menggunakan perkhidmatan DCC bagi Transaksi Luar Negara tertentu. Jumlah transaksi akan didebitkan daripada Akaun Ditetapkan selepas ditukar kepada ringgit pada kadar pertukaran dan pada masa yang ditentukan oleh Peniaga Sah serta ATM luar negara berkenaan di mana anda telah memilih untuk menggunakan perkhidmatan DCC itu. Kadar pertukaran untuk DCC mungkin lebih tinggi daripada kadar pertukaran yang ditentukan oleh Visa.

      4. Jika anda menggunakan Kad Debit untuk membuat transaksi dalam mata wang selain ringgit, jumlah transaksi akan didebitkan daripada Akaun Ditetapkan selepas ditukar kepada ringgit pada kadar pertukaran dan pada masa yang Visa tentukan.

      5. Anda juga akan dikenakan yuran Transaksi Luar Negara oleh Bank, seperti yang dinyatakan dalam Yuran dan Had kami di https://rytbank.my/fees-and-limits.

    12. Bank tidak terlibat dalam pertikaian Kad Debit:

      1. Kami tidak bertanggungjawab dan tidak berkewajipan atas sebarang perbuatan atau peninggalan mana-mana Peniaga Sah termasuk sebarang keengganan menerima Kad Debit atau sebarang kecacatan atau kekurangan dalam apa-apa barang atau perkhidmatan yang dibekalkan kepada anda.

      2. Anda mesti selesaikan terus semua aduan, tuntutan dan pertikaian dengan mana-mana Peniaga Sah, dan anda bersetuju untuk tidak melibatkan kami dalam sebarang tuntutan, pertikaian atau prosiding undang-undang.

      3. Kami berhak mendebit Akaun Ditetapkan anda untuk jumlah transaksi walaupun anda mempunyai pertikaian dengan Peniaga Sah.

      4. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pembayaran yang dibuat kepada Peniaga Sah walaupun anda mungkin mempunyai apa-apa tuntutan dan/atau pertikaian dengan Peniaga Sah itu.

  5. TANGGUNGJAWAB ANDA

    1. Anda mesti memastikan keselamatan Kad Debit anda: Anda perlu mematuhi semua langkah keselamatan tetapan Bank yang berkaitan dengan Kad Debit.

    2. Tanggungjawab keselamatan: Selain Fasal 7.3 (Tanggungjawab Keselamatan) Terma Umum, anda mesti mengambil langkah yang munasabah untuk sentiasa memastikan keselamatan Kad Debit dan PIN termasuk, tanpa had:

      1. untuk mematuhi Terma Kad Debit ini dalam penggunaan Kad Debit anda.

      2. tidak menggunakan Kad Debit apabila anda mengesyaki atau menyedari bahawa Kad Debit atau PIN hilang (walaupun ia ditemui kemudiannya), dicuri (walaupun ia dipulihkan kemudiannya), dicerobohi atau dikompromi atau orang lain mengetahui PIN.

      3. tidak membenarkan mana-mana orang lain menggunakan Kad Debit.

      4. tidak mendedahkan butiran Kad Debit atau PIN kepada mana-mana orang lain.

      5. tidak menulis PIN pada Kad Debit, atau pada apa-apa benda yang disimpan dekat dengan Kad Debit.

      6. memastikan jumlah transaksi adalah betul sebelum menandatangani sebarang baucar atau rekod transaksi dan sebelum memasukkan PIN anda untuk sebarang transaksi yang memerlukan anda memasukkan PIN. Meletak tandatangan anda atau memasukkan PIN anda bermakna anda mempersetujui transaksi dan mengesahkan jumlahnya adalah betul.

      7. membuang sebarang resit atau dokumen Bank yang berkaitan dengan PIN anda secara selamat.

      8. memastikan Kad Debit dikembalikan kepada anda selepas menyelesaikan transaksi sama ada di Peniaga Sah atau ATM.

    3. Kewajipan untuk memaklumkan: Selain Fasal 7.4 (Anda mesti segera melaporkan) Terma Umum, anda mesti segera memaklumkan Bank dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami (nombor hubungan ada di belakang Kad Debit fizikal) atau dengan memberitahu kami melalui Platform apabila anda:

      1. mengesyaki atau menyedari sebarang transaksi yang mencurigakan atau tanpa kebenaran atau penggunaan Kad Debit yang tidak dibenarkan.

      2. mengesyaki atau menyedari sebarang aktiviti Kad Debit yang menipu atau menyalahi undang-undang.

      3. mengesyaki atau menyedari yang Kad Debit dan/atau PIN Maklumat Keselamatan anda telah hilang, dicuri, dicerobohi atau dikompromi atau orang lain mengetahui PIN.

      4. menerima amaran perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) tentang transaksi tanpa kebenaran.

      5. menemui sebarang kesilapan, penyelewengan, transaksi tanpa kebenaran atau palsu dalam Penyata Elektronik Akaun Ditetapkan anda yang berpaut kepada Kad Debit.

      6. menukar butiran peribadi anda dan sebarang butiran lain yang diberitahu kepada kami sebelum ini termasuk alamat kediaman dan/atau surat-menyurat anda, alamat e-mel anda dan nombor hubungan anda.

    4. Membuat laporan polis: Untuk sebarang transaksi tanpa kebenaran atau palsu, kami mungkin meminta anda menyediakan laporan polis untuk Bank dalam masa yang munasabah dari tarikh kehilangan dan/atau kecurian Kad Debit dan/atau pendedahan PIN kepada pihak ketiga. Anda juga perlu memberikan maklumat yang berkaitan dan bantuan munasabah yang diperlukan oleh Bank untuk menyiasat kejadian itu.

    5. Tiada liabiliti pada pihak Bank: Selain Fasal 9 (Liabiliti bagi Transaksi) Terma Umum, Bank juga tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang dialami daripada sebarang transaksi tanpa kebenaran, yang disebabkan oleh anda tidak mematuhi langkah keselamatan Bank atau kelewatan tidak munasabah dalam memberitahu Bank tentang kehilangan atau kecurian atau kecuaian mendedahkan butiran Kad Debit atau PIN.

  6. LIABILITI ANDA UNTUK TRANSAKSI

    1. Anda bertanggungjawab untuk semua transaksi: Melainkan dinyatakan sebaliknya di sini, anda bertanggungjawab kepada kami untuk semua transaksi (termasuk yuran dan caj berkaitan) yang dibuat menggunakan Kad Debit. Sebarang transaksi yang dibuat menggunakan CVV/CVC anda, menandatangani transaksi, atau sebarang bentuk pengesahan tambahan lain akan dianggap sebagai bukti yang anda telah membenarkan transaksi tersebut. Jika Kad Debit telah disalahgunakan, hilang atau dicuri atau PIN telah dicerobohi dan Kad Debit digunakan untuk membuat transaksi tanpa kebenaran, anda bertanggungjawab atas semua transaksi tanpa kebenaran itu sehingga tarikh dan masa Bank menerima pemberitahuan anda di bawah Fasal 6.3 di atas.

    2. Liabiliti anda untuk transaksi tanpa kebenaran: Anda bertanggungjawab atas sebarang transaksi tanpa kebenaran, termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi Kad Hadir yang memerlukan pengesahan PIN atau tandatangan atau penggunaan fungsi Tanpa Sentuh, jika anda telah:

      1. bertindak secara menipu;

      2. menangguh memberitahu kami secepat yang munasabah selepas mendapati kehilangan atau penggunaan Kad Debit tanpa kebenaran;

      3. meninggalkan Kad Debit atau item yang mengandungi Kad Debit tanpa diawasi, di tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh orang lain, termasuk tempat kediaman anda;

      4. secara sukarela membenarkan orang lain menggunakan Kad Debit anda; atau

      5. mencatat PIN anda pada Kad Debit, atau pada apa-apa benda yang disimpan dekat dengan Kad Debit anda.

    3. Caj balik: jika terdapat pertikaian, anda mungkin berhak mendapat caj balik dalam keadaan tertentu, jika anda tidak didapati bertanggungjawab menurut fasal 7.2.

      Dalam keadaan tertentu, peraturan skim kad mungkin membenarkan anda mengecaj balik transaksi kepada Peniaga Sah yang dengannya transaksi itu dibuat, jika syarat yang diperlukan telah dipenuhi, termasuk:

      1. mengemukakan pertikaian secara bertulis dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh pencatatan transaksi Kad Debit tersebut dalam Penyata Elektronik; dan

      2. menyediakan semua dokumen sokongan yang diminta oleh kami dalam tempoh masa yang dibenarkan.

      Anda bersetuju untuk memberikan sebarang maklumat yang kami minta secara munasabah bagi memudahkan penyiasatan transaksi Kad Debit, dan membuat laporan polis yang kami minta secara munasabah bagi memudahkan penyiasatan tuntutan itu.

      Tertakluk pada siasatan kami, caj balik akan dikemukakan kepada Peniaga Sah untuk Peniaga Sah itu menyiasatnya sendiri.

      Kami mungkin mengkreditkan Akaun Ditetapkan anda dengan jumlah Transaksi Kad Debit yang dipertikaikan selepas siasatan kami selesai.

      Kami akan menolak pertikaian yang didapati palsu atau, jika pertikaian itu disebabkan kecuaian anda sendiri. Jika pembayaran untuk pertikaian tersebut telah dibuat kepada anda, bayaran itu mesti dibayar balik kepada Bank dan semua perbelanjaan yang ditanggung dalam penyiasatan dan pemulihan bayaran itu akan ditanggung oleh anda. Anda dengan ini membenarkan kami mendebit Akaun Ditetapkan anda untuk pembayaran dan perbelanjaan sedemikian yang mesti dipulangkan kepada Bank.

      Bank berhak mengambil tindakan undang-undang dan/atau sebarang prosiding lain yang dianggap perlu terhadap anda jika anda menghalang dan/atau menahan maklumat, membuat atau cuba membuat tuntutan palsu dalam sebarang transaksi, menerbitkan dakwaan palsu, yang berkaitan dengan atau timbul daripada transaksi Kad Debit yang dipertikaikan.

    4. Rekod Transaksi Bank terikat: Anda bersetuju bahawa rekod kami tentang sebarang transaksi yang dibuat menggunakan Kad Debit adalah bukti muktamad dan terikat bahawa Transaksi tersebut telah dibuat oleh anda.

    5. Kredit sementara: Jika Undang-undang Berkenaan memerlukan kami menyediakan kredit sementara bagi Akaun Ditetapkan yang berpaut kepada Kad Debit sementara menunggu keputusan mana-mana siasatan atau penyelesaian transaksi yang dipertikaikan, kredit sementara akan disediakan dengan syarat anda pulangkan kredit sementara itu sepenuhnya jika anda didapati bertanggungjawab sepenuhnya atas transaksi yang dipertikaikan (atau membayar balik sebahagian kredit sementara itu jika anda separa bertanggungjawab atas transaksi yang dipertikaikan). Kami berhak mendebit mana-mana Akaun Ditetapkan anda yang dikekalkan dengan Bank untuk membuat pembayaran balik itu. Jika Akaun Ditetapkan anda tidak mempunyai dana yang mencukupi, kami mungkin memulaikan proses pemulihan hutang bagi kekurangan tersebut, selepas memberi tempoh yang munasabah untuk anda selesaikan kekurangan itu.

    6. Hak kami: Kami berhak memulakan dan mengambil tindakan undang-undang yang dianggap perlu terhadap anda jika kami mendapati atau menyedari sebarang tuntutan palsu, menipu atau haram yang berkaitan dengan atau timbul daripada transaksi Kad Debit yang dipertikaikan.

  7. YURAN DAN CAJ

    Bank berhak mengenakan yuran dan caj bagi mana-mana perkhidmatan yang disediakan untuk anda. Sila lihat Yuran dan Had yang dinyatakan di https://rytbank.my/fees-and-limits untuk butiran tentang yuran, caj dan kadar faedah lalai yang berkenaan. Anda bersetuju bahawa semua yuran dan caj yang berkenaan boleh didebitkan daripada Akaun Ditetapkan.

  8. ANDA BOLEH MEMBEKUKAN KAD DEBIT ANDA

    Anda boleh:

    1. membekukan penggunaan Kad Debit anda buat sementara waktu;

    2. menghentikan pembekuan sementara dan mengaktifkan semula Kad Debit anda; atau

    3. menamatkan Kad Debit anda,

    pada bila-bila masa mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kami. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang mungkin dialami akibat sebarang tindakan anda dalam (a), (b) atau (c).

  9. PENAMATAN ATAU PEMBATALAN KAD DEBIT

    1. Penamatan, pembatalan dan penggantungan: Kami berhak menamatkan atau membatalkan hak penggunaan Kad Debit anda pada bila-bila masa mengikut Fasal 24 (Penamatan /Penutupan Akaun) Terma Umum, atau menggantung akaun anda pada bila-bila masa mengikut Terma Umum. Penamatan atau pembatalan Kad Debit bukanlah dan tidak menggambarkan apa-apa sifat atau kelayakan kredit anda dan kami tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara pun untuk sebarang kenyataan yang dibuat atau dianggap telah dibuat melalui penamatan atau pembatalan itu.

    2. Bank boleh membatalkan Kad Debit yang tidak digunakan: Kami berhak membatalkan sebarang Kad Debit yang belum digunakan untuk membuat pengeluaran atau pembelian dalam tempoh yang kami tetapkan. Yuran pengeluaran untuk Kad Debit baharu akan dikenakan jika anda kemudiannya meminta Kad Debit dan yuran itu akan didebitkan ke Akaun Ditetapkan.

    3. Kesan pembatalan atau penamatan Kad Debit: Selepas penutupan Akaun Ditetapkan anda atau pembatalan atau penamatan Kad Debit anda:

      1. anda mesti segera berhenti menggunakan Kad Debit melalui apa-apa cara, memotong mana-mana Kad Debit fizikal supaya jalur magnetik dan hologram tidak lagi utuh dan membuang Kad Debit fizikal anda dengan selamat.

      2. semua hak dan liabiliti terakru di bawah Terma Kad Debit ini akan terus berkuat kuasa dan berjalan sepenuhnya dan akan kekal dalam sebarang pembatalan, sekatan atau penggantungan Kad Debit sehingga ia telah dilepaskan dan diselesaikan sepenuhnya.

      3. anda bersetuju untuk mengetepikan hak anda untuk dibayar balik sebarang caj yuran bagi tempoh Kad Debit yang belum luput.

  10. PENGECUALIAN LIABILITI

    Anda bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan kami dalam apa jua cara pun akibat sebarang kehilangan, kerosakan atau kecederaan atas apa jua sebab, atau jika Kad Debit tidak diterima kerana sebarang kecacatan mekanikal atau kepincangan fungsi mana-mana ATM, terminal POS, rangkaian Internet atau terminal atau saluran lain yang tersedia untuk anda, atau kerana kehilangan atau gangguan bekalan kuasa.

  11. FAEDAH, PERKHIDMATAN ATAU PROGRAM TAMBAHAN

    1. Kami mungkin menyediakan perkhidmatan, faedah, diskaun atau program tambahan bagi penggunaan Kad Debit, mengikut budi bicara kami. Sebarang perkhidmatan, faedah, diskaun atau program tambahan sedemikian akan dirangkumi oleh terma dan syarat berasingan yang mengawal perkhidmatan, faedah, diskaun atau program tambahan itu.

    2. Kami juga mungkin bekerjasama dengan atau memperkenalkan Peniaga Sah yang menawarkan atau menyediakan perkhidmatan, faedah, diskaun atau program tambahan sedemikian kepada anda. Bank tidak bertanggungjawab mahupun berkewajipan terhadap tindakan mana-mana Peniaga Sah atau orang lain, atau untuk sebarang perkhidmatan faedah, diskaun atau program tambahan yang ditawarkan oleh Peniaga Sah atau orang lain.