Ryt Bank

TERMA DAN SYARAT KEMPEN YES CASHBACK RYT BANK

Tarikh Kuat Kuasa: 16 April 2026

Kempen Yes Cashback ("Kempen") ini dianjurkan oleh YTL Digital Bank Berhad ("Ryt Bank / kami") dengan kerjasama YTL Communications Sdn Bhd (No. Syarikat 200701035605 (793634-V)) ("Yes").

Dengan menyertai Kempen ini, anda bersetuju bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat Kempen ini ("Terma Kempen"). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Terma Kempen ini, anda boleh menghubungi kami untuk penjelasan lanjut.

  1. Tempoh Kempen

    Kempen ini bermula pada 16 April 2026, 2:00 p.m. ("Tarikh Mula Kempen") dan akan berlangsung sehingga satu tarikh yang akan ditentukan dan dimaklumkan oleh kami dari semasa ke semasa.

  2. Kelayakan

    1. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan individu baharu Ryt Bank yang berjaya mengaktifkan Akaun Ryt Bank pada atau selepas Tarikh Mula Kempen dan mempunyai Akaun Ryt Bank yang sah sepanjang Tempoh Kempen.

      (secara kolektif dirujuk sebagai "Pelanggan Layak").

    2. Pihak berikut tidak layak menyertai Kempen ini:

      1. Pelanggan yang akaunnya ditamatkan, ditutup, tidak aktif, dibekukan, disekat, digantung, bermasalah atau tidak berada dalam keadaan baik sepanjang Tempoh Kempen;

      2. Pelanggan yang melanggar atau disyaki melanggar Terma Kempen ini atau mana-mana terma lain yang berkaitan dengan Akaun Ryt Bank.

    3. Kempen ini tertakluk kepada jumlah maksimum peruntukan cashback yang ditetapkan oleh Ryt Bank ("Peruntukan Maksimum"). Cashback akan diberikan berdasarkan siapa cepat, dia dapat (first-come, first-served). Setelah Peruntukan Maksimum digunakan sepenuhnya, tiada lagi cashback akan diberikan.

  3. Ganjaran dan Mekanisme Kempen

    1. Ganjaran

      1. Tertakluk kepada Terma Kempen ini, Pelanggan Layak akan menerima RM5.00 Cashback ("Ganjaran") selepas melengkapkan transaksi pertama yang layak ("Transaksi Layak") dalam Tempoh Kempen.

      2. Pelanggan Layak hanya layak menerima maksimum satu (1) Ganjaran sahaja.

      3. "Transaksi Layak" bermaksud pembayaran untuk perkhidmatan dan/atau produk Yes dengan nilai minimum RM10.00, yang dibuat melalui:

        1. JomPAY kepada Yes (Kod Pengebil: 22376); atau

        2. Kad Ryt milik Pelanggan Layak (fizikal atau virtual melalui dompet digital) atau DuitNow QR melalui aplikasi Ryt Bank di kedai Yes yang mengambil bahagian dengan ID terminal Yes yang sah;

          Senarai kedai Yes yang mengambil bahagian boleh dirujuk melalui pautan ini.

    2. Pengkreditan Cashback

      1. Cashback bagi setiap Transaksi Layak akan dikreditkan ke dalam Poket Ryt Pelanggan Layak selepas transaksi tersebut berjaya diselesaikan.

      2. Walaupun kami akan berusaha untuk mengkreditkan cashback dengan segera selepas penyelesaian transaksi, pengkreditan tersebut mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) Hari Bekerja atau lebih lama dalam keadaan luar biasa seperti gangguan teknikal, kegagalan bekalan elektrik, kegagalan sistem pemprosesan data atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah kami. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan, dan tiada pampasan akan diberikan berhubung kelewatan tersebut.

      3. Sekiranya ada Transaksi Layak yang dibatalkan, dikembalikan, terbatal atau dipulangkan selepas cashback dikreditkan ke dalam Poket Ryt Pelanggan Layak, jumlah cashback yang berkaitan boleh ditolak daripada Akaun Pelanggan Layak.

        1. Bagi pemulangan separa, cashback hanya akan ditolak sekiranya jumlah akhir yang dibayar adalah kurang daripada keperluan minimum perbelanjaan.
      4. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, tuntutan atau rayuan berhubung kelayakan sesuatu transaksi untuk menerima cashback, atau jumlah cashback yang dikreditkan (atau ditolak selaras dengan Klausa 3.2(c) di atas), Pelanggan Layak hendaklah mengemukakan bukti transaksi berkaitan apabila diminta untuk semakan lanjut oleh kami.

      5. Tiada pengagihan atau pengagihan semula cashback secara retrospektif akan dibuat berhubung penolakan di bawah Klausa 3.2(c) atau pertikaian di bawah Klausa 3.2(d).

      6. Kami berhak untuk melaraskan, menolak atau menuntut semula sebarang cashback yang telah dikreditkan ke dalam Akaun Pelanggan Layak sekiranya kami mendapati terdapat sebarang kesilapan berkaitan pengkreditan tersebut.

  4. Terma dan Syarat Lain

    1. Terma Kempen ini adalah sebagai tambahan kepada dan hendaklah dibaca bersama Terma Am, Terma Khusus, dan mana-mana terma dan syarat lain yang berkaitan sebagaimana yang boleh dikenakan oleh kami dari semasa ke semasa dengan notis terlebih dahulu (masing-masing boleh didapati di laman sesawang kami di https://rytbank.my/terms-and-conditions). Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Terma Kempen ini hendaklah terpakai setakat mana percanggahan tersebut. Walau apa pun yang dinyatakan di atas, terma dan syarat yang terpakai bagi perkhidmatan atau produk Yes akan terus berkuat kuasa.

    2. Sesetengah terma yang ditulis dengan huruf besar dalam dokumen ini telah ditakrifkan dalam Terma Am atau Terma Khusus.

    3. Kami berhak untuk meminda Terma Kempen ini atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada anda, melalui penerbitan dalam mana-mana media, atau apa-apa cara lain sebagaimana yang kami anggap munasabah. Penyertaan berterusan anda selepas notis sedemikian diberikan bermaksud anda telah bersetuju dengan semua pindaan tersebut. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma Kempen ini (termasuk apa-apa perubahan atau pindaan), anda hendaklah serta-merta menghentikan penyertaan dalam Kempen ini.

    4. Rekod transaksi yang diselenggarakan oleh kami dan keputusan kami mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad dan konklusif, dan adalah terikat kepada anda untuk semua tujuan.

    5. Kami boleh, menurut budi bicara kami dan dengan memberikan notis kepada anda, membatalkan kelayakan atau menolak penyertaan anda dalam Kempen ini sekiranya kami mengesyaki atau menyedari sebarang aktiviti penipuan yang berkaitan dengan akaun anda.

    6. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma Kempen ini dan mana-mana bahan pengiklanan, promosi, publisiti atau bahan lain yang berkaitan dengan atau berhubung dengan Kempen ini, Terma Kempen ini akan diutamakan setakat mana percanggahan tersebut.

    7. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang salah faham atau penyampaian fakta yang tidak tepat oleh mana-mana pihak ketiga berkenaan Kempen ini yang diterbitkan atau disiarkan dalam apa-apa media, bahan pemasaran atau pengiklanan.

    8. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang salah faham atau penyampaian fakta yang tidak tepat oleh mana-mana pihak ketiga berkenaan Kempen ini yang diterbitkan atau disiarkan dalam apa-apa media, bahan pemasaran atau pengiklanan.

    9. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak dapat melaksanakan, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, mana-mana kewajipan kami di bawah Terma Kempen ini disebabkan oleh:

      1. apa-apa kejadian di luar kawalan munasabah kami atau apa-apa peristiwa luar jangka;

      2. kegagalan teknikal dalam apa jua bentuk, campur tangan, gangguan dan/atau kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilakukan melalui Aplikasi Ryt Bank.

    10. Tertakluk kepada Undang-undang Terpakai, kami dan Yes, pegawai-pegawai kami, pekerja, wakil dan/atau ejen kami (termasuk tanpa had, mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh kami bagi tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang Kerugian yang dialami oleh anda atau mana-mana pihak lain berhubung dengan Kempen ini walau bagaimana jua timbulnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan sama ada boleh dijangka secara munasabah atau tidak, kecuali jika berpunca daripada kecuaian melampau atau salah laku sengaja kami yang berkaitan secara khusus dengan Kempen ini.

    11. Kami dan Yes dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, waranti atau pengendorsan, sama ada nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa had kepada yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang waranti kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk sesuatu tujuan tertentu.

    12. Terma Kempen ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.