TERMA DAN SYARAT KEMPEN CASHBACK PERANTI YES RYT BANK
Tarikh Kuat Kuasa: 12 September 2026
Kempen Cashback Peranti Yes ("Kempen") dianjurkan oleh YTL Digital Bank Berhad ("Ryt Bank / kami") dengan kerjasama YTL Communications Sdn Bhd ("Yes").
Dengan menyertai Kempen ini, anda dianggap telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat Kempen ini ("Terma Kempen"). Anda boleh mendapatkan penjelasan daripada kami dengan menghubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Terma Kempen ini.
-
Tempoh Kempen
Kempen ini bermula pada 12 September 2026, 8:00 p.m. ("Tarikh Mula Kempen") dan akan berterusan sehingga tarikh yang ditentukan dan dimaklumkan oleh kami.
-
Kelayakan
-
Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan Ryt Bank yang mempunyai Akaun Ryt Bank yang sah semasa Tempoh Kempen.
(secara kolektif, "Pelanggan Layak" dan secara individu, "Pelanggan Layak").
-
Kategori individu berikut tidak layak menyertai Kempen ini:
-
pelanggan yang Akaun Ryt Bank mereka ditamatkan, ditutup, tidak aktif, dibekukan, disekat, digantung, delinkuen, atau tidak berada dalam keadaan baik semasa Tempoh Kempen;
-
pelanggan yang telah melanggar atau disyaki melanggar mana-mana Terma Kempen ini atau mana-mana terma dan syarat lain yang terpakai kepada Akaun Ryt Bank.
-
-
Kempen ini tertakluk kepada peruntukan maksimum Cashback yang ditentukan oleh Ryt Bank ("Peruntukan Maksimum"). Cashback ditadbir sepenuhnya oleh Ryt Bank dan akan diberikan berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat. Sebaik sahaja Peruntukan Maksimum digunakan sepenuhnya, tiada pelanggan lagi yang layak menerima Cashback tersebut.
-
-
Ganjaran dan Mekanisme Kempen
-
Am: Semasa Tempoh Kempen, Pelanggan Layak boleh memperoleh sehingga empat peratus (4%) Cashback ke atas Peranti (seperti ditakrifkan di bawah) yang dibeli daripada Yes Store melalui Aplikasi Ryt Bank.
Cashback terdiri daripada dua kategori. Untuk memperoleh ganjaran bagi setiap kategori, Pelanggan Layak mesti memenuhi syarat yang berkenaan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 3.2.
-
Ganjaran dan Mekanisme
Kategori Ganjaran Syarat Cashback Ryt Credit 3% daripada Harga Belian Pembelian Peranti dibuat menggunakan Kad Ryt dengan Ryt Credit sebagai sumber dana.
Pembelian yang dibuat melalui Akaun Simpanan Utama Ryt (bayaran penuh) tidak layak untuk ganjaran ini.Cashback SIM 1% daripada Harga Belian Pelanggan Layak berjaya melengkapkan pengaktifan SIM yang disediakan bersama Peranti yang dibeli, dalam tempoh Tempoh Pengaktifan SIM. -
Takrifan:
(i) "Peranti" bermaksud peranti mudah alih yang ditawarkan untuk dijual oleh Yes melalui Yes Store, yang boleh diakses melalui Aplikasi Ryt Bank.
(ii) "Harga Belian" bermaksud harga belian Peranti yang dipaparkan kepada Pelanggan Layak melalui proses pembelian yang dimulakan melalui Aplikasi Ryt Bank pada masa pembelian.
(iii) "Tempoh Pengaktifan SIM" bermaksud tempoh 30 hari dari tarikh Peranti dihantar kepada Pelanggan Layak, seperti yang direkodkan dalam rekod Yes, atau apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Yes.
Pelanggan Layak kekal layak menerima Cashback SIM sekiranya pengaktifan dilengkapkan dalam tempoh ini, walaupun ia jatuh selepas Tempoh Kempen berakhir.
Setiap Pelanggan Layak yang membeli Peranti di bawah Kempen ini akan menerima satu (1) SIM prabayar daripada Yes tanpa sebarang kos tambahan, tertakluk kepada had maksimum Yes iaitu lima (5) SIM prabayar bagi setiap pelanggan. Bagi mengelakkan keraguan, tiada SIM pascabayar akan disediakan di bawah Kempen ini. Sekiranya peruntukan SIM prabayar di bawah Kempen ini menyebabkan Pelanggan Layak melebihi had maksimum Yes iaitu lima (5) SIM prabayar bagi setiap pelanggan, Pelanggan Layak tersebut tidak akan layak menerima SIM prabayar percuma tersebut dan hanya akan menerima Peranti sahaja.
-
Jumlah Cashback keseluruhan Pelanggan Layak bagi sesuatu pembelian adalah gabungan Cashback Ryt Credit dan Cashback SIM yang diperoleh (jika berkenaan), sehingga maksimum 4% daripada Harga Belian.
-
-
Kredit Cashback
-
Cashback dikreditkan ke dalam Ryt Pocket Pelanggan Layak:
(i) sebaik sahaja penyelesaian pembelian berjaya bagi Cashback Ryt Credit; dan
(ii) sebaik sahaja pengaktifan SIM berjaya bagi Cashback SIM.
-
Walaupun kami akan berusaha untuk mengagihkan Cashback ke dalam Ryt Pocket Pelanggan Layak dengan segera, pengagihan tersebut mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) Hari Perniagaan atau lebih lama dalam keadaan luar biasa disebabkan oleh gangguan teknikal, kegagalan elektrik, kegagalan sistem pemprosesan data atau kegagalan lain di luar kawalan munasabah kami. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, dan tiada pampasan akan dibayar berhubung kelewatan tersebut.
-
Semua jumlah Cashback akan dibundarkan ke bawah kepada sen yang terdekat. Sekiranya Pelanggan Layak layak menerima kedua-dua Cashback Ryt Credit dan Cashback SIM, setiap kategori akan dikira secara berasingan dan dibundarkan ke bawah kepada sen yang terdekat sebelum digabungkan untuk menentukan jumlah Cashback keseluruhan Pelanggan Layak.
-
Sekiranya sesuatu pembelian dibatalkan, diterbalikkan, dibatalkan sah, atau dipulangkan selepas Cashback dikreditkan ke dalam Ryt Pocket Pelanggan Layak, jumlah Cashback yang berkaitan boleh ditolak daripada Akaun Pelanggan Layak.
-
Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, tuntutan, atau rayuan berkaitan sama ada sesuatu transaksi layak menerima Cashback, atau jumlah Cashback yang dikreditkan atau didebitkan, Pelanggan Layak hendaklah mengemukakan bukti transaksi berkenaan apabila diminta untuk semakan lanjut oleh kami.
-
Tiada peruntukan atau peruntukan semula Cashback secara retrospektif akan dibuat berhubung potongan yang dibuat di bawah Klausa 3.3(d) atau pertikaian di bawah Klausa 3.3(e).
-
Kami berhak untuk melaraskan, menolak, atau menuntut semula sebarang Cashback yang dikreditkan ke dalam Akaun Pelanggan Layak sekiranya kami mendapati sebarang kesilapan berhubung kredit tersebut.
-
-
-
Terma dan Syarat Lain
-
Pembelian dan penggunaan Peranti dan SIM, serta langganan dan penggunaan sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh Yes (jika berkenaan), adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang berkenaan yang disediakan oleh Yes di laman web Yes, sebagaimana yang mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Bagi mengelakkan keraguan, terma dan syarat tersebut terpakai sebagai tambahan kepada Terma Kempen ini.
-
Terma Kempen ini adalah tambahan kepada dan mesti dibaca bersama Terma Am, Terma Khusus, dan mana-mana terma dan syarat lain yang berkaitan yang mungkin kami kenakan dari semasa ke semasa dengan notis terlebih dahulu (masing-masing tersedia di laman web kami di sini). Sekiranya berlaku sebarang percanggahan, Terma Kempen ini akan diguna pakai setakat percanggahan tersebut.
-
Sesetengah istilah bermula huruf besar yang digunakan dalam dokumen ini telah ditakrifkan dalam Terma Am atau Terma Khusus.
-
Kami berhak untuk meminda Terma Kempen ini atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis terlebih dahulu kepada anda, melalui penerbitan menerusi mana-mana media, atau apa-apa cara lain yang kami anggap munasabah. Penyertaan berterusan anda selepas notis tersebut bermakna anda telah bersetuju dengan segala pindaan tersebut. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma Kempen (termasuk sebarang perubahan atau pindaan), anda hendaklah segera berhenti daripada menyertai Kempen ini.
-
Rekod transaksi yang disimpan oleh kami dan keputusan kami mengenai semua perkara berkaitan Kempen ini adalah muktamad dan konklusif, dan ia akan mengikat anda untuk semua tujuan.
-
Kami boleh, atas budi bicara kami dan dengan memberikan notis kepada anda, mendiskualifikasi atau menolak anda daripada menyertai Kempen ini sekiranya kami mengesyaki atau menyedari sebarang aktiviti penipuan berkaitan akaun anda.
-
Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara Terma Kempen ini dan mana-mana bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan atau berhubung dengan Kempen ini, Terma Kempen ini akan diguna pakai setakat percanggahan tersebut.
-
Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang salah tafsiran atau salah nyataan fakta oleh mana-mana pihak ketiga berhubung Kempen ini yang ditawarkan dan diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan.
-
Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak dapat melaksanakan secara keseluruhan atau sebahagian mana-mana kewajipan kami di bawah Terma Kempen ini disebabkan oleh:
-
sebarang kejadian luar biasa (act of God) atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah kami;
-
kegagalan teknikal dalam apa jua bentuk, campur tangan, gangguan dan/atau kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilaksanakan melalui Aplikasi Ryt Bank.
-
-
Tertakluk kepada Undang-Undang yang Terpakai, kami, pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen kami (termasuk tanpa had, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh kami bagi tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab atas sebarang Kerugian yang anda atau mana-mana pihak lain mungkin alami berhubung dengan Kempen ini walau bagaimanapun ia timbul, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan sama ada dapat dijangka secara munasabah atau tidak, melainkan disebabkan oleh kecuaian teruk atau salah laku sengaja kami yang berkaitan khusus dengan Kempen ini.
-
Kami dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, waranti atau pengesahan, sama ada dinyatakan atau tersirat, secara bertulis atau lisan, tanpa had kepada yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang waranti kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian bagi sesuatu tujuan tertentu.
-
Terma Kempen ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.
-
