Terma dan Syarat Khusus
PENGGUNAAN TERMA-TERMA INI
- Dokumen ini menetapkan terma dan syarat khusus yang mentadbir akaun-akuan, produk-produk dan perkhidmatan yang kami mungkin tawarkan kepada anda dari semasa ke semasa (Terma Khusus). Anda mesti membaca dan memahami Terma dan Khusus ini dengan teliti sebelum membuka sebarang Akaun atau memperoleh sebarang produk atau perkhidmatan daripada kami. Sila hubungi kami jika anda memerlukan sebarang penjelasan.
- Terma Khusus ini mesti dibaca dengan Terma Am (disediakan di laman web kami di https://rytbank.my/general-terms-and-conditions) dan sebarang terma dan syarat lain yang berkaitan yang dikenakan oleh kami dari semasa ke semasa dengan notis terlebih dahulu.
- Dengan memohon atau menggunakan Akaun, anda dianggap telah membaca, memahami dan menerima Terma Am dan Terma Khusus ini.
- Beberapa istilah huruf besar yang digunakan dalam dokumen ini telah ditakrif dalam Terma Am.
- Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara apa yang dinyatakan dalam Terma Khusus ini dan Terma Am, terma-terma dalam Terma Khusus ini akan berlaku setakat percanggahan tersebut.
A. TERMA DAN SYARAT KHUSUS YANG TERPAKAI UNTUK AKAUN SIMPANAN RYT BANK
Tarikh Berkuat kuasa: 11 Ogos 2025
Dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit (Perlindungan PIDM).
-
PEMBUKAAN AKAUN
- Pembukaan suatu Akaun Simpanan Ryt Bank (Akaun Simpanan) dengan kami adalah tertakluk kepada keperluan pihak Bank termasuk, tanpa batasan, umur, kapasiti, dokumen pengenalan, keperluan pengesahan akaun, deposit permulaan minimum dan baki akaun minimum yang perlu dikekalkan pada setiap masa. Bank mungkin mempunyai keperluan yang berbeza untuk keperibadian undang-undang yang berbeza.
- Maklumat mengenai syarat kelayakan, deposit permulaan minimum dan baki minimum dalam akaun tersedia (dan boleh dikemas kini dari semasa ke semasa) dalam Jadual ini, di dalam Aplikasi kami, dan/atau laman web kami di https://rytbank.my.
- Pihak Bank akan membenarkan anda membuka, mengekalkan dan mengoperasi hanya satu Akaun Simpanan atas nama Tunggal anda untuk kegunaan peribadi. Ini bermakna setiap pelanggan hanya boleh membuka satu Akaun Simpanan pada setiap masa. Sekiranya pihak Bank menyedari bahawa anda mengekalkan lebih daripada satu Akaun Simpanan, kami berhak untuk menutup dan menamatkan mana-mana Akaun Simpanan tambahan dengan memberi notis kepada anda.
- Permohonan untuk Akaun Simpanan adalah tertakluk kepada kelulusan Bank. Anda memahami dan bersetuju bahawa kami mempunyai budi bicara mutlak untuk menentukan samaada untuk memperuntukkan Akaun Simpanan kepada anda.
- Kami berhak untuk menolak sebarang permohonan (termasuk sebarang permohonan yang tidak memenuhi kriteria kami) dan tidak berkewajipan untuk memberikan sebarang sebab atau maklumat berkenaan dengan mana-mana permohonan yang gagal.
- Untuk tujuan pengesahan akaun, anda mesti memenuhi keperluan pembiayaan Akaun Simpanan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Bank selepas tarikh pembukaan akaun. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan penutupan Akaun Simpanan anda.
- Anda bersetuju bahawa anda hanya akan menggunakan Akaun Simpanan untuk tujuan simpanan peribadi. Jika Akaun Simpanan anda digunakan untuk tujuan perniagaan atau tujuan selain daripada simpanan peribadi, Bank berhak untuk menutup Akaun Simpanan anda dan menamatkan peruntukan sebarang perkhidmatan atau produk kepada anda.
-
AKAUN DAN PERKHIDMATAN
- Akaun Simpanan didemonisasikan dalam Ringgit Malaysia sahaja.
- Anda hendaklah mengendalikan dan mentadbir Akaun Simpanan berdasarkan semua undang-undang dan peraturan, termasuk kaedah, arahan mengenai transaksi matawang antarabangsa dan domestik termasuk polisi pertukaran asing (PPA) yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia.
- Sebelum membuka Akaun Simpanan dan apabila diperlukan, kami mungkin menghendaki anda untuk memberikan maklumat dan/atau dokumen yang berkenaan untuk tujuan pembukaan akaun, termasuk untuk memastikan pematuhan dengan PPA dan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
- Setelah Akaun Simpanan berjaya dibuka dan anda memenuhi keperluan pembiayaan Akaun Simpanan, anda boleh membuat pengeluaran dan pemindahan dana, yang hanya didenominasikan dalam Ringgit Malaysia, ke dan dari Akaun Simpanan. Dana yang dipindahkan ke dalam Akaun Simpanan anda akan didepositkan ke dalam Akaun Simpanan anda.
- Kami juga boleh mengenakan baki akaun maksimum yang boleh dikekalkan di dalam Akaun Simpanan. Maklumat mengenai baki akaun maksimum, jika ada, boleh didapati di laman web kami https://rytbank.my.
- Apabila had dikenakan dan baki akaun minimum telah dicapai, anda bersetuju bahawa:
- anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa had tersebut tidak tercapai; dan
- apabila had tersebut telah tercapai, anda bersetuju bahawa kami, mengikut budi bicara mutlak kami:
- tidak perlu menerima apa-apa Arahan atau membenarkan sebarang transaksi pada Akaun Simpanan yang akan menyebabkan baki melebihi baki akaun maksimum; dan/atau
- boleh mengambil tindakan lain untuk memastikan baki akaun simpanan maksimum tidak melebihi.
- Anda bersetuju bahawa pihak Bank mempunyai budi bicara untuk menolak sebarang Arahan mengenai, atau transaksi melalui, Akaun Simpanan.
-
YURAN DAN CAJ
- Pihak Bank berhak untuk mengenakan yuran dan caj untuk mana-mana perkhidmatan yang disediakan untuk anda. Sila merujuk kepada Yuran dan Had yang dinyatakan dalam https://rytbank.my/fees-and-limits untuk butiran-butiran yuran, caj dan kadar faedah yang berkenaan. Anda bersetuju bahawa semua yuran-yuran dan caj-caj boleh didebitkan dari Akaun Simpanan.
-
FAEDAH
- Sesuatu Akaun Simpanan adalah akaun yang menanggung faedah. Pihak Bank akan membayar faedah ke atas baki dalam Akaun Simpanan anda pada kadar faedah yang ditentukan oleh pihak Bank dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa (Kadar Faedah). Maklumat mengenai Kadar Faedah boleh didapati di laman web kami di https://rytbank.my dan/atau Perkhidmatan Perbankan Digital kami.
- Faedah akan dikira setiap hari berdasarkan baki dalam Akaun Simpanan anda pada akhir setiap hari, atau menggunakan kaedah lain yang ditentukan oleh pihak Bank dan dimaklumkan kepada anda dari semasa ke semasa.
- Faedah terakru akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan anda setiap hari, apabila faedah terakru yang perlu dibayar adalah sekurang-kurangnya RM0.01. Pihak Bank tidak akan mengkreditkan sebarang amaun ke dalam Akaun Simpanan anda sekiranya faedah terakru yang perlu dibayar adalah kurang daripada RM0.01.
- Kami berhak untuk tidak membayar faedah ke atas baki kredit dalam Akaun Simpanan anda jika anda melanggar mana-mana kewajipan anda di bawah Perjanjian Perbankan (termasuk Terma Khusus ini).
-
PENYATA-PENYATA AKAUN
- Penyata Elektronik berkenaan dengan Akaun Simpanan anda akan dijana setiap bulan dan akan disediakan melalui Perkhidmatan Perbankan Digital kami.
- Pihak Bank boleh memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang Penyata Elektronik jika Akaun Simpanan anda dorman atau tidak aktif.
-
PENUTUPAN AKAUN
- Anda boleh menutup Akaun Simpanan anda dengan menghantar Arahan kepada kami melalui emel kepada support@rytbank.my atau telefon kepada +603-5115 5115.
- Anda bertanggungjawab untuk apa-apa pengaturan berhubung dengan pemindahan mana-mana baki kredit dalam Akaun Simpanan sebelum penutupan boleh dilaksanakan. Kami mungkin akan berhenti membayar faedah ke atas ke atas baki kredit dalam Akaun Simpanan anda daripada hari kami menerima Arahan penutupan anda. Sekiranya kami melaksanakan hak kami di bawah Klausa 24.2 (Hak kami untuk menutup, menamatkan atau membatalkan mana-mana Produk) Terma Am untuk menutup Akaun Simpanan, anda bersetuju bahawa kami berhak untuk memindahkan sebarang baki kredit yang tidak dituntut dalam Akaun tertutup ke akaun dalaman kami.
- Sementara menunggu penutupan Akaun Simpanan, kami boleh menolak untuk menjalankan sebarang Arahan (termasuk pemindahan dana atau pengeluaran dana) atau menerima sebarang deposit selanjutnya. Dalam keadaan yang sesuai, kami mempunyai hak untuk mengehadkan jumlah deposit. Kami juga boleh menahan atau menggantung pembayaran sebarang dana.
-
TIADA DEPOSIT TUNAI
Anda tidak akan boleh mendepositkan wang tunai atau nota fizikal ke dalam Akaun Simpanan anda.
-
TIADA CEK
Tiada buku cek atau kemudahan akan dikeluarkan untuk Akaun Simpanan anda. Anda tidak akan dapat mendepositkan sebarang cek dengan pihak Bank.
Jadual
| Kriteria | Butiran |
|---|---|
| Kelayakan | a. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja b. Mesti berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun c. Dari RM1 deposit pemulaan untuk pengaktifan akaun d. Anda mempunyai akaun bank sedia ada dengan bank lain di Malaysia |
| Amaun minimum untuk membuka akaun | RM 1 |
| Baki minimum untuk mengekalkan | Tiada |
| Yuran & Caj | Setakat ini, tiada yuran atau caj yang dikenakan ke atas Akaun Simpanan, tetapi ini tertakluk kepada perubahan mengikut budi bicara pihak Bank. Kami akan memaklumkan kepada anda tentang perubahan tersebut mengikut Terma Am. |
B. TERMA DAN SYARAT KHUSUS YANG TERPAKAI UNTUK SAVE POCKETS
Tarikh Berkuat kuasa: 11 Ogos 2025
Dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit (Perlindungan PIDM).
-
PEMBUKAAN DAN PENGGUNAAN SAVE POCKETS
- Setelah Akaun Simpanan anda berjaya dibuka, anda akan mempunyai akses kepada Save Pockets, iaitu sub-akaun yang terhubung dengan Akaun Simpanan utama anda (Save Pockets) yang bertujuan untuk menggalakkan simpanan bagi pelbagai kategori. Kami boleh secara automatik membuka satu Savings Pocket semasa Akaun Simpanan anda dibuka dan/atau semasa anda mengaktifkan Akaun Simpanan anda.
- Anda boleh memilih Save Pockets yang paling relevan untuk anda daripada senarai label-label yang tersedia berdasarkan matlamat atau tujuan simpanan anda atau mencipta label anda sendiri bagi setiap Save Pocket mengikut kesesuaian anda. Kami akan menentukan jumlah maksimum Save Pockets yang boleh anda buka dan kekalkan dan kami akan memaklumkan hal ini kepada anda dari semasa ke semasa.
- Secara praktis, dana di dalam setiap Save Pocket anda dikekalkan dan dipisahkan daripada dana di dalam Akaun Simpanan utama anda dan dana di dalam Save Pocket anda yang lain. Save Pocket adalah serupa dengan Akaun Simpanan yang lain. Anda boleh memindah dana di antara, ke dalam atau daripada Save Pocket anda, termasuk pemindahan ke dalam atau daripada Akaun Simpanan utama anda. Buat sementara waktu, anda tidak boleh membuat pemindahan dana luaran secara langsung dari Save Pockets anda. Anda juga tidak boleh menerima pemindahan dana luaran secara langsung daripada sumber luaran (termasuk e-wallet). Segala terma dan syarat yang mengawal selia Akaun Simpanan juga terpakai kepada Save Pockets.
- Pihak Bank berhak untuk menetapkan had maksimum ke atas jumlah dana yang boleh disimpan di dalam setiap Save Pocket.
- Jumlah dana di dalam setiap Save Pocket yang terhubung dengan Akaun Simpanan utama anda ditambah dengan jumlah dana di dalam Akaun Simpanan utama anda merupakan jumlah baki anda yang diboleh diinsurans bagi tujuan perlindungan PIDM.
- Sebelum penutupan Akaun Simpanan anda, baki kredit di dalam semua Save Pockets anda akan dipindahkan ke dalam Akaun Simpanan utama anda secara automatik. Selepas itu, semua Save Pockets akan ditutup secara automatik sebelum penutupan Akaun Simpanan anda.
-
FAEDAH YANG DIBAYAR KE ATAS SAVE POCKETS
- Save Pocket adalah satu sub-akaun yang menanggung faedah. Pihak Bank akan membayar faedah ke atas baki dalam Save Pocket anda pada kadar faedah yang ditentukan oleh pihak Bank dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa (Kadar Faedah). Maklumat mengenai Kadar Faedah boleh didapati di laman web kami di https://rytbank.my dan/atau Perkhidmatan Perbankan Digital kami.
- Faedah akan dikira setiap hari berdasarkan baki dalam Save Pocket anda pada akhir setiap hari, atau menggunakan kaedah lain yang ditentukan oleh pihak Bank dan dimaklumkan kepada anda dari semasa ke semasa.
- Faedah terakru akan dikreditkan ke dalam Save Pocket anda setiap hari, apabila faedah terakru yang perlu dibayar adalah sekurang-kurangnya RM0.01. Pihak Bank tidak akan mengkreditkan sebarang amaun ke dalam Save Pocket anda sekiranya faedah terakru yang perlu dibayar adalah kurang daripada RM0.01.
- Kami berhak untuk tidak membayar faedah kepada anda jika anda melanggar mana-mana kewajipan anda di bawah Perjanjian Perbankan (termasuk Terma Khusus ini).
C. TERMA DAN SYARAT KHUSUS YANG MERANGKUMI KAD DEBIT RYT BANK
Tarikh Berkuat kuasa: 15 Januari 2026
-
PERMOHONAN KAD DEBIT
-
Terma Kad Debit: 1.1 Terma Kad Debit: Bahagian ini menetapkan terma dan syarat khusus yang merangkumi permohonan anda dan penggunaan Kad Debit (Terma Kad Debit ini). Anda mesti membaca dan memahami Terma Kad Debit ini serta lembaran pendedahan produk Kad Debit sebelum memohon Kad Debit.
Sila hubungi kami jika anda perlukan sebarang penjelasan tentang ciri, atau terma yang merangkumi Kad Debit.
-
Penerimaan dan Pengakuan: Memohon atau menggunakan Kad Debit akan mengesahkan yang anda telah membaca, memahami, mempersetujui dan menerima Terma Kad Debit ini.
-
Kelayakan: Permohonan untuk Kad Debit tertakluk pada pemenuhan syarat kelayakan berikut:
-
anda telah membuka dan mengaktifkan satu Akaun sebagai Akaun Ditetapkan, dan Akaun itu berstatus baik, tidak ditamatkan, ditutup, dorman atau delinkuen;
-
anda tidak pernah diisytiharkan muflis; dan
-
anda tidak melanggar atau disyaki telah melanggar mana-mana Terma Am atau Terma Khusus
Kami berhak menolak pengeluaran Kad Debit walaupun anda telah memenuhi syarat-syarat di atas.
-
-
-
DEFINISI
Melainkan dinyatakan sebaliknya, definisi berikut akan digunakan:
ATM mesin juruwang automatik yang dikendalikan atau tidak dikendalikan oleh Bank. Peniaga Sah peniaga dan pembekal barang dan/atau perkhidmatan yang menerima pembayaran Kad Debit. Kad Tidak Hadir transaksi Kad Debit yang dibuat tanpa mengemukakan Kad Debit secara fizikal (iaitu, transaksi pesanan telefon, pesanan mel dan transaksi dalam talian). Kad Hadir transaksi Kad Debit yang bukan transaksi Kad Tidak Hadir (cth. transaksi di POS dan pengeluaran tunai di ATM). Peranti Serasi telefon bimbit, jam tangan pintar, tablet atau mana-mana peranti elektronik lain yang mampu menyokong Dompet Digital dan menyimpan Kad Debit virtual anda, seperti yang kami tetapkan dari semasa ke semasa. Tanpa sentuh ciri untuk Kad Debit membuat transaksi dengan mengetik atau melambai Kad Debit pada pembaca tanpa sentuh atau terminal di terminal POS. Kad Debit kad debit virtual atau fizikal Visa dan/atau MyDebit RYT BANK yang dikeluarkan oleh Bank kepada anda untuk tujuan mengeluarkan tunai atau membayar daripada Akaun Ditetapkan atau untuk sebarang tujuan lain yang dinyatakan di sini. Akaun Ditetapkan Akaun yang ditetapkan oleh Pemegang Kad dan diluluskan oleh Bank, yang berpaut kepada Kad Debit untuk membuat transaksi. Dompet Digital perisian, peranti elektronik atau perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Penyedia Dompet Digital untuk anda menyimpan Kad Debit virtual anda pada Peranti Serasi bagi melakukan transaksi, dan seperti yang kami tetapkan dari semasa ke semasa. Penyedia Dompet Digital penyedia perkhidmatan yang digunakan untuk menguruskan Dompet Digital anda. Pertukaran Mata Wang Dinamik atau DCC perkhidmatan pilihan oleh Peniaga Sah luar negara tertentu atau tersedia bagi Transaksi Luar Negara tertentu, yang memberi anda pilihan untuk membayar atau mengeluarkan wang tunai dalam ringgit serta-merta. MyDebit pembelian yang dibuat di terminal POS kaunter pembayaran Peniaga Sah yang menerima Kad Debit, dan pembayaran dibuat menggunakan Kad Debit serta PIN anda. Transaksi Luar Negara penggunaan Kad Debit untuk membayar Peniaga Sah asing dalam mata wang asing, atau dalam ringgit, jika DCC dipilih. PIN nombor pengenalan peribadi anda yang dipilih oleh anda. POS tempat jualan. -
PENGELUARAN, PEMBAHARUAN DAN PENGGANTIAN KAD DEBIT
-
Pengeluaran Kad Debit: Jika kami meluluskan permohonan anda:
-
Kad Debit akan disediakan untuk anda dalam format elektronik (termasuk disediakan dalam Aplikasi kami).
-
selain (a), dan atas permintaan anda, kami boleh menghantar Kad Debit fizikal ke alamat surat-menyurat anda dalam rekod kami, dengan pembayaran yuran yang dinyatakan dalam Yuran dan Had kami di https://rytbank.my/fees-and-limits.
-
-
Pengaktifan: Anda mesti mematuhi prosedur pengaktifan Kad Debit, keselamatan dan perkara lain yang mungkin ditetapkan sebelum anda boleh menggunakan Kad Debit.
-
Harta Bank: Kad Debit kekal sebagai hak milik kami pada setiap masa. Kami berhak membatalkan dan mengambil balik Kad Debit, atau mengenakan had atau syarat tertentu bagi bilangan Kad Debit yang disediakan untuk anda.
-
Tidak boleh dipindah milik: Kad Debit anda tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.
-
Penyata Elektronik: Fasal 5 (Penyata dan Rekod Elektronik) Terma Am ada dimasukkan dalam Terma Kad Debit ini. Untuk tujuan Terma Kad Debit ini, anda boleh, atas permintaan anda, memilih pilihan untuk salinan cetak Penyata Elektronik.
-
Langkah keselamatan dan petua: Kami memberikan panduan bagi memastikan keselamatan akses kepada Kad Debit dan/atau PIN anda, tetapi panduan ini tidak merangkumi semua langkah keselamatan sesuai yang perlu diambil.
-
Penggantian dan caj: Anda boleh meminta Kad Debit untuk menggantikan kad sedia ada:
-
yang telah tamat tempoh;
-
yang telah hilang atau dicuri;
-
yang telah menjadi cacat atau rosak; atau
-
yang telah digunakan untuk menipu,
dengan membayar caj yang dinyatakan dalam Yuran dan Had kami di https://rytbank.my/fees-and-limits. Kos penggantian ditanggung oleh anda, dan Bank dibenarkan untuk mendebit Akaun Ditetapkan anda bagi kos penggantian tersebut.
-
-
-
PENGGUNAAN KAD DEBIT
-
Ciri: Kad Debit ialah instrumen pembayaran dan kad ATM yang boleh digunakan untuk:
-
membuat transaksi Kad Hadir, termasuk transaksi di ATM, membuat pembayaran di terminal POS Peniaga Sah dan transaksi pra-kebenaran;
-
membuat transaksi Kad Tidak Hadir;
-
menetapkan pembayaran berulang;
-
membuat Transaksi Luar Negara; atau
-
membuat sebarang transaksi lain yang mungkin diumumkan dari semasa ke semasa.
-
-
Penggunaan: Anda bersetuju dan mengakui bahawa:
-
anda hanya boleh menggunakan Kad Debit anda selagi ia masih sah (sila rujuk tarikh luput pada Kad Debit anda atau yang ditunjuk dalam Aplikasi);
-
anda tidak boleh menggunakan Kad Debit untuk atau berkaitan dengan sebarang aktiviti haram;
-
kami boleh menolak meluluskan transaksi anda yang dibuat menggunakan Kad Debit menurut Terma Am; dan
-
penggunaan Kad Debit adalah atas risiko anda sendiri dan anda menanggung semua risiko daripada penggunaan Kad Debit.
-
-
Pembiayaan:
-
Anda mesti memastikan yang Akaun Ditetapkan anda sentiasa mempunyai dana yang mencukupi bagi sebarang transaksi dengan Kad Debit anda.
-
Apabila anda membuat transaksi Kad Debit, kami akan mendebit jumlah yang sepadan daripada Akaun Ditetapkan anda.
-
Kami mungkin memperuntukkan atau menahan jumlah transaksi (Baki Diperuntukkan) dalam Akaun Ditetapkan, sama ada pada hari ia dikemukakan untuk pembayaran atau pada hari notis transaksi diterima.
-
Baki tersedia anda dalam Akaun Ditetapkan akan dikurangkan dengan jumlah Baki Diperuntukkan. Anda tidak boleh menghentikan pembayaran pada transaksi tersebut atau menggunakan sebarang jumlah yang ditetapkan sebagai Baki Diperuntukkan.
-
Jumlah Baki Diperuntukkan dan tempoh ia boleh ditahan akan ditentukan mengikut budi bicara kami.
-
Jika Akaun Ditetapkan anda tidak mempunyai dana yang mencukupi, transaksi akan ditolak dan kami tidak bertanggungjawab atas penolakan tersebut.
-
Had harian lalai yang berasingan akan dikenakan bagi:
-
pengeluaran tunai; dan
-
pembayaran barang dan perkhidmatan,
yang mungkin dipinda oleh Bank dari semasa ke semasa dan boleh disemak oleh anda melalui Platform, tertakluk pada had terpakai Bank. Sila lihat butiran Yuran dan Had kami yang tersedia di https://rytbank.my/fees-and-limits.
-
-
-
Transaksi Kad Hadir: Kad Debit fizikal anda boleh digunakan untuk transaksi Kad Hadir, transaksi Tanpa Sentuh, pengeluaran ATM dan lain-lain transaksi sedemikian yang mungkin kami maklumkan dari semasa ke semasa. Anda bersetuju bahawa memasukkan PIN anda atau menandatangani draf jualan sudah cukup untuk membuktikan yang anda mempersetujui transaksi dan mengesahkan ketepatan jumlah yang dicaj. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan jika anda memasukkan PIN yang salah semasa menggunakan Kad Debit fizikal di Peniaga Sah atau ATM.
-
Transaksi di ATM: Anda boleh menggunakan Kad Debit untuk mengeluarkan tunai di ATM di dalam dan luar negara (lihat “Transaksi Luar Negara” di bawah) dan anda mempersetujui perkara berikut:
-
untuk menyemak semua transaksi debit atau kredit. Jika ada sebarang ralat atau kepincangan fungsi, anda mesti segera hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami.
-
memasukkan PIN anda di ATM sudah cukup untuk membuktikan yang anda telah membuat transaksi itu.
-
anda bertanggungjawab atas semua yuran dan caj bagi pengeluaran atau transaksi sedemikian di ATM, yang mungkin berbeza-beza bergantung pada sama ada ia pengeluaran tunai di dalam atau luar negara.
-
Kad Debit boleh ditahan atau disekat apabila perkara berikut dikesan:
- melebihi percubaan PIN maksimum;
- nilai pengesahan kad tidak sah;
- Kad Debit tidak dapat dikeluarkan;
- status Kad Debit "dinyahaktifkan";
- jika Akaun Ditetapkan anda tidak aktif (seperti "Dorman" atau "Mati"); dan
- jika Kad Debit ditandakan sebagai "Hilang" atau "Dicuri".
-
-
Pembayaran di terminal POS Peniaga Sah: Anda boleh menggunakan Kad Debit untuk pembelian di terminal POS Peniaga Sah:
anda bersetuju bahawa:
-
transaksi dibenarkan jika ia berada dalam had yang ditentukan oleh Bank, dari semasa ke semasa. Anda boleh menambah atau mengurangkan had jumlah tertentu kepada had tetapan Bank yang dinyatakan di laman web kami di https://rytbank.my/fees-and-limits dengan memberi arahan melalui Platform.
-
anda akan menanggung semua yuran dan caj yang dinyatakan dalam Yuran dan Had kami di https://rytbank.my/fees-and-limits bagi transaksi itu, yang akan ditolak daripada Akaun Ditetapkan anda.
anda mengakui bahawa:
-
Kad Debit akan menggabungkan ciri yang membolehkan Kad Debit digunakan untuk transaksi Tanpa Sentuh. Ini bermakna anda tidak perlu meleret jalur magnet Kad Debit anda, menandatangani sebarang draf jualan atau memasukkan PIN untuk membenarkan transaksi.
-
penggunaan Kad Debit untuk transaksi Tanpa Sentuh tanpa PIN bagi setiap transaksi runcit yang dibuat di Malaysia dihadkan kepada maksimum RM250 atau sebarang jumlah lain yang Bank mungkin tentukan pada bila-bila masa. PIN anda mesti digunakan bagi sebarang pembayaran melebihi RM250. Had maksimum untuk transaksi runcit yang dibuat di mana-mana bidang kuasa lain adalah tertakluk pada had yang ditetapkan di negara masing-masing.
-
anda boleh mendayakan atau melumpuhkan penggunaan Kad Debit untuk transaksi Tanpa Sentuh melalui Platform.
-
semua transaksi Tanpa Sentuh akan dianggap di benarkan oleh anda melainkan anda boleh menunjukkan bukti sebaliknya.
-
-
Transaksi prakebenaran: Peniaga Sah tertentu mungkin memerlukan prakebenaran bagi transaksi Kad Debit. Prakebenaran bukanlah caj, tetapi baki Akaun Ditetapkan akan dikurangkan buat sementara waktu dengan jumlah prakebenaran itu. Jumlah tertentu dalam baki Akaun Ditetapkan akan ditahan untuk transaksi prakebenaran berikut sehingga transaksi tersebut selesai:
-
untuk transaksi petrol di dispenser bahan api automatik (AFD), RM200 akan ditahan dalam Akaun Ditetapkan anda dan jumlah Prakebenaran akan ditolak secara automatik tiga (3) Hari Perniagaan selepas tarikh transaksi.
-
untuk sebarang transaksi bukan AFD, jumlah prakebenaran ialah jumlah transaksi yang akan ditahan dalam Akaun Ditetapkan anda dan jumlah prakebenaran akan ditolak secara automatik tiga puluh (30) hari selepas tarikh transaksi itu.
-
-
-
Transaksi Kad Tidak Hadir:
-
Anda tidak dibenarkan membuat sebarang Transaksi Kad Tidak Hadir melainkan anda telah meminta kami membuat pemilihan ini dan mengaktifkan ciri ini melalui Platform. Jika anda telah membuat pemilihan ini dan Kad Debit sudah diaktifkan, Kad Debit itu boleh digunakan bagi transaksi Kad Tidak Hadir. Setelah anda mengaktifkan ciri ini, anda boleh sahaja melumpuhkannya kemudian dengan menyahaktifkan ciri ini melalui Platform.
-
Anda memahami bahawa ada risiko yang terlibat apabila melakukan transaksi Kad Tidak Hadir.
-
Anda bersetuju bahawa memasukkan maklumat Kad Debit dan Nilai/Kod Pengesahan Kad (CVV/CVC) anda atau sebarang bentuk pengesahan tambahan lain di tapak Internet atau aplikasi mudah alih sudah cukup untuk membuktikan yang anda membenarkan transaksi itu.
-
Kami tidak bertanggungjawab untuk mengesahkan identiti atau kuasa orang yang memasukkan maklumat Kad Debit dan CVV/CVC.
-
-
Pembayaran Berulang:
-
Jika anda membenarkan Peniaga Sah melaksanakan pembayaran berulang melalui Kad Debit, Bank berhak mengikut arahan itu tanpa merujuk lanjut kepada anda.
-
Pembayaran hanya akan dibuat jika Akaun Ditetapkan anda mempunyai dana yang mencukupi.
-
Kami tidak menjamin yang pembayaran akan dibuat tepat pada masanya.
-
Bank boleh menggunakan budi bicaranya untuk menolak sebarang pembayaran dengan memberikan anda notis bertulis.
-
Anda bertanggungjawab untuk memberitahu Peniaga Sah yang berkenaan jika ada sebarang perubahan pada butiran Kad Debit anda.
-
Anda mengakui yang pembayaran tidak akan dibuat jika penggunaan Kad Debit anda ditamatkan atau digantung atas apa jua sebab atau apabila Kad Debit yang telah tamat tempoh tidak diperbaharui.
-
Anda sentiasa berkewajipan dan bertanggungjawab untuk membayar Peniaga Sah. Jika Bank tidak membuat pembayaran, anda perlu menyelesaikan dan membayar terus kepada Peniaga Sah.
-
-
Transaksi Luar Negara:
-
Anda tidak boleh membuat sebarang Transaksi Luar Negara melainkan anda telah membuat pemilihan ini dan mengaktifkan ciri ini melalui Platform. Jika pemilihan ini telah dibuat, anda boleh menggunakan Kad Debit bagi Transaksi Luar Negara (tetapi hanya di negara yang kami terima).
-
Kad Debit hanya boleh digunakan bagi Transaksi Luar Negara yang mematuhi dasar pertukaran asing tadbiran Bank Negara Malaysia yang merangkumi anda dan transaksi tersebut. Semua Transaksi Luar Negara dirangkumi oleh undang-undang yang sedia ada di negara transaksi itu dibuat.
-
Anda mungkin diberi pilihan menggunakan perkhidmatan DCC bagi Transaksi Luar Negara tertentu. Jumlah transaksi akan didebitkan daripada Akaun Ditetapkan selepas ditukar kepada ringgit pada kadar pertukaran dan pada masa yang ditentukan oleh Peniaga Sah serta ATM luar negara berkenaan di mana anda telah memilih untuk menggunakan perkhidmatan DCC itu. Kadar pertukaran bagi DCC mungkin lebih tinggi daripada kadar pertukaran yang Visa tentukan.
-
Jika anda menggunakan Kad Debit untuk membuat transaksi dalam mata wang selain ringgit, jumlah transaksi akan didebitkan daripada Akaun Ditetapkan selepas ditukar kepada ringgit pada kadar pertukaran dan pada masa yang Visa tentukan.
-
Anda juga akan dikenakan caj Transaksi Luar Negara oleh Bank, seperti yang dinyatakan dalam Yuran dan Had kami di https://rytbank.my/fees-and-limits.
-
-
Bank tidak terlibat dalam pertikaian Kad Debit:
-
Kami tidak bertanggungjawab dan tidak berkewajipan atas sebarang perbuatan atau pengecualian mana-mana Peniaga Sah termasuk keengganan menerima Kad Debit atau sebarang kecacatan atau kekurangan dalam barang atau perkhidmatan yang dibekalkan kepada anda.
-
Anda mesti selesaikan terus semua aduan, tuntutan dan pertikaian dengan mana-mana Peniaga Sah, dan anda bersetuju untuk tidak melibatkan kami dalam sebarang tuntutan, pertikaian atau prosiding undang-undang.
-
Kami berhak mendebit Akaun Ditetapkan anda untuk jumlah transaksi walaupun anda mempunyai pertikaian dengan Peniaga Sah.
-
Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pembayaran yang dibuat kepada Peniaga Sah walaupun anda mungkin mempunyai apa-apa tuntutan dan/atau pertikaian dengan Peniaga Sah itu.
-
-
-
TANGGUNGJAWAB ANDA
-
Anda mesti memastikan keselamatan Kad Debit anda: Anda perlu mematuhi semua langkah keselamatan Bank yang berkaitan dengan Kad Debit.
-
Tanggungjawab keselamatan: Selain Fasal 7.3 (Tanggungjawab Keselamatan) TTerma Am, anda mesti mengambil langkah yang munasabah untuk sentiasa memastikan keselamatan Kad Debit dan PIN termasuk, tanpa had:
-
mematuhi Terma Kad Debit ini dalam penggunaan Kad Debit anda.
-
tidak menggunakan Kad Debit apabila anda mengesyaki atau menyedari bahawa Kad Debit atau PIN telah hilang (walaupun ia ditemui kemudiannya), dicuri (walaupun ia dipulihkan kemudiannya), dicerobohi atau dikompromi atau PIN diketahui orang lain.
-
tidak membenarkan mana-mana orang lain menggunakan Kad Debit.
-
tidak mendedahkan butiran Kad Debit atau PIN kepada mana-mana orang lain.
-
tidak menulis PIN pada Kad Debit, atau pada apa-apa benda yang disimpan bersama dengan Kad Debit.
-
memastikan ketepatan jumlah transaksi sebelum menandatangani sebarang baucar atau rekod transaksi dan sebelum memasukkan PIN bagi sebarang transaksi yang memerlukan PIN anda. Menandatangani atau memasukkan PIN anda bermakna anda mempersetujui transaksi dan mengesahkan ketepatan jumlahnya.
-
membuang sebarang resit atau dokumen Bank yang berkaitan dengan PIN anda secara selamat.
-
memastikan anda mendapat kembali Kad Debit selepas menyelesaikan transaksi sama ada di Peniaga Sah atau ATM.
-
-
Kewajipan untuk memaklumkan: Selain Fasal 7.4 (Segera melaporkan) Terma Am, anda mesti segera memaklumkan Bank dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami (nombor hubungan ada di belakang Kad Debit fizikal) atau dengan memberitahu kami melalui Platform apabila anda:
-
mengesyaki atau menyedari sebarang transaksi yang mencurigakan atau tanpa kebenaran, atau penggunaan Kad Debit yang tidak dibenarkan.
-
mengesyaki atau menyedari sebarang aktiviti Kad Debit yang menipu atau menyalahi undang-undang.
-
mengesyaki atau menyedari yang Kad Debit dan/atau PIN Maklumat Keselamatan anda telah hilang, dicuri, dicerobohi atau dikompromi atau PIN diketahui orang lain.
-
menerima amaran perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) tentang transaksi tanpa kebenaran.
-
menemui sebarang kesilapan, keganjilan, transaksi tanpa kebenaran atau transaksi penipuan dalam Penyata Elektronik Akaun Ditetapkan anda yang berpaut kepada Kad Debit.
-
menukar butiran peribadi anda dan sebarang butiran lain yang telah diberitahu kepada kami sebelum ini, termasuk alamat kediaman dan/atau surat-menyurat anda, alamat e-mel anda dan nombor hubungan anda.
-
-
Membuat laporan polis: Bagi sebarang transaksi tanpa kebenaran atau palsu, kami mungkin meminta anda menyediakan laporan polis untuk Bank dalam masa yang munasabah dari tarikh kehilangan dan/atau kecurian Kad Debit dan/atau pendedahan PIN kepada pihak ketiga. Anda juga perlu memberikan maklumat yang berkaitan dan bantuan munasabah yang diperlukan untuk Bank menyiasat kejadian itu.
-
Tiada liabiliti pada pihak Bank: Selain Fasal 9 (Liabiliti bagi Transaksi) Terma Am, Bank juga tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang dialami akibat sebarang transaksi tanpa kebenaran, yang berlaku kerana anda tidak mematuhi langkah keselamatan Bank atau kelewatan tidak munasabah dalam memberitahu Bank tentang kehilangan atau kecurian itu, atau kecuaian mendedahkan butiran Kad Debit atau PIN.
-
-
LIABILITI ANDA BAGI TRANSAKSI
-
Anda bertanggungjawab untuk semua transaksi: Melainkan dinyatakan sebaliknya di sini, anda bertanggungjawab kepada kami untuk semua transaksi (termasuk yuran dan caj berkaitan) yang dibuat menggunakan Kad Debit. Sebarang transaksi yang dibuat menggunakan CVV/CVC anda, menandatangani transaksi, atau sebarang pengesahan tambahan lain akan dianggap sebagai bukti yang anda telah membenarkan transaksi tersebut. Jika Kad Debit telah disalahgunakan, hilang atau dicuri atau PIN telah dicerobohi dan Kad Debit digunakan untuk membuat transaksi tanpa kebenaran, anda bertanggungjawab atas semua transaksi tanpa kebenaran itu sehingga tarikh dan masa Bank menerima notifikasi anda di bawah Fasal 5.3 (Kewajipan untuk memaklumkan) di atas.
-
Liabiliti anda untuk transaksi tanpa kebenaran: Anda bertanggungjawab atas sebarang transaksi tanpa kebenaran, termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi Kad Hadir yang memerlukan pengesahan PIN atau tandatangan atau penggunaan fungsi Tanpa Sentuh, jika anda telah:
-
bertindak secara menipu;
-
menangguh memberitahu kami secepat yang munasabah selepas mendapati kehilangan atau penggunaan Kad Debit tanpa kebenaran;
-
meninggalkan Kad Debit atau item yang mengandungi Kad Debit tanpa diawasi, di tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh orang lain, termasuk tempat kediaman anda;
-
secara sukarela membenarkan orang lain menggunakan Kad Debit anda; atau
-
mencatat PIN anda pada Kad Debit, atau pada apa-apa benda yang disimpan bersama dengan Kad Debit anda.
-
-
Caj balik: jika terdapat pertikaian, anda mungkin berhak mendapat caj balik dalam keadaan tertentu, jika anda tidak didapati bertanggungjawab menurut Fasal 6.2 (Liabiliti anda bagi transaksi tanpa kebenaran).
-
Dalam keadaan tertentu, peraturan skim kad mungkin membenarkan anda mengecaj balik transaksi kepada Peniaga Sah yang dengannya transaksi itu dibuat, jika syarat yang diperlukan telah dipenuhi, termasuk:
- mengemukakan pertikaian secara bertulis dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh transaksi Kad Debit itu dicatat dalam Penyata Elektronik; dan
- menyediakan semua dokumen sokongan yang kami minta, dalam tempoh masa yang dibenarkan.
-
Anda bersetuju untuk memberikan sebarang maklumat yang kami minta secara munasabah bagi memudahkan penyiasatan transaksi Kad Debit, dan membuat laporan polis yang kami minta secara munasabah bagi memudahkan penyiasatan tuntutan itu.
-
Tertakluk pada siasatan kami, caj balik akan dikemukakan kepada Peniaga Sah untuk Peniaga Sah itu menyiasatnya sendiri.
-
Kami mungkin mengkreditkan Akaun Ditetapkan anda dengan jumlah Transaksi Kad Debit yang dipertikaikan selepas siasatan kami selesai.
-
Kami akan menolak pertikaian yang didapati palsu atau, jika pertikaian itu disebabkan kecuaian anda sendiri. Jika pembayaran bagi pertikaian tersebut telah dibuat kepada anda, bayaran itu mesti dibayar balik kepada Bank dan anda akan menanggung semua perbelanjaan yang ditanggung dalam penyiasatan dan pemulihan bayaran itu. Anda dengan ini membenarkan kami mendebit Akaun Ditetapkan anda untuk pembayaran dan perbelanjaan sedemikian yang mesti dipulangkan kepada Bank.
-
Bank berhak mengambil tindakan undang-undang dan/atau sebarang prosiding lain yang dianggap perlu terhadap anda jika anda menghalang dan/atau menahan maklumat, membuat atau cuba membuat tuntutan palsu dalam sebarang transaksi, menerbitkan dakwaan palsu, yang berkaitan dengan atau timbul daripada transaksi Kad Debit yang dipertikaikan.
-
-
Rekod Transaksi Bank terikat: Anda bersetuju bahawa rekod kami tentang sebarang transaksi yang dibuat menggunakan Kad Debit adalah bukti muktamad dan terikat bahawa Transaksi tersebut telah dibuat oleh anda.
-
Kredit sementara: Jika Undang-undang Berkenaan memerlukan kami menyediakan kredit sementara bagi Akaun Ditetapkan yang berpaut kepada Kad Debit sementara menunggu keputusan mana-mana siasatan atau penyelesaian transaksi yang dipertikaikan, kredit sementara akan disediakan dengan syarat anda memulangkan kesemua kredit sementara itu jika anda didapati bertanggungjawab sepenuhnya atas transaksi yang dipertikaikan (atau membayar balik sebahagian kredit sementara itu jika anda didapati separa bertanggungjawab atas transaksi yang dipertikaikan). Kami berhak mendebit mana-mana Akaun Ditetapkan anda yang dikekalkan dengan Bank untuk membuat pembayaran balik itu. Jika Akaun Ditetapkan anda tidak mempunyai dana yang mencukupi, kami akan memulakan proses pemulihan hutang bagi kekurangan tersebut, selepas memberi tempoh yang munasabah untuk anda selesaikan kekurangan itu.
-
Hak kami: Kami berhak memulakan dan mengambil tindakan undang-undang yang dianggap perlu terhadap anda jika kami mendapati atau menyedari sebarang tuntutan palsu, penipuan atau haram yang berkaitan dengan atau timbul daripada transaksi Kad Debit yang dipertikaikan.
-
-
YURAN DAN CAJ
Bank berhak mengenakan yuran dan caj bagi mana-mana perkhidmatan yang disediakan untuk anda. Sila lihat Yuran dan Had yang dinyatakan di https://rytbank.my/fees-and-limits untuk butiran tentang yuran, caj dan kadar faedah lalai yang berkenaan. Anda bersetuju bahawa semua yuran dan caj yang berkenaan boleh didebitkan daripada Akaun Ditetapkan.
-
ANDA BOLEH MEMBEKUKAN KAD DEBIT ANDA
-
Anda boleh:
-
membekukan penggunaan Kad Debit anda buat sementara waktu;
-
menghentikan pembekuan sementara dan mengaktifkan semula Kad Debit anda; atau
-
menamatkan Kad Debit anda,
pada bila-bila masa mengikut prosedur yang kami tetapkan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang mungkin dialami akibat sebarang tindakan anda dalam (a), (b) atau (c).
-
-
-
PENAMATAN ATAU PEMBATALAN KAD DEBIT
-
Penamatan, pembatalan dan penggantungan: Kami berhak menamatkan atau membatalkan hak penggunaan Kad Debit anda pada bila-bila masa mengikut Fasal 24 (Penamatan / Penutupan Akaun) Terma Am, atau menggantung akaun anda pada bila-bila masa mengikut Terma Am. Penamatan atau pembatalan Kad Debit bukanlah dan tidak menggambarkan apa-apa sifat atau kelayakan kredit anda dan kami tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara pun atas sebarang kenyataan yang dibuat atau dianggap telah dibuat melalui penamatan atau pembatalan itu.
-
Bank boleh membatalkan Kad Debit yang tidak digunakan: Kami berhak membatalkan sebarang Kad Debit yang tidak digunakan untuk membuat pengeluaran atau pembelian dalam tempoh yang kami tetapkan. Caj pengeluaran untuk Kad Debit baharu akan dikenakan jika anda kemudiannya meminta Kad Debit, dan caj itu akan didebitkan ke Akaun Ditetapkan.
-
Kesan pembatalan atau penamatan Kad Debit: Selepas penutupan Akaun Ditetapkan anda atau pembatalan atau penamatan Kad Debit anda:
-
anda mesti segera berhenti menggunakan Kad Debit melalui apa-apa cara, memotong mana-mana Kad Debit fizikal supaya jalur magnetik dan hologram tidak lagi utuh dan membuang Kad Debit fizikal anda dengan selamat.
-
semua hak dan liabiliti terakru di bawah Terma Kad Debit ini akan terus berkuat kuasa dan berjalan sepenuhnya dan akan kekal dalam sebarang pembatalan, sekatan atau penggantungan Kad Debit sehingga ia telah dilepaskan dan diselesaikan sepenuhnya.
-
anda bersetuju untuk mengetepikan hak anda untuk dibayar balik sebarang caj yuran bagi tempoh Kad Debit yang belum luput.
-
-
-
PENGECUALIAN LIABILITI
- Anda bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan kami dalam apa jua cara pun akibat sebarang kehilangan, kerosakan atau kecederaan, atau jika Kad Debit tidak diterima kerana sebarang kecacatan mekanikal atau kerosakan mana-mana ATM, terminal POS, rangkaian Internet atau terminal atau saluran lain yang tersedia untuk anda, atau kerana kehilangan atau gangguan bekalan kuasa.
-
DOMPET DIGITAL
- Menyimpan Kad Debit dalam Dompet Digital:
- anda boleh menyimpan Kad Debit digital anda dalam Dompet Digital pada Peranti Serasi anda jika Kad Debit atau Akaun anda berada dalam kedudukan baik mengikut terma dan syarat kami. Meskipun begitu, anda mengakui bahawa Penyedia Dompet Digital berhak menolak, menggantung, memadam atau mengaktifkan semula sebarang penyimpanan Kad Debit anda;
- sebarang maklumat Kad Debit atau akaun yang dimasukkan ke dalam Dompet Digital disediakan oleh anda dan anda bertanggungjawab sepenuhnya atas kelengkapan dan ketepatan maklumat tersebut;
- jika anda mempunyai lebih daripada satu Kad Debit, anda memahami bahawa menyimpan satu Kad Debit tidak akan menyimpan Kad Debit yang lain secara automatik dalam Peranti Serasi. Bagi setiap Kad Debit yang disimpan, anda bersetuju untuk mematuhi Fasal 11 (Dompet Digital) ini; dan
- anda mengakui bahawa Penyedia Dompet Digital boleh mengehadkan bilangan maksimum Kad Debit yang boleh disimpan dalam Peranti Serasi.
- Penggunaan Dompet Digital:
- anda mesti memastikan keselamatan akses kepada Dompet Digital dan Peranti Serasi anda;
- anda boleh melakukan transaksi Tanpa Sentuh di mana Dompet Digital diterima sebagai kaedah pembayaran;
- kami boleh menolak untuk meluluskan transaksi anda yang dibuat menggunakan Kad Debit yang disimpan dalam Peranti Serasi mengikut Terma Am;
- menyimpan Kad Debit dalam Peranti Serasi adalah atas risiko anda sendiri dan anda menanggung semua risiko yang timbul daripada penggunaan Kad Debit tersebut;
- Dompet Digital boleh memaparkan sejarah transaksi pembayaran anda melalui Dompet Digital. Anda mengakui bahawa senarai transaksi itu mungkin tidak mencerminkan transaksi yang telah dibuat menggunakan Kad Debit; dan
- kami boleh menggunakan budi bicara kami untuk menyekat atau menyahaktifkan keseluruhan atau sebahagian akses kepada Dompet Digital, pada bila-bila masa.
- Pengakuan Risiko dan Tanggungjawab: Penggunaan mana-mana Dompet Digital dikawal oleh terma, syarat dan dasar privasi Penyedia Dompet Digital yang berkaitan, yang mesti dipersetujui bersama dengan Terma Kad Debit ini. Anda mengakui bahawa:
- terma, syarat dan dasar privasi ini adalah tambahan kepada Terma Kad Debit ini, dan ia tidak akan mengubah atau mengatasi Terma Kad Debit ini;
- jika, pada bila-bila masa, anda tidak bersetuju dengan terma, syarat dan dasar privasi Penyedia Dompet Digital, anda tidak boleh menyimpan Kad Debit anda dalam Dompet Digital pada Peranti Serasi, atau jika kad telah disimpan, anda mesti mengalih keluar Kad Debit itu daripada Peranti Serasi anda;
- anda menyedari dan menerima risiko menanggung kerugian yang mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan transaksi tanpa kebenaran yang dibuat menggunakan Kad Debit anda dalam Dompet Digital;
- anda mesti mengambil semua langkah keselamatan semasa menggunakan Kad Debit anda dalam Dompet Digital, termasuk sebarang langkah yang kami atau penyedia Dompet Digital mungkin cadangkan dari semasa ke semasa;
- anda bersetuju untuk memberitahu Bank apabila mendapati:
- Peranti Serasi telah hilang, dicuri atau dikompromi,
- transaksi tanpa kebenaran telah dibuat atau
- Dompet Digital telah dikompromi;
- kami bukan penyedia Dompet Digital dan tidak mengakui atau menjamin kefungsian atau ketersediaan Dompet Digital, termasuk keupayaan untuk berjaya mendaftarkan kad anda;
- kami tidak bertanggungjawab atas tindakan, prestasi atau sistem penyedia Dompet Digital atau mana-mana pihak ketiga lain yang terlibat dalam ekosistem Dompet Digital;
- kami tidak bertanggungjawab atas sebarang gangguan, kegagalan, masalah sambungan, gangguan rangkaian atau apa-apa masalah teknikal lain yang boleh menghalang penyelesaian transaksi melalui Dompet Digital;
- kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa tuntutan, pertikaian, kerugian atau prosiding yang disebabkan oleh sebarang masalah pendaftaran atau penggunaan Dompet Digital; dan
- kami tidak bertanggungjawab atas pengendalian, privasi atau keselamatan sebarang data peribadi yang anda kongsi dengan penyedia Dompet Digital atau pihak ketiga yang menyokong Dompet Digital.
- anda bersetuju untuk mengalih keluar Kad Debit daripada Peranti Serasi sebelum melupuskan Peranti Serasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada menjual atau memberi Peranti Serasi kepada orang lain); dan
- anda bersetuju untuk mengalih keluar Kad Debit daripada Peranti Serasi setelah penamatan Dompet Digital atau Kad Debit.
- Bank tidak bertanggungjawab atas penggunaan Dompet Digital anda:
- kami tidak terlibat dalam sebarang pertikaian antara anda dan Penyedia Dompet Digital;
- kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kegagalan atau ketidakupayaan membuat transaksi melalui Dompet Digital, termasuk tetapi tidak terhad kepada serangan siber terhadap Dompet Digital. Kami juga tidak bertanggungjawab atas prestasi Penyedia Dompet Digital atau pihak ketiga lain yang mungkin menjejaskan penggunaan Dompet Digital; dan
- anda mengakui bahawa kami tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan dan/atau pertikaian atau prosiding undang-undang yang timbul secara langsung atau tidak langsung kerana kelemahan sambungan atau liputan rangkaian dengan pendaftaran dan penggunaan Dompet Digital.
- Privasi dan perkongsian data: Menambah dan menggunakan Kad Debit dalam Dompet Digital bermakna anda mengakui dan bersetuju bahawa maklumat anda boleh dihantar dan disimpan dalam Peranti Serasi. Kami tidak bertanggungjawab atas privasi dan keselamatan data peribadi serta maklumat yang anda kongsi dengan Penyedia Dompet Digital dan/atau pihak ketiga yang bekerjasama dengan Penyedia Dompet Digital.
- Menyimpan Kad Debit dalam Dompet Digital:
-
FAEDAH, PERKHIDMATAN ATAU PROGRAM TAMBAHAN
-
Kami boleh menggunakan budi bicara mutlak kami untuk menyediakan perkhidmatan, faedah, diskaun atau program tambahan bagi Kad Debit. Sebarang perkhidmatan, faedah, diskaun atau program tambahan sedemikian akan dirangkumi oleh terma dan syarat berasingan yang mengawal perkhidmatan, faedah, diskaun atau program tambahan itu.
-
Kami juga mungkin bekerjasama dengan atau memperkenalkan Peniaga Sah yang menawarkan atau menyediakan perkhidmatan, faedah, diskaun atau program tambahan sedemikian kepada anda. Bank tidak bertanggungjawab mahupun berkewajipan terhadap tindakan mana-mana Peniaga Sah atau orang lain, atau untuk sebarang perkhidmatan faedah, diskaun atau program tambahan yang ditawarkan oleh Peniaga Sah atau orang lain.
-
D. TERMA DAN SYARAT KHUSUS YANG MERANGKUMI RYT CREDIT
Tarikh Berkuat kuasa: 11 November 2025
-
PERMOHONAN UNTUK RYT CREDIT
-
Terma Ryt Credit: Bahagian ini menetapkan terma dan syarat khusus bagi permohonan anda dan penggunaan Ryt Credit (ini Terma Ryt Credit). Anda mesti membaca dan memahami Terma Ryt Credit serta lembaran pendedahan produk Ryt Credit sebelum memohon penggunaan Ryt Credit.
Sila hubungi kami jika anda perlukan sebarang penjelasan tentang ciri, atau terma yang merangkumi Ryt Credit.
-
Penerimaan dan Pengakuan: Memohon dan/atau menggunakan Ryt Credit akan mengesahkan yang anda telah membaca, memahami, mempersetujui dan menerima Terma Ryt Credit.
-
Kelayakan: Permohonan untuk Ryt Credit tertakluk kepada anda memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:
- anda telah membuka dan mengaktifkan Akaun, dan Akaun tersebut berada dalam keadaan baik, tidak ditamatkan, ditutup, tidak aktif atau tertunggak;
- anda ialah warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia;
- anda berumur antara 18 hingga 60 tahun dan mempunyai keupayaan undang-undang sepenuhnya;
- anda tidak pernah diisytiharkan muflis; dan
- anda tidak melanggar atau disyaki telah melanggar mana-mana Terma Am atau Terma Khusus.
Dengan memohon Ryt Credit, anda mengesahkan dan menjamin bahawa anda memenuhi semua syarat kelayakan di atas.
-
Penyediaan dokumen dan maklumat: Anda bersetuju untuk memberikan sebarang dokumen atau maklumat yang diperlukan dan diminta oleh Bank berkaitan dengan permohonan dan penggunaan Ryt Credit.
-
Satu kemudahan pada satu masa: Anda boleh memohon dan mengekalkan hanya satu kemudahan Ryt Credit pada setiap masa. Sebarang permintaan untuk meningkatkan Had Diluluskan tertakluk pada penilaian dan kelulusan kami.
-
Kelulusan atau penolakan: Kami boleh menggunakan budi bicara kami untuk meluluskan atau menolak permohonan anda berdasarkan penilaian kredit anda, dan tanpa memberikan sebarang sebab melainkan kami perlu berbuat demikian atas sebab undang-undang.
-
-
DEFINISI
Melainkan dinyatakan sebaliknya, definisi berikut akan digunakan:
Had Diluluskan : jumlah maksimum yang diluluskan oleh Bank untuk penggunaan Ryt Credit anda.
Peniaga Sah : bermaksud mana-mana peniaga barang dan/atau perkhidmatan yang menerima pembayaran Bank melalui Ryt Credit.
Had Tersedia : bermaksud baki had kredit anda, selepas ditolak wang tertunggak anda yang belum dibayar daripada Had Diluluskan.
Ryt Credit : bermaksud kemudahan "beli sekarang, bayar kemudian" yang disediakan oleh Bank supaya anda boleh membeli barang dan perkhidmatan daripada Peniaga Sah, melalui saluran pembayaran yang diluluskan oleh Bank, berdasarkan tempoh ansuran yang dipilih dan Had Diluluskan.
Tarikh Pembayaran Balik : bermaksud tarikh akhir untuk menyelesaikan jumlah yang dinyatakan pada Penyata Elektronik.
Ringgit atau RM : bermaksud mata wang Malaysia yang sah.
Tarikh Penyata : bermaksud tarikh Penyata Elektronik anda dikeluarkan.
-
PENGGUNAAN RYT CREDIT
-
Bank akan menetapkan Had Diluluskan: Permohonan yang diluluskan akan diberikan Had Diluluskan yang akan ditentukan menurut budi bicara kami. Anda mesti mengaktifkan Akaun Ryt Credit anda dalam masa tiga puluh (30) hari, bagi mengelakkan pembatalan tawaran serta Had Diluluskan.
-
Ringgit dan mata wang asing:
- Ryt Credit boleh digunakan untuk transaksi dalam nilai ringgit dengan Peniaga Sah di Malaysia.
- Ryt Credit boleh digunakan untuk transaksi dalam nilai mata wang asing dengan Peniaga Sah, hanya melalui saluran yang diluluskan oleh Bank. Jika anda berbuat demikian, nilai mata wang asing akan ditukar kepada ringgit, dan jumlah tukaran (termasuk sebarang yuran dan caj yang berkenaan) akan ditunjukkan dalam Penyata Elektronik.
-
Penggunaan:
- Untuk menggunakan Ryt Credit, pilih Ryt Credit sebagai sumber dana bagi saluran pembayaran yang diluluskan oleh Bank, sama ada untuk satu transaksi atau berbilang transaksi, dan berdasarkan Had Diluluskan.
- Anda boleh menggunakan Ryt Credit sehingga jumlah Had Tersedia anda pada masa itu. Apabila pembayaran balik dibuat, Had Tersedia anda akan meningkat menurut jumlah yang sama dengan jumlah pokok yang dibayar balik.
- Jumlah transaksi minimum dan/atau maksimum mungkin dikenakan untuk penggunaan Ryt Credit.
- Menggunakan Ryt Credit bermakna anda bersetuju untuk bertanggungjawab atas pembayaran balik penuh semua amaun yang digunakan, termasuk semua ansuran dan faedah yang berkenaan (jika ada).
-
Menguruskan Akaun Ryt Credit anda: Antara lain, anda boleh melihat Had Diluluskan dan Had Tersedia anda serta menjejaki Tarikh Pembayaran Balik melalui Aplikasi Ryt Bank.
-
-
PEMBAYARAN BALIK
-
Penyata bulanan: Jika anda menggunakan Ryt Credit, Penyata Elektronik anda akan disediakan pada setiap bulan melalui Perkhidmatan Perbankan Digital dan mengikut kitaran bil bulanan yang ditetapkan untuk anda. Penyata Elektronik menunjukkan butiran pembelian anda yang dibuat semasa kitaran bil itu (Amaun Penyata Semasa) dan jumlah ansuran lain yang dihutang oleh anda di bawah Akaun Ryt Credit anda bagi kitaran bil sebelumnya (jika ada), termasuk sebarang faedah dan cukai, serta Tarikh Pembayaran Balik yang berkaitan.
-
Pembayaran balik: Anda boleh membuat pembayaran balik untuk setiap Amaun Penyata Semasa melalui pilihan berikut:
- penyelesaian sekaligus: membayar balik Amaun Penyata Semasa dalam satu pembayaran pada Tarikh Pembayaran Balik yang dinyatakan dalam Penyata Elektronik, untuk mengelakkan faedah terakru yang perlu dibayar; atau
- penyelesaian ansuran: membayar balik Amaun Penyata Semasa melalui pelan ansuran bertempoh 3, 6, 9, 12 atau 24 bulan, di mana faedah akan terakru dan perlu dibayar mengikut Fasal 5 (Faedah) di bawah.
-
Penukaran kepada pelan ansuran: Jika Amaun Penyata Semasa tidak dibayar balik dengan penuh pada Tarikh Pembayaran Balik yang sepatutnya, Amaun Penyata Semasa itu akan ditukar kepada pelan ansuran (3, 6, 9, 12 atau 24 bulan) menurut tempoh pilihan anda, atau menurut tempoh pembayaran balik yang ditentukan oleh Bank, jika pemilihan tidak dibuat terlebih dahulu. Ansuran pertama bagi Amaun Penyata Semasa perlu dibayar pada Tarikh Pembayaran Balik yang dinyatakan dalam Penyata Elektronik. Jika Amaun Penyata Semasa telah ditukar kepada pelan ansuran, anda perlu mematuhi tempoh pembayaran balik baginya dan tidak boleh mengubah pilihan tempoh bagi jumlah tersebut. Namun, Bank berhak mengubah bilangan dan/atau jumlah ansuran dengan memberi notis awal kepada anda.
-
Pengesahan pembayaran balik telah dibuat: Semua pembayaran balik mesti dibuat melalui Akaun anda (atau melalui kaedah lain yang kami tetapkan) dan tidak akan dianggap sebagai telah dibayar sehingga kami telah menerima pembayaran balik itu.
-
Amaun tertunggak yang paling lama perlu dibayar terlebih dahulu: Pembayaran balik anda akan digunakan untuk membayar amaun tertunggak yang paling lama terlebih dahulu, diikuti amaun tertunggak paling lama yang berikutnya, mengikut susunan kronologi.
-
Auto debit bagi pembayaran balik ansuran: Jika Amaun Penyata Semasa telah ditukar kepada pelan ansuran menurut Fasal 4.3 (Penukaran kepada pelan ansuran), anda bersetuju dan mengizinkan Bank untuk mendebit dana dalam Akaun Simpanan Ryt Bank anda secara automatik bagi membayar balik setiap ansuran tertunggak pada Tarikh Pembayaran Balik yang ditentukan, sehingga semua baki tertunggak di bawah pelan ansuran itu diselesaikan. Anda perlu memastikan bahawa Akaun Simpanan Ryt Bank anda mempunyai dana yang mencukupi untuk tujuan auto debit. Selaras dengan Fasal 4.2(a), sila ambil maklum bahawa fungsi auto debit tidak terpakai untuk penyelesaian sekaligus bagi Amaun Penyata Semasa. Jika anda ingin menyelesaikan Amaun Penyata Semasa secara sekaligus (tanpa menukarnya kepada pelan ansuran), hantarkan duit tersebut secara manual dari Akaun Simpanan Ryt Bank anda ke Akaun Ryt Credit anda melalui Aplikasi, pada atau sebelum Tarikh Pembayaran Balik yang berkaitan.
-
Bank berhak mendebit dan menolak: Selain Fasal 4.6 (Auto debit bagi pembayaran balik ansuran), anda bersetuju bahawa Bank boleh, tetapi tidak diwajibkan untuk mendebit dan menolak dana dalam Akaun Simpanan Ryt Bank anda (atau sebarang Akaun lain kepunyaan anda) pada bila-bila masa untuk membayar sebarang amaun yang perlu dibayar di bawah Akaun Ryt Credit anda, dengan memberikan notis awal sekurang-kurangnya 7 hari, mengikut peruntukan Terma Am.
-
Pemulangan, bayaran balik atau pengecualian:
- Jika anda telah membayar Peniaga Sah melalui Ryt Credit dan ingin meminta kesemua atau separa bayaran itu (Bayaran Balik) dibayar balik, dipulangkan atau dikecualikan, permintaan tersebut hendaklah mematuhi prosedur bayaran balik, pemulangan atau pengecualian Peniaga Sah yang berkaitan serta disemak dan disahkan oleh kami.
- Setelah proses Bayaran Balik diselesaikan, amaun berkaitan yang telah dibayar kepada Peniaga Sah akan dikembalikan dan dikreditkan ke Akaun Ryt Credit anda (Amaun Bayaran Balik) dan Had Tersedia anda akan dilaraskan dengan jumlah yang setara dengan Amaun Bayaran Balik itu. Kami boleh, tetapi tidak diwajibkan untuk menggunakan Amaun Bayaran Balik tersebut bagi membayar ansuran yang seterusnya terlebih dahulu, diikuti oleh ansuran akan datang yang berikutnya, mengikut susunan kronologi.
- Walaupun Bayaran Balik telah dibuat, anda tetap bertanggungjawab untuk membayar balik kesemua ansuran pada Tarikh Pembayaran Balik yang berkaitan, dan sebarang faedah yang berkenaan akan terus terakru dan perlu dibayar menurut Terma Ryt Credit. Sebarang faedah yang telah dibayar tidak akan dipulangkan kepada anda.
- Anda mengakui bahawa semua permintaan Bayaran Balik perlu mematuhi proses dan kaedah pengendalian pihak ketiga, dan tempoh masa yang diperlukan untuk memproses perkara yang sama mungkin berbeza disebabkan pelbagai faktor di luar kawalan kami. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan dalam proses permintaan Bayaran Balik.
-
Peruntukan: Bagi semua wang yang dipegang, diterima atau diperoleh semula oleh kami berkenaan dengan liabiliti anda di bawah Akaun Ryt Credit anda, Bank boleh menggunakan budi bicara mutlaknya untuk: (a) tidak menggunakan wang tersebut bagi membayar liabiliti itu; (b) menyimpan wang tersebut dalam akaun tergantung tanpa faedah selama mana difikirkan sesuai oleh Bank; dan (c) menggunakan serta memperuntukkan wang tersebut untuk membayar jumlah pokok, faedah atau amaun lain yang perlu dibayar mengikut cara yang difikirkan sesuai oleh Bank.
-
-
FAEDAH
-
Faedah atas ansuran: Jika berkenaan, faedah akan dikenakan pada kadar yang ditetapkan di https://rytbank.my/fees-and-limits. Kami berhak mengubah kadar faedah yang berkenaan pada bila-bila masa selepas memberikan anda notis awal.
-
Pengiraan faedah: Melainkan dinyatakan sebaliknya, faedah bagi setiap ansuran dikira atas baki harian menggunakan kaedah baki berkurangan dan berdasarkan bilangan sebenar hari yang berlalu daripada 360 hari dalam setahun.
-
Pembayaran faedah: Semua faedah terakru hendaklah dibayar secara bulanan sepanjang tempoh pembayaran balik yang berkaitan pada Tarikh Pembayaran Balik masing-masing.
-
-
PRABAYARAN DAN PENYELESAIAN AWAL
-
Pilihan prabayaran: Baki tertunggak di bawah Akaun Ryt Credit anda boleh dibayar secara prabayaran penuh atau separa atau penyelesaian awal, melalui pilihan berikut:
- ansuran seterusnya: membuat prabayaran untuk jumlah agregat ansuran seterusnya yang perlu dibayar pada Tarikh Pembayaran Balik, di mana faedah akan tetap dikenakan seolah-olah ansuran telah dibayar balik pada Tarikh Pembayaran Balik;
- baki semasa: membuat prabayaran untuk semua amaun yang digunakan bagi pembelian yang dibuat dalam kitaran bil semasa (Baki Semasa), di mana tiada faedah yang akan terakru dan perlu dibayar. Anda hanya boleh membuat prabayaran sedemikian selepas membuat penyelesaian awal bagi semua ansuran akan datang yang perlu dibayar pada Tarikh Pembayaran Balik yang seterusnya; atau
- penyelesaian awal penuh: membuat penyelesaian awal bagi jumlah baki tertunggak yang perlu dibayar di bawah Akaun Ryt Credit anda (termasuk semua jumlah pokok tertunggak, faedah terakru dan jumlah tertunggak yang perlu dibayar di bawah Akaun Ryt Credit anda) dalam satu pembayaran, di mana faedah (jika berkenaan) hanya akan terakru dan perlu dibayar sehingga tarikh penyelesaian awal itu.
-
Caj penyelesaian awal: Tiada penalti atau caj penyelesaian awal yang akan dikenakan jika anda ingin membuat prabayaran atau penyelesaian awal mengikut Fasal 6 ini (Prabayaran dan Penyelesaian Awal).
-
Tiada penutupan Akaun: Anda memahami bahawa kami mungkin menghalang penutupan Akaun anda dengan kami, jika terdapat sebarang baki tertunggak dalam Akaun Ryt Credit anda.
-
-
PENGGANTUNGAN, PEMBATALAN ATAU PENAMATAN
-
Pembatalan atau penggantungan oleh anda: Anda boleh membatalkan atau menggantung penggunaan Ryt Credit pada bila-bila masa dengan menelefon atau menulis kepada Pusat Khidmat Pelanggan kami. Namun, sebelum itu, anda mesti membayar balik kesemua jumlah tertunggak, termasuk ansuran dan faedah yang belum dibayar.
-
Penamatan atau penggantungan oleh kami: Kami berhak menamatkan atau membatalkan Akaun Ryt Credit anda menurut Fasal 24 (Penamatan / Penutupan Akaun) Terma Am. Kami juga boleh menggunakan budi bicara mutlak kami untuk membatalkan, memansuhkan, menarik balik, menamatkan atau menggantung Akaun Ryt Credit anda (termasuk membalikkan sebarang transaksi pembayaran, mengurangkan Had Diluluskan anda atau menghalang sebarang penggunaan lanjut):
- jika mana-mana transaksi Ryt Credit anda dipercayai secara munasabah, mungkin terlibat dalam aktiviti penipuan, haram atau jenayah; atau
- jika anda tidak membuat pembayaran balik pada mana-mana Tarikh Pembayaran Balik atau melanggar mana-mana peruntukan Terma Ryt Credit atau Terma Am.
Jika Had Diluluskan atau sebarang ciri penggunaan telah dibatalkan, digantung, atau dimansuhkan, anda mesti segera berhenti menggunakan Akaun Ryt Credit anda dan menyelesaikan semua wang serta jumlah tertunggak di bawah Akaun Ryt Credit anda.
-
Aktiviti penipuan atau aktiviti haram: Kami berhak menggantung, membatalkan atau membalikkan pemprosesan sebarang transaksi pembayaran yang dipercayai secara munasabah, mungkin terlibat dalam sebarang aktiviti penipuan, haram, atau jenayah.
-
Kami tidak akan bertanggungjawab: Jika akses kepada Ryt Credit anda (atau mana-mana transaksi di bawahnya) ditamatkan, dibatalkan atau digantung menurut Terma Ryt Credit atau Terma Am ini, anda bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan kami atas sebarang kerugian, perbelanjaan atau tuntutan yang dialami atau dihadapi oleh anda akibat perbuatan, pengabaian, kemungkiran, kecuaian dan/atau salah laku anda melainkan perkara yang sama itu berlaku kerana penipuan, kecuaian, salah laku atau kemungkiran yang disengajakan oleh Bank.
-
-
YURAN DAN CAJ
Bank berhak mengenakan yuran dan caj: Bank berhak mengenakan yuran dan caj bagi sebarang perkhidmatan yang disediakan untuk anda. Sila lihat Yuran dan Had di https://rytbank.my/fees-and-limits untuk butiran yuran, caj dan kadar faedah yang berkenaan. Anda bersetuju untuk membenarkan kami mendebit yuran serta caj berkenaan daripada Akaun anda.
-
PENGECUALIAN LIABILITI
Anda bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan kami atas sebarang kehilangan, kerosakan atau kecederaan yang mungkin timbul daripada penggunaan Ryt Credit, atau jika pembayaran melalui Ryt Credit tidak diterima kerana sebarang kecacatan mekanikal, kepincangan fungsi mana-mana rangkaian Internet atau terminal atau saluran lain yang tersedia untuk anda, atau kerana kehilangan atau gangguan bekalan kuasa.
-
PENDEDAHAN MAKLUMAT
Anda bersetuju untuk mengizinkan Bank mengumpul, memproses dan mendedahkan maklumat yang berkaitan atau berpunca daripada atau berkenaan dengan Akaun Ryt Credit anda, mengikut peruntukan Terma Am.
-
HUBUNGI PUSAT KHIDMAT PELANGGAN
Jika anda tidak dapat membuat pembayaran, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami dengan segera untuk membincangkan penyelesaian.
E. TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI RYT INVEST
Tarikh Berkuat Kuasa: 12 Mei 2026
-
PERMOHONAN DAN PENGGUNAAN RYT INVEST
-
Terma Ryt Invest: Bahagian ini menetapkan terma dan syarat khusus berhubung dengan permohonan anda dan penggunaan Ryt Invest (Terma Ryt Invest ini). Anda hendaklah membaca dan memahami Terma Ryt Invest ini sebelum memohon penggunaan Ryt Invest.
Sila hubungi kami jika anda perlukan sebarang penjelasan mengenai ciri atau terma yang terpakai bagi Ryt Invest.
-
Penerimaan dan Pengakuan: Memohon dan/atau menggunakan Ryt Invest mengesahkan yang anda telah membaca, memahami, mempersetujui dan menerima Terma Ryt Invest ini.
-
Kelayakan: Ryt Invest hanya tersedia kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
-
anda mempunyai dan mengekalkan akaun simpanan utama Ryt Bank (Akaun Simpanan) yang aktif dengan proses pengesahan akaun dan eKYC dilengkapkan, dan Akaun Simpanan tersebut berada dalam keadaan baik, tidak ditamatkan, ditutup, dorman atau delinkuen;
-
anda warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan memiliki MyKad;
-
anda berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai hak penuh di sisi undang-undang;
-
anda tidak pernah diisytiharkan muflis; dan
-
anda tidak melanggar atau disyaki telah melanggar mana-mana Terma Am atau Terma Khusus.
Bank berhak menetapkan kriteria kelayakan tambahan dari semasa ke semasa, dengan memberi notis kepada anda, jika boleh.
-
-
Pendaftaran: Untuk mengakses dan menggunakan Ryt Invest, anda hendaklah melengkapkan proses pendaftaran di Aplikasi, termasuk memberi maklumat dan dokumen yang diperlukan, melengkapkan pengesahan identiti dan semua pemeriksaan yang berkenaan, tertakluk pada kelulusan Bank.
-
Penyediaan dokumen dan maklumat: Anda bersetuju untuk memberikan sebarang dokumen atau maklumat yang diperlukan dan diminta oleh Bank berhubung dengan permohonan dan penggunaan Ryt Invest.
-
Kelulusan atau penolakan: Kami berhak meluluskan atau menolak permohonan anda tanpa memberikan sebarang sebab, kecuali diwajibkan oleh undang-undang.
-
-
DEFINISI
Melainkan dinyatakan sebaliknya, definisi berikut akan digunakan:
Tempoh Bertenang Ryt Invest bermaksud tempoh enam (6) Hari Perniagaan bermula dari tarikh pelaburan pertama anda melalui Platform di mana anda boleh menggunakan hak tempoh bertenang anda menurut Fasal 6 (Hak Tempoh Bertenang) di bawah. Dana bermaksud setiap unit amanah yang diuruskan oleh Pengurus Dana berkaitan dan disediakan melalui Platform, seperti yang ditawarkan dari semasa ke semasa. Dokumen Dana bermaksud semua dokumen berkaitan dengan Dana yang dikeluarkan oleh Pengurus Dana berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada prospektus, prospektus tambahan, helaian fakta dan helaian sorotan produk serta dokumen pendedahan lain yang disediakan oleh Pengurus Dana. Pengurus Dana bermaksud pengurus dana yang dilesenkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sebagaimana dinyatakan di https://www.rytbank.my/ryt-invest dan dikemas kini dari semasa ke semasa. NAB merujuk kepada harga seunit sesuatu Dana. Ia adalah jumlah nilai semua aset Dana, selepas ditolak sebarang liabiliti, kemudian dibahagikan dengan bilangan unit. Ryt Invest bermaksud ciri dan perkhidmatan yang disediakan oleh Bank di Platform yang membolehkan anda:
(a) mengakses maklumat digital dan Dokumen Dana yang berkaitan dengan Dana terpilih;
(b) menghantar Pesanan belian (langganan) atau jualan (penebusan) bagi mana-mana Dana, tertakluk pada Terma Ryt Invest; serta
(c) memantau akaun pegangan dana dan sejarah transaksi anda melalui Platform.Platform bermaksud Aplikasi yang merangkumi akses logik, tab, papan pemuka, navigasi akaun, alat kecerdasan buatan dalam Aplikasi dan sebarang antara muka digital berkaitan Ryt Invest. Pesanan bermaksud sebarang komunikasi, arahan, pesanan, data mesej atau maklumat yang kami terima melalui Platform. Transaksi bermaksud transaksi belian (langganan) atau jualan (penebusan) bagi sebarang Dana yang dibuat dengan menghantar Pesanan melalui Platform. anda / milik anda bermaksud pelanggan individu yang mengakses dan menggunakan Ryt Invest. -
AKSES DAN MAKLUMAT DANA
-
Ketersediaan Dana: Bank menyediakan di Platform, maklumat dan akses digital kepada Dana terpilih yang diuruskan oleh Pengurus Dana. Pemilihan Dana yang boleh diakses melalui Platform boleh dikemas kini, ditambah atau dikurangkan di Platform dari semasa ke semasa. Bank tidak menjamin yang mana-mana Dana tertentu akan sentiasa tersedia di Platform. Semua aktiviti pengurusan dana termasuk peruntukan aset, keputusan pelaburan, penetapan harga unit dan pengurusan aset Dana dijalankan sepenuhnya oleh Pengurus Dana berkaitan mengikut Dokumen Dana yang berkaitan serta undang-undang dan peraturan yang terpakai.
-
Pengurus Dana Bebas: Setiap Pengurus Dana adalah entiti bebas, bukan gabungan dan bukan anak syarikat, sekutu atau syarikat berkaitan Bank.
-
Dokumen Dana: Dokumen Dana untuk setiap Dana dan semua maklumat khusus Dana yang lain termasuk data prestasi akan disediakan di Platform oleh Pengurus Dana berkaitan. Anda hendaklah membaca dan memahami Dokumen Dana sepenuhnya sebelum melakukan sebarang Transaksi. Anda mengakui bahawa:
-
Dokumen Dana disediakan, dikeluarkan dan diuruskan oleh Pengurus Dana berkaitan;
-
Bank tidak mengakui atau menjamin ketepatan, kelengkapan atau kesahan mana-mana Dokumen Dana;
-
sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara maklumat yang disediakan di Platform dan Dokumen Dana, maklumat Dokumen Dana akan terpakai;
-
jika anda mempunyai keraguan atau perlukan penjelasan tentang mana-mana aspek Dokumen Dana, termasuk risiko, atau terma dan syarat yang dikenakan oleh Pengurus Dana berkaitan, anda dinasihatkan mendapatkan bantuan daripada Pengurus Dana tersebut. Senarai Pengurus Dana termasuk butiran hubungan dan pautan laman web (jika berkenaan) boleh didapati di https://www.rytbank.my/ryt-invest, yang dikemas kini dari semasa ke semasa.
-
-
Maklumat NAB dan Penetapan Harga: Maklumat NAB di Platform diperoleh daripada Pengurus Dana berkaitan dan dikemas kini di Platform dari semasa ke semasa mengikut maklumat yang diterima oleh Pengurus Dana tersebut. Bank tidak mengesahkan sendiri sebarang maklumat NAB, penilaian dan penetapan harga, dan Bank tidak mengakui atau menjamin ketepatan dan kelengkapan data yang disediakan oleh Pengurus Dana tersebut. NAB sebenar bagi Transaksi yang diproses mungkin berbeza daripada NAB dan jumlah pegangan dana yang dipaparkan di Platform pada masa penghantaran Transaksi anda, disebabkan oleh masa pemprosesan dan pergerakan pasaran dalam masa nyata.
-
Data Prestasi: Sebarang data prestasi (termasuk data sejarah, nilai pulangan atau penanda aras prestasi mengenai Dana) yang dipaparkan untuk sesuatu Dana di Platform adalah untuk tujuan makluman sahaja. Prestasi terdahulu adalah sekadar rujukan dan tidak mencerminkan prestasi masa hadapan. Anda tidak boleh terlalu bergantung pada data prestasi terdahulu semasa membuat keputusan pelaburan.
-
Profil Risiko: Proses pendaftaran mungkin memerlukan anda melengkapkan penilaian profil risiko. Profil risiko boleh membantu anda memahami kategori risiko pelaburan yang sesuai dengan keadaan anda. Anda mengakui dan bersetuju bahawa:
-
profil risiko anda di Platform adalah semata-mata untuk tujuan rujukan dan penggunaan bukan komersial sahaja, dan tidak bertujuan untuk memberikan representasi, nasihat atau pengesyoran pelaburan, dan Bank juga tidak menilai kesesuaian Dana bagi pihak anda;
-
anda boleh mengemas kini profil risiko anda melalui Platform pada bila-bila masa; dan
-
anda boleh membeli Dana yang tidak selaras dengan profil risiko anda. Bank tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan akibat keputusan pelaburan anda.
-
-
Membuat Keputusan Sendiri: Semua keputusan pelaburan yang dibuat melalui Platform adalah keputusan anda sendiri. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menilai kesesuaian mana-mana Dana berdasarkan keadaan anda (kewangan atau sebaliknya), objektif, matlamat pelaburan serta keupayaan menerima risiko dan implikasi cukai. Anda mengakui dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap akibat daripada keputusan pelaburan anda, termasuk sebarang kerugian yang ditanggung.
-
Pulangan tidak dijamin: Bank tidak menjamin prestasi mana-mana Dana yang ditawarkan di Platform, pulangan pelaburan pokok anda, atau sebarang keuntungan serta pendapatan pelaburan. Sebarang ilustrasi, contoh atau unjuran di Platform adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan bukanlah representasi, waranti atau jaminan bagi hasil sebenar. Pelaburan yang dibuat melalui Platform bukanlah deposit dan tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Pelaburan anda tertakluk pada risiko pelaburan termasuk kemungkinan kehilangan sebahagian atau semua pelaburan anda. Ryt Invest berbeza dan tidak boleh disalah tafsir dengan mana-mana produk deposit yang ditawarkan atau disediakan oleh Bank.
-
Penafian: Bank menafikan liabiliti terhadap sebarang kesilapan, peninggalan atau ketidaktepatan yang timbul daripada maklumat yang bergantung kepada data dan maklumat khusus Dana yang disediakan oleh Pengurus Dana berkaitan atau maklumat yang terkandung dalam mana-mana Dokumen Dana. Bank juga menafikan liabiliti terhadap sebarang kerugian dan kerosakan akibat daripada ketidakupayaan mengakses atau menggunakan maklumat di Platform, kelewatan operasi, penghantaran yang tidak lengkap, kegagalan sistem atau rangkaian.
-
-
TRANSAKSI
-
Pemudahan Transaksi: Peranan Bank berhubung dengan Ryt Invest dihadkan kepada penyediaan akses digital ke Platform dan memudahkan penghantaran Transaksi anda kepada Pengurus Dana berkaitan. Bank tidak bertindak sebagai ejen, perantara, pengedar atau wakil Pengurus Dana berkaitan, dan juga tidak bertindak sebagai pengurus pelaburan, penasihat atau peniaga bagi Dana. Bank tidak:
-
mempunyai sebarang kawalan atau pengaruh ke atas keputusan pelaburan atau aktiviti pengurusan dana oleh Pengurus Dana berkaitan;
-
terlibat dalam pengurusan, operasi atau pentadbiran mana-mana Dana;
-
membuat sebarang representasi atau jaminan bagi pihak Pengurus Dana berkaitan; atau
-
menanggung sebarang liabiliti atau bertanggungjawab atas prestasi, pengurusan atau pengendalian mana-mana Dana atau Pengurus Dana berkaitan.
-
-
Penghantaran Transaksi: Anda boleh menghantar Pesanan belian atau jualan melalui Platform. Dengan menghantar Transaksi, anda bersetuju untuk mengizinkan Bank menghantar semua Pesanan anda kepada Pengurus Dana berkaitan untuk diproses mengikut terma dan prosedur Pengurus Dana tersebut. Anda mengakui dan bersetuju dengan syarat-syarat berikut:
-
setiap Pesanan yang dihantar tertakluk pada prosedur penerimaan dan pemprosesan Pengurus Dana berkaitan;
-
penghantaran Transaksi anda oleh Bank bukanlah jaminan pelaksanaan; dan
-
anda tetap bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan ketepatan dan kelengkapan setiap Pesanan sebelum penghantaran.
-
-
Tiada pembatalan: Setelah Pesanan dihantar melalui Platform, semua data yang terkandung di dalamnya akan dianggap muktamad dan telah diluluskan oleh anda sebelum data tersebut dihantar kepada Pengurus Dana berkaitan. Setelah penyerahan Transaksi dibuat, Pesanan tidak boleh digantung, ditarik balik, dibatalkan atau ditamatkan, tertakluk pada Fasal 6 (lihat "Hak Tempoh Bertenang" di bawah).
-
Pesanan Belian (Langganan)
-
Sumber: Pesanan belian hanya boleh dibayar daripada Akaun Simpanan atau Poket Simpanan anda. Tiada sumber pembiayaan lain yang dibenarkan.
-
Jumlah Minimum: Jumlah minimum bagi Pesanan belian ialah RM1.00 dan tiada had maksimum yang ditetapkan, tertakluk pada baki yang tersedia dalam Akaun Simpanan dan/atau Poket Simpanan anda.
-
Kekerapan: Tiada had dikenakan untuk bilangan Pesanan belian yang boleh dihantar, tertakluk pada Terma Ryt Invest ini dan syarat khusus Dana.
-
Berbilang Pesanan: Setiap Pesanan belian diproses secara berasingan. Bilangan unit yang diperuntukkan bagi setiap Pesanan belian akan dikira berdasarkan NAB yang terpakai pada waktu pemprosesan oleh Pengurus Dana berkaitan.
-
Jadual Masa Pemprosesan:
-
Pesanan belian yang dihantar sebelum 4.00 petang pada Hari Perniagaan akan diproses pada Hari Perniagaan berikutnya (T+1).
-
Pesanan belian yang dihantar selepas 4.00 petang pada Hari Perniagaan, atau pada hari bukan Perniagaan, akan diproses dalam masa 2 Hari Perniagaan (T+2).
Jadual masa ini sekadar panduan dan tertakluk pada terma khusus Dana serta syarat operasi.
-
-
-
Pesanan Jualan (Penebusan)
-
Unit Layak: Anda boleh menghantar Pesanan Jualan bagi unit yang telah dikreditkan ke akaun pegangan dana anda di Platform. Unit yang masih dalam kitaran pemprosesan Transaksi tidak boleh dijual kerana unit tersebut belum dikreditkan ke akaun pegangan dana anda.
-
Hasil Jualan: Hasil jualan hanya akan dikreditkan ke Akaun Simpanan anda.
-
Jadual Masa Pemprosesan:
-
Pesanan Jualan yang dihantar sebelum 4.00 petang pada Hari Perniagaan akan diproses pada Hari Perniagaan berikutnya (T+1).
-
Pesanan Jualan yang dihantar selepas 4.00 petang pada Hari Perniagaan, atau pada bukan Hari Perniagaan, akan diproses dalam masa 2 Hari Perniagaan (T+2).
Jadual masa ini sekadar panduan dan tertakluk pada terma khusus Dana serta syarat operasi.
-
-
-
Pengesahan Transaksi: Anda akan menerima pengesahan tempahan bagi setiap Transaksi yang dibuat melalui Platform. Sejarah transaksi anda, termasuk butiran setiap Transaksi dan sebarang caj yang berkenaan, boleh diakses melalui Platform.
-
Kesilapan Transaksi: Anda hendaklah menyemak rekod transaksi anda dengan segera. Jika terdapat sebarang percanggahan atau kesilapan dalam sejarah transaksi anda, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami dengan segera. Bank akan berusaha untuk menyiasat dan menangani percanggahan atau kesilapan tersebut dengan segera, tetapi tidak menjamin bahawa sebarang Transaksi boleh dibatalkan setelah diserahkan dan dihantar kepada Pengurus Dana berkaitan.
-
-
YURAN DAN CAJ
-
Hak Bank untuk mengenakan yuran dan caj: Bank berhak mengenakan yuran dan caj bagi perkhidmatan yang disediakan untuk anda melalui Platform. Sila lihat Yuran dan Had yang dinyatakan di https://rytbank.my/fees-and-limits untuk maklumat lanjut tentang yuran dan caj yang terpakai.
-
Caj Jualan: Caj jualan (yang dikenakan oleh Pengurus Dana yang berkaitan) mungkin terpakai bagi Pesanan belian untuk Dana. Caj jualan yang terpakai bagi setiap Dana akan dinyatakan dalam Dokumen Dana dan maklumat khusus Dana yang tersedia di Platform. Caj jualan akan dikira sebagai peratusan daripada jumlah belian (langganan) anda. Contohnya, jika anda menghantar Pesanan belian berjumlah RM1,000.00 bagi Dana yang mengenakan caj jualan sebanyak 2.00%, caj jualan yang perlu dibayar ialah RM20.00.
-
Caj Peringkat Dana: Dana tertakluk pada caj pengurusan, caj pemegang amanah serta perbelanjaan operasi dan pentadbiran lain sebagaimana dinyatakan dalam Dokumen Dana. Caj ini dimasukkan ke dalam harga harian Dana dan ditunjukkan dalam NAB.
-
Caj Penebusan: Pada masa ini tiada yuran atau caj yang dikenakan untuk Pesanan jualan melalui Platform Ryt Invest. Bank berhak memperkenalkan atau mengubah yuran atau caj dengan memberikan notis awal kepada anda.
-
Pelarasan Yuran: Bank berhak memperkenalkan atau mengubah sebarang yuran dan caj yang terpakai bagi Ryt Invest. Anda akan dimaklumkan tentang sebarang perubahan mengikut Fasal 1.2 (Perubahan dan Pindaan) Terma Am.
-
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST): Yuran dan caj adalah tertakluk kepada SST yang dikenakan di bawah undang-undang cukai semasa yang terpakai. Sekiranya SST dikenakan, jumlah tersebut akan dipaparkan di Platform sebelum anda menghantar Pesanan belian.
-
-
HAK TEMPOH BERTENANG RYT INVEST
-
Kelayakan: Tertakluk pada Fasal 6.2 (Pengecualian) di bawah, anda boleh menggunakan hak tempoh bertenang anda bagi Pesanan belian pertama anda dengan setiap Pengurus Dana yang tersedia melalui Platform. Bagi mengelakkan keraguan, jika anda pernah menggunakan hak tempoh bertenang anda dengan mana-mana Pengurus Dana sebelum ini, anda tetap berhak melaksanakan hak tersebut bagi Pesanan belian pertama anda dengan Pengurus Dana lain yang mungkin ditawarkan di Platform dari semasa ke semasa. Hak tempoh bertenang membolehkan anda membatalkan Pesanan belian pertama anda dengan setiap Pengurus Dana dan memperoleh bayaran balik jumlah langganan, caj jualan serta sebarang SST yang dikenakan ke atasnya, tertakluk pada terma yang dinyatakan dalam Fasal 6. Hak ini tidak terpakai kepada mana-mana Pesanan belian berikutnya bagi Dana yang sama atau Dana lain di bawah Pengurus Dana yang sama.
-
Pengecualian: Hak tempoh bertenang ini tidak tersedia kepada pelabur korporat atau institusi, pekerja Pengurus Dana atau mana-mana individu yang berdaftar dengan badan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
-
Asas Bayaran Balik: Bayaran balik yang dibuat berikutan penggunaan hak tempoh bertenang akan berdasarkan NAB pada masa Pesanan belian pertama anda dibuat. Bayaran balik akan merangkumi jumlah belian, caj jualan yang dibayar dan sebarang SST yang dikenakan ke atas caj jualan. Untuk menggunakan hak tempoh bertenang, anda hendaklah menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami semasa dalam Tempoh Bertenang dan mengemukakan permohonan tempoh bertenang. Setelah permohonan anda disahkan diterima oleh Pengurus Dana berkaitan, bayaran balik akan dikreditkan ke Akaun Simpanan anda dalam masa tujuh (7) Hari Perniagaan kecuali dalam keadaan yang tidak dijangka.
-
-
PENGGANTUNGAN DAN PENAMATAN
-
Menggantung atau menamatkan: Anda boleh menggantung atau menamatkan akses anda kepada Ryt Invest pada bila-bila masa dengan menghubungi atau menulis kepada Pusat Khidmat Pelanggan kami. Pembatalan atau penggantungan tertakluk pada syarat-syarat berikut:
-
anda telah menghantar Pesanan jualan bagi semua Dana dan hasil jualan tersebut telah dikreditkan ke Akaun Simpanan anda; dan
-
tiada Transaksi atau pertikaian yang masih belum selesai berkaitan dengan akses atau penggunaan Ryt Invest anda.
Pembatalan atau penggantungan akses kepada Ryt Invest tidak akan menjejaskan Akaun Simpanan atau Poket Simpanan anda.
-
-
Hak untuk menggantung atau menamatkan: Kami berhak menggantung atau menamatkan akses anda kepada Ryt Invest dalam keadaan berikut:
-
selaras dengan Fasal 24 (Penamatan / Penutupan Akaun) Terma Am;
-
Bank dikehendaki berbuat demikian menurut undang-undang, peraturan atau arahan badan kawal selia yang terpakai;
-
Bank memutuskan untuk menghentikan ciri Ryt Invest; atau
-
penerusan akses anda akan menimbulkan risiko bahaya, penipuan atau pendedahan liabiliti kepada Bank.
Kami juga boleh, mengikut budi bicara mutlak kami, membatalkan, menarik balik, menamatkan atau menggantung Transaksi anda (termasuk membalikkan sebarang transaksi pembayaran atau menghalang penggunaan selanjutnya) jika kami secara munasabah percaya bahawa akses atau penggunaan Ryt Invest atau mana-mana Transaksi yang dibuat melalui Platform, mungkin melibatkan aktiviti penipuan, haram atau jenayah.
-
-
Aktiviti penipuan atau haram: Kami berhak menggantung, membatalkan atau membalikkan Transaksi jika kami secara munasabah percaya bahawa Transaksi tersebut mungkin berkaitan dengan aktiviti penipuan, haram atau jenayah atau jika kami secara munasabah percaya bahawa mana-mana Akaun anda dengan Bank telah dikompromi.
-
Kami tidak akan bertanggungjawab: Jika akses atau penggunaan Ryt Invest (atau sebarang Transaksi di bawahnya) anda ditamatkan, dibatalkan atau digantung mengikut Terma Ryt Invest ini atau Terma Am, anda bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, perbelanjaan atau tuntutan yang ditanggung oleh atau dibawa terhadap anda akibat tindakan, peninggalan, keingkaran, kecuaian dan/atau salah laku anda, kecuali jika perkara tersebut timbul akibat penipuan, kecuaian melampau, salah laku disengajakan atau keingkaran sengaja oleh Bank.
-
Kesan Penamatan: Setelah akses anda kepada Ryt Invest ditamatkan, tiada lagi Transaksi berkaitan Dana boleh dibuat atau dilaksanakan melalui Platform mulai tarikh kuat kuasa penamatan tersebut. Anda dikehendaki mengambil langkah-langkah munasabah yang dimaklumkan oleh Bank agar anda boleh terus berurusan dengan unit Dana anda secara langsung dengan Pengurus Dana berkaitan.
-
-
RISIKO INTERNET
-
Walaupun Bank mengambil langkah-langkah munasabah untuk mengekalkan persekitaran yang selamat bagi pertukaran maklumat dengan Pengurus Dana berkaitan, terdapat risiko tertentu yang berada di luar kawalan Bank. Ini termasuk risiko yang timbul akibat kegagalan sistem atau rangkaian, kerosakan perkakasan atau perisian, atau gangguan operasi sistem.
-
Anda mengakui risiko yang sememangnya wujud dalam pelaksanaan transaksi dalam talian. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda hendaklah memastikan bahawa peranti anda dilindungi sewajarnya daripada virus, dan tidak boleh diakses oleh pihak yang tidak dibenarkan.
-
Anda juga hendaklah sentiasa berwaspada terhadap e-mel palsu, hiperpautan, OTP atau lampiran yang direka untuk mendapatkan maklumat peribadi atau maklumat sensitif secara tidak sah. Bank tidak dapat menjamin bahawa komunikasi tidak pernah atau tidak akan dipintas, diakses atau diubah tanpa kebenaran.
-
-
KOMUNIKASI
Sebarang notis yang kami perlu berikan kepada anda di bawah Terma Ryt Invest ini boleh diberikan mengikut Fasal 4 (Komunikasi dan Makluman Transaksi) dalam Terma Am.
-
PENGGABUNGAN TERMA AM
Fasal berikut dalam Terma Am digabungkan ke dalam Terma Ryt Invest ini:
-
Fasal 16 (Pengecualian Liabiliti);
-
Fasal 20 (Pematuhan terhadap Undang-undang Terpakai, Keperluan Cukai dan Sekatan);
-
Fasal 40.5 (Tiada kewajipan di pihak kami);
-
Fasal 40.6 (Tiada tanggungjawab di pihak kami);
-
Fasal 40.7 (Ganti Rugi).
-
-
PENDEDAHAN MAKLUMAT
Sebagai tambahan kepada Fasal 17 (Kerahsiaan; Pendedahan) Terma Am, peruntukan berikut hendaklah terpakai:
-
Maklumat Pihak Ketiga yang Diberikan oleh Anda: Jika anda memperoleh dan berkongsi dengan Bank maklumat individu lain untuk tujuan penyediaan Ryt Invest oleh Bank, anda mengakui dan menjamin bahawa anda telah memperoleh persetujuan dan kebenaran daripada individu tersebut dan telah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang terpakai bagi membolehkan kami memproses, mendedahkan, menyimpan dan memindahkan maklumat tersebut, dan bahawa maklumat yang diberikan kepada kami adalah benar, tepat dan lengkap.
-
Pendedahan kepada Pengurus Dana: Anda mengakui dan bersetuju bahawa, berhubung dengan penggunaan Ryt Invest, Bank boleh mendedahkan, memindahkan dan berkongsi maklumat peribadi serta data kewangan anda termasuk tetapi tidak terhad kepada identiti, maklumat hubungan, profil risiko, objektif pelaburan, pegangan portfolio, sejarah transaksi dan maklumat lain yang mungkin diperlukan oleh Pengurus Dana berkaitan supaya Pengurus Dana boleh menjalankan penilaian KYC/AML, mentadbir, mengurus dan melaporkan pelaburan anda serta mematuhi keperluan perundangan dan kawal selia yang terpakai.
-
-
HUBUNGI PUSAT KHIDMAT PELANGGAN
Jika anda menghadapi sebarang isu berkaitan Platform, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami dengan segera untuk membincangkan penyelesaian yang sesuai.
F. TERMA DAN SYARAT KHUSUS YANG MERANGKUMI RYT GROUPS
Tarikh Berkuat Kuasa: 25 Mei 2026
Setelah Akaun Simpanan anda berjaya diaktifkan, anda boleh mengakses ciri Ryt Groups pada Aplikasi. Dengan ciri ini, anda boleh mencipta grup atau menyertai grup yang dicipta oleh pelanggan Bank yang lain, untuk membahagikan dan menjejaki perbelanjaan bersama (cth. bil, makan minum, atau pembelian grup yang lain), mengutip pembayaran daripada dan membuat pembayaran kepada ahli, pengguna atau peserta grup (setiap seorang Peserta).
-
PENGGUNAAN TERMA INI
-
Dokumen ini menetapkan terma dan syarat khusus bagi ciri Ryt Groups yang mungkin ditawarkan kepada anda dari semasa ke semasa (Terma Khusus). Anda mesti membaca dan memahami Terma Khusus ini dengan teliti sebelum menggunakan ciri Ryt Groups. Sila hubungi kami jika anda perlukan sebarang penjelasan.
-
Terma Khusus ini mesti dibaca bersama dengan Terma Am (tersedia di laman web kami di https://rytbank.my/terms-and-conditions) serta sebarang terma dan syarat lain yang mungkin ditetapkan dari semasa ke semasa dengan memberikan notis awal.
-
Menggunakan ciri Ryt Groups bermakna anda telah membaca, memahami dan menerima Terma Khusus ini.
-
Istilah berhuruf besar dalam dokumen ini telah ditakrifkan dalam Terma Am.
-
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma Khusus dan Terma Am, terma dalam Terma Khusus ini akan merangkumi percanggahan tersebut.
-
-
PENGGUNAAN YANG DITERIMA
-
Ciri Ryt Groups berfungsi untuk membantu anda mengatur, menjejaki dan mengutip perbelanjaan bersama serta hutang dengan rakan atau keluarga. Anda mengakui dan bersetuju bahawa:
-
semua entri dan rekod pembayaran yang dicipta melalui ciri ini adalah sekadar maklumat dan rujukan sahaja dan tidak membentuk perjanjian, kewajipan atau penguatkuasaan hutang yang sah antara ahli atau pengguna Ryt Groups;
-
Bank tidak bertanggungjawab atau berkewajipan atas sebarang jumlah yang direkodkan, dihutang, atau dituntut sebagai hutang antara para Peserta, dan Bank tidak mengesahkan, menyokong, menyelesaikan, atau menjamin pembayaran balik atau pemenuhan mana-mana kewajipan tersebut;
-
Bank tidak terlibat dalam sebarang pertikaian antara Peserta. Peserta mesti menyelesaikan sendiri pertikaian sesama sendiri tanpa melibatkan Bank. Peserta tidak akan mempertanggungjawabkan Bank atas sebarang jenis tuntutan (termasuk tetapi tidak terhad kepada tuntutan pihak ketiga), permintaan dan ganti rugi (sebenar dan berbangkit), yang diketahui dan tidak diketahui, disyaki dan tidak disyaki, didedahkan dan tidak didedahkan, yang timbul akibat daripada pertikaian atau rundingan tersebut; dan
-
Bank tidak bertanggungjawab atas sebarang ganti rugi langsung, tidak langsung, sampingan, khas atau berbangkit akibat penggunaan atau ketidakupayaan anda untuk menggunakan ciri Ryt Groups.
-
-
Anda bertanggungjawab untuk memastikan yang anda hanya mencipta, atau menyertai Ryt Groups yang dianggotai oleh individu yang dikenali. Anda tidak boleh memulakan atau menerima sebarang permintaan oleh pengguna yang tidak dikenali. Bank tidak bertanggungjawab jika anda menerima sebarang permintaan daripada pengguna yang tidak dikenali.
-
Jika anda memilih untuk menjemput individu yang belum berdaftar di Aplikasi, anda bertanggungjawab untuk menguruskan penyertaan atau menyelesaikan sebarang perbelanjaan mereka. Kami tidak menjamin bahawa individu yang dijemput akan memuat turun Aplikasi, melengkapkan pendaftaran di Aplikasi atau menyertai grup anda.
-
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk:
-
menyediakan maklumat yang tepat, lengkap dan terkini untuk tujuan menggunakan ciri Ryt Groups; dan
-
memastikan ketepatan butiran penerima dan perbelanjaan sebelum menghantar duit untuk menyelesaikan sebarang jumlah yang tertunggak.
-
-
-
PERSETUJUAN BAGI PENDEDAHAN DATA PERIBADI DALAM RYT GROUPS
Mencipta grup, menghantar atau mengirim semula jemputan untuk menyertai grup, atau menerima jemputan untuk menyertai grup bermakna anda telah mengakui dan mempersetujui pendedahan data peribadi terhad anda, khususnya, nama, nombor telefon dan nombor akaun Ryt Bank anda, kepada Peserta lain. Pendedahan tersebut diperlukan untuk membolehkan pengenalpastian, penyelarasan serta komunikasi antara Peserta dan memudahkan penggunaan ciri Ryt Groups. Jika anda tidak mahu data peribadi anda dilihat oleh Peserta dalam ciri Ryt Groups, anda tidak boleh mencipta, menghantar atau mengirim semula jemputan, menggunakan atau menyertai grup.
-
KETERSEDIAAN CIRI
-
Ciri Ryt Groups disediakan atas dasar "seadanya" dan "sebagaimana tersedia". Kami berhak menggunakan budi bicara mutlak kami untuk menentukan, mengehadkan, menggantung, mengubah suai dan/atau menarik balik mana-mana aspek ciri pada bila-bila masa dengan memberikan notis yang sesuai kepada anda, termasuk:
-
bilangan maksimum grup yang boleh dicipta atau disertai;
-
bilangan Peserta yang dibenarkan dalam setiap grup;
-
peranan, kebenaran dan fungsi yang diberikan kepada grup, pentadbir serta ahli;
-
bilangan maksimum entri perbelanjaan yang boleh direkodkan dalam grup; dan
-
nilai maksimum yang dibenarkan bagi setiap perbelanjaan.
-
-
Parameter dan ciri ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa, dan disediakan di https://www.rytbank.my atau pada Aplikasi, dengan memberikan notis yang sesuai kepada anda. Jika penggunaan ciri Ryt Groups diteruskan selepas kemas kini tersebut, ini bermakna anda menerima pengemaskinian terma dan/atau had yang berkenaan.
-
Sekiranya sesuatu perbelanjaan dibahagikan secara sama rata dan jumlah yang terhasil tidak dapat dinyatakan dalam sen penuh, bahagian setiap ahli akan dibundarkan ke bawah kepada sen terdekat. Sebarang baki yang terhasil daripada pembundaran tersebut akan diperuntukkan kepada satu atau lebih ahli kumpulan seperti yang ditentukan oleh sistem bagi memastikan jumlah penuh perbelanjaan diambil kira.
-
Pihak Bank tidak memberi sebarang jaminan bahawa ciri Ryt Groups akan memenuhi keperluan anda atau akan beroperasi tanpa gangguan, tepat pada masanya dan tanpa sebarang kecacatan. Pihak Bank juga tidak memberi sebarang jaminan terhadap hasil penggunaan ciri tersebut atau ketepatan maklumat yang diperoleh melaluinya.
-
-
PENGGANTUNGAN ATAU PENAMATAN
-
Bank berhak, tetapi tidak berkewajipan untuk menyiasat penggunaan ciri Ryt Groups oleh anda. Anda mesti memberikan sebarang maklumat yang diminta oleh Bank berhubung dengan penggunaan ciri Ryt Groups dengan segera.
-
Tanpa membataskan lingkungan Fasal 12.5 (Kami boleh menggantung Produk) Terma Am, kami berhak menggantung dan/atau menamatkan akses anda kepada Ryt Groups pada bila-bila masa, dengan atau tanpa memberikan notis awal:
-
untuk sebarang tujuan operasi, keselamatan atau undang-undang;
-
jika anda melanggar Terma Khusus ini; atau
-
mengikut budi bicara kami, dengan memberikan notis kepada anda.
-
-
TERMA DAN SYARAT TERDAHULU
Berikut adalah versi terdahulu bagi Terma dan Syarat Khusus kami:
