Terma dan Syarat Khusus

Tarikh Berkuatkuasa: 11 Ogos 2025

PENGGUNAAN TERMA-TERMA INI

  1. Dokumen ini menetapkan terma dan syarat khusus yang mentadbir akaun-akuan, produk-produk dan perkhidmatan yang kami mungkin tawarkan kepada anda dari semasa ke semasa (Terma Khusus). Anda mesti membaca dan memahami Terma dan Khusus ini dengan teliti sebelum membuka sebarang Akaun atau memperoleh sebarang produk atau perkhidmatan daripada kami. Sila hubungi kami jika anda memerlukan sebarang penjelasan.
  2. Terma Khusus ini mesti dibaca dengan Terma Am (disediakan di  laman web kami di https://rytbank.my/terms-and-conditions) dan sebarang terma dan syarat lain yang berkaitan yang dikenakan oleh kami dari semasa ke semasa dengan notis terlebih dahulu.
  3. Dengan memohon atau menggunakan Akaun, anda dianggap telah membaca, memahami dan menerima Terma Am dan Terma Khusus ini.
  4. Beberapa istilah huruf besar yang digunakan dalam dokumen ini telah ditakrif dalam Terma Am.
  5. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara apa yang dinyatakan dalam Terma Khusus ini dan Terma Am, terma-terma dalam Terma     Khusus ini akan berlaku setakat percanggahan tersebut.

A. TERMA DAN SYARAT KHUSUS YANG TERPAKAI UNTUK AKAUN SIMPANAN RYT BANK

Dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit (Perlindungan PIDM).

  1. Pembukaan Akaun

    1. Pembukaan suatu Akaun Simpanan Ryt Bank (Akaun Simpanan) dengan kami adalah tertakluk kepada keperluan pihak Bank termasuk, tanpa batasan, umur, kapasiti, dokumen pengenalan, keperluan pengesahan akaun, deposit permulaan minimum dan baki akaun minimum yang perlu dikekalkan pada setiap masa. Bank mungkin mempunyai keperluan yang berbeza untuk keperibadian undang-undang yang berbeza.

    2. Maklumat mengenai syarat kelayakan, deposit permulaan minimum dan baki minimum dalam akaun tersedia (dan boleh dikemas kini dari semasa ke semasa) dalam Jadual ini, di dalam Aplikasi kami, dan/atau laman web kami di https://rytbank.my.

    3. Pihak Bank akan membenarkan anda membuka, mengekalkan dan mengoperasi hanya satu Akaun Simpanan atas nama Tunggal anda untuk kegunaan peribadi. Ini bermakna setiap pelanggan hanya boleh membuka satu Akaun Simpanan pada setiap masa. Sekiranya pihak Bank menyedari bahawa anda mengekalkan lebih daripada satu Akaun Simpanan, kami berhak untuk menutup dan menamatkan mana-mana Akaun Simpanan tambahan dengan memberi notis kepada anda.

    4. Permohonan untuk Akaun Simpanan adalah tertakluk kepada kelulusan Bank. Anda memahami dan bersetuju bahawa kami mempunyai budi bicara mutlak untuk menentukan samaada untuk memperuntukkan Akaun Simpanan kepada anda.

    5. Kami berhak untuk menolak sebarang permohonan (termasuk sebarang permohonan yang tidak memenuhi kriteria kami) dan tidak berkewajipan untuk memberikan sebarang sebab atau maklumat berkenaan dengan mana-mana permohonan yang gagal.

    6. Untuk tujuan pengesahan akaun, anda mesti memenuhi keperluan pembiayaan Akaun Simpanan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Bank selepas tarikh pembukaan akaun. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan penutupan Akaun Simpanan anda.

    7. Anda bersetuju bahawa anda hanya akan menggunakan Akaun Simpanan untuk tujuan simpanan peribadi. Jika Akaun Simpanan anda digunakan untuk tujuan perniagaan atau tujuan selain daripada simpanan peribadi, Bank berhak untuk menutup Akaun Simpanan anda dan menamatkan peruntukan sebarang perkhidmatan atau produk kepada anda.

  2. Akaun dan Perkhidmatan

    1. Akaun Simpanan didemonisasikan dalam Ringgit Malaysia sahaja.

    2. Anda hendaklah mengendalikan dan mentadbir Akaun Simpanan berdasarkan semua undang-undang dan peraturan, termasuk kaedah, arahan mengenai transaksi matawang antarabangsa dan domestik termasuk polisi pertukaran asing (PPA) yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia.

    3. Sebelum membuka Akaun Simpanan dan apabila diperlukan, kami mungkin menghendaki anda untuk memberikan maklumat dan/atau dokumen yang berkenaan untuk tujuan pembukaan akaun, termasuk untuk memastikan pematuhan dengan PPA dan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

    4. Setelah Akaun Simpanan berjaya dibuka dan anda memenuhi keperluan pembiayaan Akaun Simpanan, anda boleh membuat pengeluaran dan pemindahan dana, yang hanya didenominasikan dalam Ringgit Malaysia, ke dan dari Akaun Simpanan. Dana yang dipindahkan ke dalam Akaun Simpanan anda akan didepositkan ke dalam Akaun Simpanan anda.

    5. Kami juga boleh mengenakan baki akaun maksimum yang boleh dikekalkan di dalam Akaun Simpanan. Maklumat mengenai baki akaun maksimum, jika ada, boleh didapati di laman web kami https://rytbank.my.

    6. Apabila had dikenakan dan baki akaun minimum telah dicapai, anda bersetuju bahawa:

      1. anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa had tersebut tidak tercapai; dan

      2. apabila had tersebut telah tercapai, anda bersetuju bahawa kami, mengikut budi bicara mutlak kami:

        1. tidak perlu menerima apa-apa Arahan atau membenarkan sebarang transaksi pada Akaun Simpanan yang akan menyebabkan baki melebihi baki akaun maksimum; dan/atau

        2. boleh mengambil tindakan lain untuk memastikan baki akaun simpanan maksimum tidak melebihi.

    7. Anda bersetuju bahawa pihak Bank mempunyai budi bicara untuk menolak sebarang Arahan mengenai, atau transaksi melalui, Akaun Simpanan.

  3. Yuran dan Caj

    1. Pihak Bank berhak untuk mengenakan yuran dan caj untuk mana-mana perkhidmatan yang disediakan untuk anda. Sila merujuk kepada Yuran dan Had yang dinyatakan dalam https://rytbank.my/fees-and-limits untuk butiran-butiran yuran, caj dan kadar faedah yang berkenaan. Anda bersetuju bahawa semua yuran-yuran dan caj-caj boleh didebitkan dari Akaun Simpanan.

  4. Faedah

    1. Sesuatu Akaun Simpanan adalah akaun yang menanggung faedah. Pihak Bank akan membayar faedah ke atas baki dalam Akaun Simpanan anda pada kadar faedah yang ditentukan oleh pihak Bank dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa (Kadar Faedah). Maklumat mengenai Kadar Faedah boleh didapati di laman web kami di https://rytbank.my dan/atau Perkhidmatan Perbankan Digital kami.

    2. Faedah akan dikira setiap hari berdasarkan baki dalam Akaun Simpanan anda pada akhir setiap hari, atau menggunakan kaedah lain yang ditentukan oleh pihak Bank dan dimaklumkan kepada anda dari semasa ke semasa.

    3. Faedah terakru akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan anda setiap hari, apabila faedah terakru yang perlu dibayar adalah sekurang-kurangnya RM0.01. Pihak Bank tidak akan mengkreditkan sebarang amaun ke dalam Akaun Simpanan anda sekiranya faedah terakru yang perlu dibayar adalah kurang daripada RM0.01.

    4. Kami berhak untuk tidak membayar faedah ke atas baki kredit dalam Akaun Simpanan anda jika anda melanggar mana-mana kewajipan anda di bawah Perjanjian Perbankan (termasuk Terma Khusus ini).

  5. Penyata-penyata Akaun

    1. Penyata Elektronik berkenaan dengan Akaun Simpanan anda akan dijana setiap bulan dan akan disediakan melalui Perkhidmatan Perbankan Digital kami.

    2. Pihak Bank boleh memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang Penyata Elektronik jika Akaun Simpanan anda dorman atau tidak aktif.

  6. Penutupan Akaun

    1. Anda boleh menutup Akaun Simpanan anda dengan menghantar Arahan kepada kami melalui emel kepada support@rytbank.my atau telefon kepada +603-5115 5115.

    2. Anda bertanggungjawab untuk apa-apa pengaturan berhubung dengan pemindahan mana-mana baki kredit dalam Akaun Simpanan sebelum penutupan boleh dilaksanakan. Kami mungkin akan berhenti membayar faedah ke atas ke atas baki kredit dalam Akaun Simpanan anda daripada hari kami menerima Arahan penutupan anda. Sekiranya kami melaksanakan hak kami di bawah Klausa 24.2 (Hak kami untuk menutup, menamatkan atau membatalkan mana-mana Produk) Terma Am untuk menutup Akaun Simpanan, anda bersetuju bahawa kami berhak untuk memindahkan sebarang baki kredit yang tidak dituntut dalam Akaun tertutup ke akaun dalaman kami.

    3. Sementara menunggu penutupan Akaun Simpanan, kami boleh menolak untuk menjalankan sebarang Arahan (termasuk pemindahan dana atau pengeluaran dana) atau menerima sebarang deposit selanjutnya. Dalam keadaan yang sesuai, kami mempunyai hak untuk mengehadkan jumlah deposit. Kami juga boleh menahan atau menggantung pembayaran sebarang dana.

  7. Tiada Deposit Tunai

    Anda tidak akan boleh mendepositkan wang tunai atau nota fizikal ke dalam Akaun Simpanan anda.

  8. Tiada Cek

    Tiada buku cek atau kemudahan akan dikeluarkan untuk Akaun Simpanan anda. Anda tidak akan dapat mendepositkan sebarang cek dengan pihak Bank.

Jadual

Kelayakan

a. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
b. Mesti berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun
c. Dari RM1 deposit pemulaan untuk pengaktifan akaun
d. Anda mempunyai akaun bank sedia ada dengan bank lain di Malaysia

Amaun minimum untuk membuka akaun

RM 1

Baki minimum untuk mengekalkan

Tiada

Yuran & Caj

Setakat ini, tiada yuran atau caj yang dikenakan ke atas Akaun Simpanan, tetapi ini tertakluk kepada perubahan mengikut budi bicara pihak Bank. Kami akan memaklumkan kepada anda tentang perubahan tersebut mengikut Terma Am.

B. TERMA DAN SYARAT KHUSUS YANG TERPAKAI UNTUK SAVE POCKETS

Dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit (Perlindungan PIDM).

  1. Pembukaan dan Penggunaan Save Pockets

    1. Setelah Akaun Simpanan anda berjaya dibuka, anda akan mempunyai akses kepada Save Pockets, iaitu sub-akaun yang terhubung dengan Akaun Simpanan utama anda (Save Pockets) yang bertujuan untuk menggalakkan simpanan bagi pelbagai kategori. Kami boleh secara automatik membuka satu Savings Pocket semasa Akaun Simpanan anda dibuka dan/atau semasa anda mengaktifkan Akaun Simpanan anda.

    2. Anda boleh memilih Save Pockets yang paling relevan untuk anda daripada senarai label-label yang tersedia berdasarkan matlamat atau tujuan simpanan anda atau mencipta label anda sendiri bagi setiap Save Pocket mengikut kesesuaian anda. Kami akan menentukan jumlah maksimum Save Pockets yang boleh anda buka dan kekalkan dan kami akan memaklumkan hal ini kepada anda dari semasa ke semasa.

    3. Secara praktis, dana di dalam setiap Save Pocket anda dikekalkan dan dipisahkan daripada dana di dalam Akaun Simpanan utama anda dan dana di dalam Save Pocket anda yang lain. Save Pocket adalah serupa dengan Akaun Simpanan yang lain. Anda boleh memindah dana di antara, ke dalam atau daripada Save Pocket anda, termasuk pemindahan ke dalam atau daripada Akaun Simpanan utama anda. Buat sementara waktu, anda tidak boleh membuat pemindahan dana luaran secara langsung dari Save Pockets anda. Anda juga tidak boleh menerima pemindahan dana luaran secara langsung daripada sumber luaran (termasuk e-wallet). Segala terma dan syarat yang mengawal selia Akaun Simpanan juga terpakai kepada Save Pockets.

    4. Pihak Bank berhak untuk menetapkan had maksimum ke atas jumlah dana yang boleh disimpan di dalam setiap Save Pocket.

    5. Jumlah dana di dalam setiap Save Pocket yang terhubung dengan Akaun Simpanan utama anda ditambah dengan jumlah dana di dalam Akaun Simpanan utama anda merupakan jumlah baki anda yang diboleh diinsurans bagi tujuan perlindungan PIDM.

    6. Sebelum penutupan Akaun Simpanan anda, baki kredit di dalam semua Save Pockets anda akan dipindahkan ke dalam Akaun Simpanan utama anda secara automatik. Selepas itu, semua Save Pockets akan ditutup secara automatik sebelum penutupan Akaun Simpanan anda.

  2. Faedah Yang Dibayar ke Atas Save Pockets

    1. Save Pocket adalah satu sub-akaun yang menanggung faedah. Pihak Bank akan membayar faedah ke atas baki dalam Save Pocket anda pada kadar faedah yang ditentukan oleh pihak Bank dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa (Kadar Faedah). Maklumat mengenai Kadar Faedah boleh didapati di laman web kami di https://rytbank.my dan/atau Perkhidmatan Perbankan Digital kami.

    2. Faedah akan dikira setiap hari berdasarkan baki dalam Save Pocket anda pada akhir setiap hari, atau menggunakan kaedah lain yang ditentukan oleh pihak Bank dan dimaklumkan kepada anda dari semasa ke semasa.

    3. Faedah terakru akan dikreditkan ke dalam Save Pocket anda setiap hari, apabila faedah terakru yang perlu dibayar adalah sekurang-kurangnya RM0.01. Pihak Bank tidak akan mengkreditkan sebarang amaun ke dalam Save Pocket anda sekiranya faedah terakru yang perlu dibayar adalah kurang daripada RM0.01.

    4. Kami berhak untuk tidak membayar faedah kepada anda jika anda melanggar mana-mana kewajipan anda di bawah Perjanjian Perbankan (termasuk Terma Khusus ini).