Terma Kempen ini mesti dibaca bersama dengan Terma Am, Terma Khusus, dan sebarang terma dan syarat lain yang ditetapkan oleh kami dari semasa ke semasa dengan notis awal (masing-masing tersedia di laman web kami di https://rytbank.my/terms-and-conditions). Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Terma Kempen ini akan diguna pakai.
Istilah berhuruf besar dalam dokumen ini telah ditakrifkan dalam Terma Am atau Terma Khusus kami.
Kami berhak meminda Terma Kempen ini atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa dengan memberi anda notis awal, yang diterbitkan dalam mana-mana media, atau melalui sebarang kaedah lain yang sesuai. Jika penyertaan anda diteruskan selepas pengeluaran notis tersebut, ini bermakna anda mempersetujui semua pindaan. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Kempen (termasuk sebarang perubahan atau pindaan), anda hendaklah segera berhenti menyertai Kempen ini.
Rekod transaksi yang kami simpan serta keputusan kami mengenai semua perkara berkaitan Kempen iniadalah muktamad, dan turut merangkumi anda bagi semua tujuan.
Kami berhak menggunakan budi bicara kami untuk memberi anda notis bagi membatalkan kelayakan atau menolak penyertaan anda dalam Kempen ini sekiranya kami mengesyaki atau mengesan sebarang aktiviti penipuan berkaitan akaun anda.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma Kempen ini dan sebarang pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan Kempen ini, Terma Kempen ini akan diguna pakai.
Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang salah tafsir atau salah nyata oleh pihak ketiga berkaitan Kempen ini yang diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan.
Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak dapat melaksanakan kesemua atau sebahagian daripada mana-mana kewajipan di bawah Terma Kempen ini disebabkan oleh:
sebarang bencana alam atau apa-apa kejadian di luar kawalan munasabah;
sebarang kegagalan teknikal, gangguan, campur tangan, atau kesilapan elektronik atau manusia dalam mentadbir dan/atau memproses transaksi yang dibuat melalui Aplikasi Ryt Bank.
Tertakluk pada Undang-undang Berkenaan, kami serta pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen kami (termasuk, tetapi tidak terhad kepada mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik untuk tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab atas sebarang Kerugian yang dialami oleh anda atau mana-mana individu lain dalam Kempen ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan sama ada boleh dijangka secara munasabah atau tidak, kecuali jika ia berpunca daripada kecuaian atau salah laku kami dalam Kempen ini.
Kami dengan jelas mengecualikan dan menafikan sebarang jaminan atau sokongan, sama ada yang tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, dan termasuk sebarang jaminan berkaitan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
Terma Kempen ini tertakluk pada undang-undang Malaysia.